Friday, October 28, 2016

Aliaa to Perth 2016 : Day 6 : Caversham Wildlife Park & Rockwave, Hyden

Masuk hari ke-6, aku rasa macam kejap je ek dah hari ke-6. Rasa macam list tempat nak pergi kat Perth tu panjang lagi. Ish, tak boleh jadi ni. Hari k-6 kami keluar awal. Semangat nak pergi zoo katanya. Siap buat bekal breakfast dan lunch pack. Bunyi macam canggih kan, padahal buat cheese & tomato sandwich untuk breakfast dan butter + strawberry jam for packed lunch. Ada jugak beli cikedis malam sebelumnya. So bawak semua sekali angkut masuk kereta.

Pagi-pagi sepergi biasa mencari kopi. Main berhenti aje tepi jalan. Seriously tak menyesal masuk cafe ni sebab.....

Thanks for capturing this picture, Shah!
Ambiance best gilaaaaaaa tahap dewa. Seperti biasa orderlah caramel machiatto. Owner (yang uncle rambut putih kat kaunter tu) tersalah dengar, kami order saiz large, dia punch in saiz medium. Tapi kami tak perlu tambah duit sebab memang salah dia katanya. Yey we love you lah uncle. We love you cafe more!


nama cafe dia
Sambil breakfast dalam kereta, layan kopi dan layan lagu, sambil bergerak ke Caversham Wildlife Park. Kalau dari Perth tu lebih kurang 30 minit sampailah ke Caversham. Entrance fee ialah AUD27 for adult. Shah settlekan duit bayaran masuk dan kami pon masuk dengan girangnya. Ewah.





take note show yang ada

Oleh kerana kami sampai awal pagi, tengok kangaroo pon masih aktif, terus kami masuk kandang kangaroo dulu. Terimalah pose-pose wajib bersama kangaroo bila ke zoo di Oz ni.


geli katanya

wow banyak warna kali ni









dalam bekas hijau tu makanan untuk kangaroo, free. tak boleh kasi makanan lain.

Kangaroo-kangaroo ni kena bagi makanan dari bekas makanan yang disediakan. Kita boleh ambil banyak mana pun, then bagilah kangaroo tu makan. Tak dibenarkan bagi makanan lain.




percubaan selfie bersama





anak kangaroo (putih) minum susu dari sack mak dia

berjaya selfie!
Lama jugak kami layan kangaroo-kangaroo tu makan. Lepas tu pengunjung lain pon makin ramai yang datang untuk bagi kangaroo makan. Timing untuk farm show pon hampir tiba. So kami pon terus ke farm show, hujan dah start turun renyai-renyai manja.




Masa tengok farm show tu, ramai pulak rombonga dari Malaysia jugak. Then, ada 1 part of the show ialah untuk demo macam mana nak goncang teh dalam bekas tin. Audience dipilih untuk experience hayun teh tu. Sekali Shah kena pilih, maklumlah memang ketara sangat pakai tshirt merah putih. Aduh, aku boleh pulak terlupa nak ambil gambar.

Lepas tu kami layan lah show tu. Macam-macam ada. Cukur bulu kambing biri-biri, bagi anak kambing minum susu, perah susu lembu, etc etc.














Habis show semua, kami ambil gambar lagi dengan binatang-binatang tu, sebelum pergi ke show yang seterusnya.







penenun bulu




minty tu ialah lembu. boleh perah susu dia. tapi tengah semorang syok perah susu, dia ialah shishi.
Lepas tu kami berjalan ke ladang belakang tempat animal farm show tu. Cuaca makin cerah. Memang sesuai buat video clip kat sini.








auto capture dan aku suka gambar ni



Lepas tu kami pergi tengok reptiles show dan nak ambil gambar dengan wombat yang pemalas tu.

malu-malu adik tu bila Shah tolong tekankan sanitizer



Ada banyak jenis burung yang terkawal termasuk burung hantu, possum dan reptiles.










we are not lost are we? its only a zoo.

closed area



ya, wombat tu sama aje posisi sepanjang semorang bergambar dengan dia

nasiblah animal keepernya sporting

Lepas tu kami pergi bergambar dengan koala bear pulak.

dengar explaination pasal koala dan boleh tanya soalan kalau ada

mak koala dan baby koala yang sombong dengan aku.


macam tak rela kan muka koala tu

lagi please

Fuhhh penat jugak kan tengok all the animals. Tapi best. Then we had a coffee and muffin break at the cafe.





