Tuesday, November 15, 2016

Aliaa to Perth 2016 : Day 7 : Rockingham, Mandurah, Busselton Jetty & Margaret River

Yezzaaa dah hari ke-7. Means ada lagi 3 hari untuk entry Perth 2016 ni. Let see what we did. 

Pagi-pagi, masa bersiap, terdengar bunyi lorry. Sekali lorry sampah. Tengah clearkan willy bins kat sini...

memang tak berbau sampah sebab cuacanya sejuk
Semalam masa perjalanan pergi Rockwave, masa kami berhenti isi minyak, kat kedai petrol pump tu ada jual indomee. Masing-masing teringin, so belilah sebungkus untuk makan nanti. So, pagi tu kami breakfast indomee meegoreng. Sedapppp.

nak drainkan air lepas dah rendam mee

terpancar kesedapan tak?
Sebungkus set tu ada 5 indomee kan. Kami buat sorang satu. So ada baki lagi 2. Kami pon letaklah kat meja kat dapur Malaysia hall tu, plannya nak makan lagi nanti. Tapi, itulah kali terakhir kami tengok indomee tu. Kisah tu nanti aku cerita masa last day kami di Perth.

Kami bawak bekal egg mayo sandwich pulak haritu. Tabah dan gigih acik ni rebus telur kat dalam kettle Malaysia hall tu. Kat dapur situ tak dibenarkan memasak. Hanya boleh guna kettle, microwave dan bread toaster yang disediakan.

Journey hari ke-7 ni kita ikut laluan pantai. Shah dan Clare siap plan nak mandi manda kat laut lagi. Aku haruslah tak. Adakah mereka bermandi manda?

bersama bekalan egg mayo sandwich kat depan Malaysia Hall
Setelah hari ke-7 barulah aku pegang steering kereta. Sorry la guys kalau pemanduan i ols tak berapa nak smooth. Maklumlah, dah 6 hari jadi princess. Hahaha. Ok tak kelakar.


First destination is Rockingham Beach. Pepagi hari memang tak ramai orang. Ke memang tak ramai orang yek sebab weekdays? Angin sepoi sepoi sejuk yang selesa tu. Nasib baik jugal pakai sweat shirt harini.





Tempat tadi tu tempat pantai sahaja, kami jalan depan lagi ialah area pekan kecik dia. So berhenti juga kat situ sebab ada jetty orang memancing.



BTS gitu






ada jugak geng tengah berkayak. 









Pekan dia sempoi je, tapi ada a bit of everything. Ada kedai-kedai kopi, kedai-kedai makan, kedai jual barang-barang water sports, etc.

Haaa ada satu kedai tu dia buat sale wet suite. Lepas dah puas bergambar, aku ajak diorang masuk kedai tu. Nak tengok, manelah tau ada wet suite yang berkenan. Sekali ada!!! Siap aku ambil gambar dan hantar kat mama dan geng dive perempuan lagi. Unfortunately ada sehelai aje so tak dapatlah nak belikan untuk kawang-kawang. Fortunately ada saiz yang sesuai dengan aku. Harga asa AUD300. Discount kepada AUD120. Then final less lepas aku nego nego sambil senyum-senyum, dapatlah AUD100. Rezeki betul.


Habis berjalan-jalan dan bergambar sakan kat Rockingham, kami teruskan journey ke Mandurah. Kat sini sangat cantik walaupon awan sekejap kelabu sekejap cerah.




tempat parking yatch








masa ni aku baru belajar love cara korean yang terbaru. hahaha





gaya qu puteh lagi



Then ada 1 part pantai dekat dengan situ, yang kami berhenti jugak. Kekonon diorang nak mandi manda kat situ. Sekali kauuuu sejuk airnya. Tak jadi! Main pasir aje.












sekali test, kensel nak mandi






Puas bergambar kat situ dan sambil tu makan sandwich bekal dalam kereta beserta snack, kami pon teruskan perjalanan ke Busselton Jetty. 

setiap lot rumah boleh sediakan tong surat mengikut selera sendiri. 

Busselton Jetty ialah sangat panjang. Almost 2km panjangnya dan diperbuat daripada kayu! View ialah superb dari semua angle. Sampai tak tau macam mana nak pose dah. Dan, kami decide untuk jalan kaki sahaja sebab nak ambil angin sejuk laut dan ambil gambar.









ini permulaannya. tempat beli tiket dan tempat mula naik train




nak tengok sape entah




boleh bayangkan kelajuan angin yang bertiup?




ini lah ending jetty yang panjang tu. 



nak pijak ke duduk ke kena berjaga-jaga. ada banyak najis burung. 




sayup-sayup je jalan besar




masa berjalan kaki balik ke tanah besar, masih lagi bergambar posing semua. tapi dah penat la sebab dah menapak jauh.

sambil lompat, background train yang lalu dan pesenger pon cameo. sporting betul. 



Kami tak lepak lama sebab dah ambil masa jugak berjalan kt jetty tu kan. Nak cepat-cepat sampai ke Margaret river. Sampai aje kat sana, cuaca pon dah maghrib walaupon baru jam 5.30pm. Kami decide nak dinner. Mula-mula nampak kedai halal kebab dan fish n chips. Sekali kedai tu ialah untuk takeways, yang dine in pun ada seketul dua je meja dan kedai tu tak pasang heater. Kami ialah kesejukan.



Jadi, kami decide nak makan kat restoran lain. Tak banyak kedai yang bukak. Restoran ni sedap masakan dia dan harga pon berpatutan. Kalau ada peluang datang lagi ke Margaret River ni, konfem repeat.

zikir: lapar lapar lapar







kami order fish and chips, seafood  chowder dan salad. Portion besar, makan bertiga memang kenyang tersandar.

ini nama kedai dia
 Lepas makan pukul 8.30pm macam tu, kami discuss-discuss. Kalau nak balik ke Perth, journey 3.5 hours dan kami tak sempat lagi nak explore Margaret River. Esok pepagi nak kena keluar dah sebab plan nak ke Albany, down south. Kalau dari Perth ke Albany, ambil masa 4 to 4.5 hours. Kalau Margaret River ke Albany ambil masa 3 hours macam tu. Then Shah kata, mana kita nak tidur, sebab tak nak spend duit dah untuk accomodation. Aku terus cakap "dalam kereta. esok pepagi kita layan sunrise". Then Clare terus start kereta. Shah key in destination kat car navigation : ALBANY.





0 comments: