Thursday, April 22, 2010

bila lagi mau ke sana ya?

* This is the first entry written from my red inspiron mini dell.

ini second time camping ke cameron. 2 keadaan yang berbeza, scene yang berbeza, umur berbeza dan tahap KEMABUKAN yang berbeza.
pegi camping ni pada 5-7 feb 2010. apehal la aku ni asyik lambat aje nak cerita ceriti kat blog. agaknya masa kejadian tu, tak berapa nak ada feeling menulis kat blog kot..

5 feb 2010
- lepas subuh, dah bersiap2 angkut barang sikit2 masuk ke dalam john connor (glamer nama kreta aku tu!) lepas tu, terus ke giant nilai. beli barang-barang yang tak cukup -gas dapur dan ubat gigi (what?). nasiblah malam sebelum tu dah kemas siap2 suma barang2. so agak relex aktiviti pagi jumaat tu. then brekfast di uncle john kopitiam (dalam giant tu). tengah duk relek2, tiqa sms kata diorang (tiqa n izzat) baru lepas exit seremban. by the way, izzat n tiqa gerak dari lendu, melaka. aku bajet2 diorang lambat lagi, tu yg aku balasah relex2 jalan2 kat giant nilai tu. dapat sms tersebut, terus dengan pantas pulang ke rumah. sampai aje kat seri putra, diorang pon sampai. izzat park kat guest parking, transfer2 barang dari sexy foxy ke john connor (ape hal nama glamer gila kreta masing2 pon) dan kami bertolak ke komuter serdang kerna ayoi d luffy sedang menanti kami di sana di sana di sana (echo).


kutip ayoi, terus masuk highway sungai besi, hala ke tol jalan duta.. sambil jalan2, sambil masing2 eksaited citer kat tiqa pasal pengalaman lalu kitorang bercamping di cameron tu.. yelah, time tu jadi ajk pelaksana program. so aktiviti bebas / suka2 hati tak berapa nak dapat dilaksanakan dengan jayanya. dalam pkul 12 tengah hari camtu, kitorang berenti rehat kat Restoran jejantas sungai buloh. memasing lapar (apehal aku lapar, kan ke baru aje makan kat kopitiam tersebut).. tapi nak jugak makan! so planning awal nak makan kat satey samuri (aku ialah orang kajang, die hard fan satey ok!). tapi samuri tutup, so kitorang makan di burger king, atas request ayoi g luffy (padahal kitorang yang lain pon poyo2 jugak nak makan situ kan.. haha..
lepas makan2, perjalanan di sambung.. then dalam pkul 2pm lebih, berenti untuk solat zuhur.. sepanjang perjalanan, cuaca panas terik dilalui dalam masa kejap aje. selebihnya hujan renyai2 manja ataupon hujan lebat gila. kitorang gerak slow n steady.. kewibawaaan john connor tercabar bilamana dipotong oleh kreta2 malaysia yang lain seperti wira, waja dan KANCIL.. cissss.. [slumber kutuk kreta malaysia, padahal dlu aku pakai kancil jugak] tapi takpe, bak kata izzat, tak lari cameron dikejar..


kitorang decide untuk ikut jalan simpang pulai kerana lebih yakin dengan direction jalan kat situ berbanding jalan tapah. exit simpang pulai, terus menuju jalan naik ke cameron.. start panjat cameron aje, kabus tebal menyelubungi kasi. bak kata tiqa, ada macam suasana evolusi terjadi di situ. bagaikan ke alam NARNIA..
adegan menempuhi dunia lain ni mengambil masa agak lama, sebab kengkadang kitorang stuck kne follow belakang kreta lain / lori / trelar / moto [wat?].. tapi disebabkan udara sejuk dah mula menusuk masuk ke dalam diri masing2, terus suma feeling2 high [macam isap dadah pulak]

dalam perjalanan tu, ayoi sibuk amik gamba.. tiqa asyik duk sebut "bestnya.. tak sabar!".. izzat pulak "di alam narnia, etc".. aku ni duk besarkan mata, kecilkan mata sebab memang kabus tebal gila.. [dalam hati cakap "agaknya cani kot kalo nak kiamat", tetibe insaf 2 saat] - keji!


then berenti beli air mineral, sambil tu tanya kat anney kedai runcit tu, betul ke ikut jalan ni ke campsite sungai pauh. die kata "ape? tak pernah dengar nama tempat tu".. dalam hati kitorang "alamak, serius dah kat alam lain ni".. pastu bila cakap tanah rata, baru die tau, die kata jalan lagi setengah jam, sampai..

nak dekat2 campsite tu, kitorng calling2 saufi, tanya exact direction ke campsite.. baek punya direction, memang sampai la kitorang ke situ.. then kitorang bagi2 kerje, 2 orang tegakkan kemah, lagi 2 orang angkut barang dari kreta ke campsite. lupa pulak yang tempat kemah alumni nun jauh di atas, kne panjat bukit. so lepas 3 round angkat barang, terus rasa kaki nak cramp. bukan sebab banyak barang, sebab kne panjat bukit! nampak sangat lama tak eksesais!
siap aje kemah n kemas barang, malam melabuhkan tirainya. kitorang mandi, solat n prepare makan malam sementara menunggu ketibaan adik2 dari uitm.. kitorang tengok tiqa potong brownies n kek batik masuk balang [tengok tiqa ptong dengan butcher knife lagi!].. sambil tu akun izzat panaskan kuah kacang yang di bawa oleh kak ejan n abg sumie.. masing2 dah kelaparan, siap cuti2 makan brownies n kek batik yang tiqa dah siap potong lagi.. haha..



lepas siap suma, kitorang bersila makan sebab masing2 dah kelaparan. then sampai la geng2 dari uitm (sukarelawan) dan staff pusat kesihatan yang naik van. bas masih tak sampai2 lagi.. tetibe ada sorang inspektor kesihatan yang ikut sekali tu, ngaku yang aku n tiqa adalah ajkd die masa die student dulu [pergh, gila tua aku].. borak punya borak, memang sah aku penah buli die.. hahaha.. makan2 sambil gelak2 sambil tunggu kanak2 riang ria sampai..


sampai budak2 tu, prepare makan malam, terus aktiviti malam tu, bla bla bla, habis aktiviti, makan lagi [konsep camping kali ni = makan!]

then siap2 nak tido, gosok gigi, masuk dalam sleeping bag, tido.. kroh kroh...

6 feb 2010 - bangun pagi dalam jam 6am.. nangis betul, sejuk tahap dewa.. cuci muka, gosok gigi, wuduk n solat.. then berteleku kat tepi kemah sambil menggigil kesejukan.. padan muka! sorang sorang alumni [stok bapak2 mak2 orang bangun].. suma muka tak tahan sejuk.. aku, tiqa, izzat n ayoi prepare2 breakfast.. masak2 ape yang ada.. walaupon rupa makanan tak seindah mana, sebab kelaparan n kesejukan, kitorang blasah sumanya!

then trekking masuk hutan.. jalan2 cari kayu api. malangnya suma kayu api basah. nak buat unggun ape cane kan. so kne kikis kulit luat kayu tu dulu, baru boleh buat unggun api.




sementara bosan2, sauf ajak kitorang pegi jalan2 kat pekan tanah rata.. jalan punya jalan, singgah minum hot chocolate kat starbucks. macam la kat KL takde starbucks kan.. ampeh.. lepak2 sambil borak2 sebab bosan sangat kat campsite..

lepas tu balik campsite, lunch n relek2 sambil tunggu aktiviti petang.. layan aje aktiviti budak2 junior kan.. petang tu kitorang pegi mandi kat surau housing area tanah rata, sebab kat campsite kne angkut air ke bilik air, kitorang malas kan.. hehe.. pergh, air sejuk gila, dari bukit. sampai biru kuku tangan kaki.. tapi lepas mandi tu rasa panas aje.. best woo.. feeling2 nak tido pulak rasanya.. haha

macam biasa la kan, setiap kali camping, konfem ada malam kebudayaan.. yang suma group kne buat persembahan tu. so macam biase, alumni haruslah memikirkan persembahan yang paling gempaks sekali. tanak kalah kan dengan budak2 junior.. so pikir punya pikir (berapa lama daa nak pikir), so kitorang decide, untuk buat menyanyi, buat lirik sendiri tapi lagu pakai tema lagu warisan (anak kecik main api).. hasilnya :

anak kecik main api, peserta camping sampai malam hari, alumni-lah pula petik strawberry, recce nigh walk pada petang hari

nenek moyang kaya raya, tokan kek namanya atiqah, barang makanan dibawa aliaa, ayoi-izzat melantak saja


(chorus) indahnya bumi kita ini, dengan adanya dr saufi, ditambah pula senyuman abg sumie, kak ejan sebagai isteri

masa depan sungguh kelam, abg sham datang waktu malam, abg bad lah pulak kakinya tenggelam, kak nora termiss satu malam


(chorus) kini kita hanya tinggal kuasa, abg firdaus badannya sasa, abg azizan smart sentiasa, kak zuri pon tak kurang juga

kita sudah tiada masa, esok tinggal sehari saja, hari isnin sudah masuk kerja, rasanya mahu ponteng saja (3x)


ha, haruslah persembahan paling gempak kan (walaupon tidak dinobatkan sebagai juara - perasan gila - sila muntah). tapi, persembahan dari suk (sukarelawan) n group2 junior yang lain pon tak kurang hebatnya, tapi dirasakan, persembahan kitorang lah paling gempak sekali (perasan lagi tu!).. lepas persembahan2 tu, borak2 jap, then sauf ajak kitorang pegi starbucks lagi (pergh, gila kopi doktor nie!). so malam tu pegi lagi 2nd round - aku, sauf, ayoi n tiqa.. minum2, borak2.. then balik campsite, kemas2 ape yg patut n tido..