Half day aje kat zoo ni. So, kemana pulak lepas pergi zoo? Kami pergi tengok rockwave di Hayden. Perjalanan lebih kurang 4 jam dari Caversham. Rockwave ni ke arah east of perth. Scenery sepanjang jalan subhanallah cantiknyaaaaaa...




maafkan perut terkeluar. hahaha


Anyway, untuk perjalanan pergi ke Rockwave tu, Clare yang drive. Aku seperti Princess perasan ialah duduk belakang sambil layan karaoke dan snap snap gambar. Sesekali terlelap (banyak kali sebenarnya). Then aku ajak diorang berhenti snap gambar kat sini. Sebab scenery cantik sangat.

iklan keropok ape entah


nak buat iklan qu puteh


adegan wajib

stretching masa isi minyak jap
















Semua gambar-gambar ni ialah hashtag nofilter ye. Cemana tak habis bateri fon sebab ambil gambar, scenery cantik sangat!!!

Akhirnya kami sampai Rockwave dalam jam 4pm lebih macam tu. Cepat-cepat parking dan berlari nak ambil gambar sebelum gelap.



tak pandai aksi surfing

berdiri je


ambil gambar siapa?

diorang ni ha

ready nak lompat



buruknya aksi

kau mampu semangat usaha camni nak gambar cantik

scale manusia dan rockwave









Lepas tu kami panjat rockwave tu dan layan sunset. Bukan panjat pakai tali pun, boleh naik ikut tepi rockwave tu. Landai je...













twilight







     
aliaa dan gopro nya
Masa pergi rumah Bobo haritu, dia ada suggest stay sampai gelap - malam untuk tengok milkyway. Kitorang pon decide untuk stay sampai gelap. Ingatkan nak piknik kat kawasan camperavan kat area Rockwave tu. So kami pon pergilah tanya harga untuk parking kat situ dan piknik. Tanya punya tanya, jawapannya "we don't do rental by hours". Well, logic jugak kan, biasanya orang rent kan by person and night. Orang tu suggest pergi park dan piknik kat area kami parking nak ke Rockwave sebelum tu. Tapi tempat tu gelap. Orang tu kata tak lama lagi akan ada lampu yang on. Dahla orang tu cakap "I'm not sure the starts will come out tonight, it seems like its going to rain". Demotivated 2 minit.

Kami pergi balik kat kawasan parking kereta tu, dan ada meja piknik berbumbung. Besi kau, sejuk punggung bila duduk. Dah pakai sweater bagai semua, kami pon keluarkan makanan segala bagai. Makan sandwich dan cikedis sambil dengar lagu dan tak lama tu lampu kat kawasan tu pon on. Suasana makin gelap pekat. Sebab kan tempat tu berbumbung, so tak sure lah dah keluar ke tidak bumbung tu. Sekali Shah keluar tengok "wei cantiknya, banyak bintang ni". Aku pulak ingatkan dia buat lawak. Pastu Clare pulak keluar tengok "eh, iya lah". Aku masih relek lagi mengemas barang-barang piknik semua. Pastu aku pon intai keluar...


Weiiiii cantiknyaaaaa beribu bintang penuh. Cantik sangat. Tapi bukti takde, camera semua tak dapat capture. Macam kau tidur bawah beribu berjuta billion bintang tau tak!!!

Aku pon ape lagi, keluarkan tikar Kathmandu (tak sia sia beli), bentang. Baring dan layan view cantik subhanallah subhanallah subhanallah!!!

Kami lepak layan view sampai dah almost beku, then barulah kemas, masukkan barang semua dalam kereta dan balik. What an adventure day! Another 4 hours drive back to Perth. Sempat singgah kedai around Malaysia hall untuk beli telur dan mayonaise, esoknya nak bawak bekal egg mayo sandwich pulak.

Nantikan entry seterusnya...


2 comments:

Unknown said...

Lamanya nak tunggu aliaa update blog...hari-hari akak bukak...
btw, bulu kanggaroo tu macam bulu #louiskucingmental akak jer...hihi..

aliaaroslan said...

@Norazura Abdol Rahman bulu kangaroo tu memang lembut kak. rasa nak tepuk2 bawak tidur je. hihi. habis dah cerita perth. sekarang cerita diving pulak.