ada orang kata, kalo first time jumpa
- sombongnya die ni
- tak reti senyum ke hape?
- garang weh
- don't play play with her u know
- she can see right through you
- bila die ni nak berenti bercakap?
- apsal gigi die jarang2 (pasal aku pakai braces la ngek)
- eh, baik budak ni (puji diri - ada yang cakap ye)
pengalaman paling kelakar, ada sekali tu aku ikut encik kacak pegi beli barang2 die untuk kursus DPA kat KL. ondway balik ke kajang, naik star LRT dari KL ke sg besi. dalam tren tu, ada sorang lelaki, kategori pendek rasanya (sebab mcm sama tinggi dengan aku aje - aku ialah 5 kaki 3 inci ye), pakai smart, berkot bagai. memula aku tengok die tengah bercakap dengan orang lain dalam tren tu. so aku assume orang yang tengah bercakap dengan die tu ialah kawan die.. tetibe, die datang kat aku n ajak borak. aku rasa masa tu muka aku ialah "saya ialah penat berjalan2 di KL so saya tidak berminat untuk bercakap / berbual dengan sesiapa pun sekarang ini". tapi boleh die terus cakap:
mamat gila : hai, nak pegi mana?
aku : balik (supaya takde la nampak sombong kan)
mamat gila : oh, saya PILOT MAS
aku : ok (dalam hati : tak tanya pon)
mamat gila : malam ni saya ada flight ke London. saya dah lama kerje dengan MAS, biasa dah bawak flight jauh2, pegi London, THAILAND, CHINA.. (thailand n china tu kategori jauh ke bang?)
aku : ok (sambil tu aku tengok, die ada pegang pamplet2 visit malaysia, macam yang ministry of tourism ada keluarkan tu n diary tebal ala2 bisnesman)
mamat gila : saya ada banyak free gift dari MAS, setiap kali flight, mesti banyak lebih, saya boleh la ambil bawak balik rumah.
aku : ape free gift yang ada ? (nak jugak menguji minda die ni kan.. tapi dalam hati dah rasa macam die ni nak pancing orang suruh ikut die balik rumah la kot.. kalo bebudak hingusan, diorang akan cair dengan perkataan PILOT, MAS, freegift)
mamat gila : ada pen, poskad, set sudu garfu pinggan, selimut, banyak lagi la
aku : oo.. (hek eleh, setakat tu, melambak aku ada beb - riaknya..)
pastu die borak lagi menceritakan pasal kerje die jadi pilot, pegi negara orang la, sana, sini, speaking english berterabur macam tak pernah belajar cakap english (budak darjah 4 lagi pandai cakap dari die ye) bla bla bla.. sampai la kat sg. besi, aku nak keluar la kan, tukar naik komuter pulak nak balik rumah.. then
mamat gila : eh, awk turun kat sini ke? rumah kat mana?
aku : kne tukar tren
mamat gila : rumah saya kat sini2 aje. jom la datang rumah, boleh saya kasi free gift MAS kat awak. ada banyak sangat. (tengok, betul tak tekaan aku)
aku : eh, takpela. sy dah lambat ni (sambil jalan cepat2)
mamat gila : jom kita minum jap. alah, kejap je. lenkali awk boleh datang rumah saya (sah gila mamat ni)
aku : lenkali ye
mamat gila : so cane saya nak contact awk? kasi la no fon awak.
aku : awk la kasi no fon kat saya, nnt sy call awak (nak mngelak dari die ikut aku ler beb)
die pon kasi no fon die, bla bla bla then..
mamat gila : awak call saya ye, sebelum flight saya malam ni
(ha, ni datang idea pantas aku nak menguji minda budak gila ni)
aku : flight awak pkl berapa?
mamat gila : pukul 9malam
aku : ooo (aku dah beberapa kali ke London, setahu aku, biasanya flight ke London via MAS, waktu departure biasanya 11pagi atau 11 malam sahaja.. - rasa ragu2 dah banyak ni)
mamat gila : janji tau call saya (apehal mamat ni, baru jumpa 10 minit kot - sah gila)
aku : erm, berapa lama flight awak KL ke London ni ye?
mamat gila : 6-7 jam camtu la
aku : oo (sambil control ketawa + menyumpah seranah dalam hati) ok la, bai.
terus aku blah naik komuter hala ke seremban yang kebetulan sampai tepat pada waktu aku blah tu..
knapa aku control ketawan + menyumpah seranah? sebab, any flight KL-London yang paling cepat pon, ikut route paling pendek pon, akan ambil masa sekurang2nya 11jam 50 minit (ikut pengalaman2 aku yang lepas). so ape kejadahnye yang flight KL-London 6-7 jam? kalo ko naik jet pejuang tu lain la..
serius gila weh mamat tu.
moral of the story : kalo nak menipu, jangan main terjah aje.. orang zaman skrang ni pandai2. aku bernasib baik ada pengalaman pasal flight2 ni. kalo orang yang memang takde info pasal bende ni, mungkin akan terjerumus ke jerat mamat gila ni..
the real morale of the story of me : don't judge the book by its cover.
5 comments:
heh heh, benar, dun judge a book by its cover, tak kenal maka tak cinta. kalau mamat tu boleh borak panjang, maknanya, u are friendly :)
goshhh...selamba gila mamat gila itu...nak nipu pun biarlah berstandard...ini main ikut suka dia jea...
macamana rupanyer mamat gila tu?
;))
hahaha...
serius aku gelak sakan..
bengong betul mamat tuh..
pancing org pakai freegift yg takde la membukak mata sangat..
lain ler dier nak bagi beg LV ke..
nganga jugak ler..(tetiba meterialistic)
hahaha..
mcm2 org kiter jumpa kat luar sana kan..
hahaha...lawak tol, bole bayangkan aliaa tgh menjawab segala dialog tu dgn mimik muke sekali.
Dah la tipoooo, nak bagi hadiah x standard pulak tuh...muahaha
mak su - tapi kengkadang ada orang yang friendly tak kene tempat kan.. hehe
kak haslina - rupa mmg bergaya, berkot tie segala. tapi nasib tak tertipu n panjang akal..
arfah - yup, kalo pakai beg LV aku agak terpedaya sket la.. aku pon meterialistik... haha
mimi adia - ha, tau takpe.. serius kelakar
Post a Comment