7 feb 2010 (last day)
: bangun pagi, solat n tido balik.. then dalam pkl 7 lebih camtu bangun balik, tengok campsite macam sunyi sepi aje. rupenye diorang (ajk) dah get ready untuk 1st FAO ( first air operation) kat tempat parking kereta (agak jauh dari campsite). patotla sunyi aje kan.. so pegi la menapak ke tempat kejadian, jadi pemerhati aje. tapi macam besa lah, pemerhati haruslah lagi gempak meroyan dari pesakit.. haha..

kali ni buat 2 kali FAO.. yang 1st, macam biase diorang masih belajar lagi so lambat sket tindakan yg diambil oleh penyelamat.. yang 2nd punya jauh lebih berjaya / success.. congrats y'all!

lepas dari tu, aku n tiqa buat adegan menghabiskan stok makanan yg ada. meggie suma kitorang masak habiskan. telur suma kitorang habiskan (buat telur 2 suku, scrumbled egg, masukkan dalam meggie), buat pasta goreng, kek batik + brownies + apple pie tiqah suma laku habis, sumanya habis..

so kitorang rasa barang dah kurang banyak lah untuk bawak balik masuk dalam kereta.. nasib lah makanan habis, kalo tak, memang membazir beb!

lepas tu ada games yang dimain oleh budak2 junior, kitorang suma sibuk kemas barang2, lepat kemah, angkut barang2 masuk kereta. then mandi, tukar baju n standby untuk event penutup camping.. masa penutup, dapat souvenir dari pn azrina n ajk.. best!

then final kemas2 barang2, tengok2 ape yg tertinggal, solat siap2 then baru babai2 kat semorang untuk balik.. tapi kitorang (alumni) tak balik terus.. kitorang ikut abg sham pegi Kea Farm (pasar) untuk beli souvenir + strawberry + jagung + bunga2 etc.. memang murah gila suma barang2 makanan.. sangat murah sampai tak cukup tangan bawak barang masing2. nasib lah barang makanan dah kurang banyak.. so ada space untuk sumbat barang yang dibeli.. dengan kata simple, barang yang dibawa balik ke KL jauh lebih banyak dari barang yang dibawa pergi ke cameron! pergh, serius shopping tak hengat. ingat aku sorang aje duk shopping sakan.. ayoi, izzat n tiqah pon tanak kalah.. gila best!

lepas dah shopping2 n buat aksi sumbat2 barang dalam kereta, kitorang gerak ke strawberry farm. memang best gila, boleh buat strawberry picking sendiri. tapi kitorang duk amek2 gamba n finally makan2 kat atas tu. then bergambar lagi, dan berjalan turun ke car park..

lepas tu gerak ke destinasi seterusnya : Bharat tea plantatation. sebab memikirkan tatau bila lagi nak datang ke cameron lagi, kitorang paksa jugak diri jalan turun sampai jumpa pokok teh, kekonon macam nak kutip daun teh (tapi tak pandai berlakon).. best yu all!

lepas dari tu, kitorang terus memulakan perjalanan turun dari cameron, ikut jalan tapah. jalan ni agak bosan, memang style jalan ular kene palu, izzat dah pengsan, yg layan borak ialah ayoi n tiqa. sian diorang duk dengar aku citer pasal citer korea.. haha.. bila dah masuk plus highway utara selatan, barulah rasa lega sikit, sebab dari situ perjalanan ke KL lebih kurang sejam lebih je.. so kitorang target nak dinner dulu sebelum masuk KL. stop di restoran jejantas sungai buloh n kitorang belasah satey samuri. best! layan makan gila walaupon masing2 penat.


masuk je tol jalan duta KL, terus hantar ayoi dulu kat PJ. then kitorang (aku, izzat n tiqa) balik ke seri putra. sampai rumah aku, izzat n tiqa pindahkan barang2 diorang, diorang pon bertolak balik melaka. aku pulak angkut barang2 naik rumah.


best ke camping kali ni? memang BEST giller!



















Bila lagi nak ke sana ye?

2 comments:

Mak Su said...

best ni gi camping.. :)

aliaaroslan said...

mak su - memang best, bangun pagi suma beku.. hehe