Jumaat :
- bangun sahur
- bangun mandi, subuh
- hantar DrNotts dan Sengih ke LCCT. flight ke bandar seri begawan.
- ke sungai chua, kajang. jumpa Tracy untuk ambil baju pengapit. try depan Tracy dan dia alter on the spot, seperti biasa.
- terus ke rumah izzat (pengantin) di bandar baru bangi. tolong-tolong persiapan kahwin. hantaran. goodies bag. kemas rumah. melayan blues bakal pengantin. main game (eh???) lalu terpengaruh untuk beli Samsung Galaxy tab. buka puasa kat sana sekali sebab mama izzat suruh makan dulu sebelum balik.
- lepas maghrib terus ke Shah Alam. open house rumah hanah. ada BBQ dan kek smurf. comel.
- balik rumah. gosok baju. tidur.
Sabtu :
- sampai di rumah pengantin seawal 7.30am. blasah breakfast siap-siap kat dapur.
- naik turun rumah. gosokkan baju nikah pengantin, tudung dan veil. layan pengantin makan ubat, ambil air, ambil makanan, tolong pengantin bersiap, etc.
- majlis nikah settle. alhamdulillah. bapak pengantin paling nervous sekali. ambil-ambil gambar. pengantin makan-makan sikit.
- bersiap pulak untuk bersanding. alamak, baju sanding pon tak bergosok lagi. so, gosok lah baju, tudung dan veil bersanding. acara naik turun rumah lagi.
- pengantin berarak. makan beradap. sambil tu ada kawan-kawan yang dikenali sampai. layan pengantin, layan kawan-kawan.
- sesi ambil gambar di pelamin. keluar masuk naik turun rumah. rasa macam kurus tapi tak kurus jugak sebab makan pon berulang-ulang.
- solat zuhur. ulang lagi makan. layan kawan-kawan. layan pengantin lagi. kawan-kawan lama tak jumpa pon ada. best betul. kami dah melepak borak bersila dalam rumah dah.
- balik rumah by 6.15pm. mandi. asar. gosok baju pengapit esok dan majlis malam tu.
- lepas maghrib bersiap dan pergi walimah anak kepada lecturer saya di UPM. di country heights, kajang.
- makan nasi arab di majlis walimah tu. ada char kuey tiaw, mee rebus, ABC, lori ice cream, etc. tak habis round pon.
- sambung pergi beraya di rumah officemate, kak siti noraini. di KL. makan mee kari sedap gila! lagi best sebab ada nescafe tarik you all!
- sampai rumah. penat betul. terus tidur.
Ahad :
- janji nak jumpa pengantin di RnR seremban since majlis di bachang, melaka. patutnya jumpa pukul 7.30am tapi sebab tau diorang akan lambat. maka breakfast dulu. tosei satu + nescafe tarik = terbaekkk!
- jumpa pengantin di RnR seremban. terus konvoi ke melaka dengan Manje (photographer for the weddings).
- ada majlis akikah anak abang pengantin lelaki. lepas majlis, terus gerak ke rumah jiran untuk pengantin perempuan bersiap. sambil pengantin bersiap, saya makan-makan minum-minum dulu. tuan rumah sangat baik. hidang macam-macam. alhamdulillah.
- tunggu keluarga pengantin perempuan sampai. sampai semua, terus berarak ke rumah pengantin lelaki. makan beradap. potong kek. ambil gambar di pelamin.
- puas bergambar sakan. majlis selesai. gerak ke mydin melaka di ayer keroh. solat dan jalan-jalan.
- terus ke rumah tiqa di lendu. beraya. makan pizza dan chocolate kek!
- gerak pulang ke rumah 6.45pm. bajet sampat sampai rumah by lepas maghrib, dan terus siap2 untuk 2 lagi open house malam tu. tapi jem teruk di senawang + PD + seremban sampai ke nilai. singgah nilai solat then terus ke sungai ramal dalam. beraya rumah kak izzah. then ke rumah student di bangi seksyen 2.
- sampai rumah 11.00pm++ terus mandi dan pengsan. baju dah ada yang bergosok untuk kerje esoknya.
ok, baru boleh tarik nafas.
2 comments:
aliaaa.. tq very much ya ... kasihan kamu.. super penat.. :D
@*diera* no problem kak ngah. bukan hari2 bestfriend saya kahwin :)
Post a Comment