Dalam 2 bulan lepas, kami geng Japan trip ke Kuantan untuk ke wedding salah sorang members #thisisthetripwithengineers, si Nurin. Masa kitorang dapat jemputan kahwin dia, masing-masing terkejut. Takde sorang pon tau si Nurin nak nak kahwin. Dalam IG memang ada la dia hint hint tapi ingatkan hint ada boyfriend. Rupanya diorang dah bertunang awal tahun ni. Punyalah pandai simpan rahsia. Sehari sebelum ke Kuantan, aku, Eda dan Shah keluar ke Midvalley, nak cari hadiah kahwin untuk Nurin. Kebetulan Jumaat 16 September kan public holiday, hari Malaysia. So ape lagi, lets go.
|
abam uber datang jemput. |
|
pergi lunch kat zanmai |
|
lapar lapar lapar |
|
beli hadiah, wrap sekali kat situ. Lepas tu Shah pon beli set bantal bilik tidur dia. |
|
ngopi kat delicious |
Seronok jugak keluar jalan-jalan kat Midvalley tu walaupon ramai orang. Kat Gardens tak ramai sangat la, boleh berjalan lagi. Malam tu aku balik rumah, then iron baju siap-siap sebab esoknya, 17 September, nak gerak awal pagi. Jam 7.30am berjanji nak jumpa kat rumah Shah di Seri Gombak.
Pepagi tu, aku bersiap dan ke Wangsa Maju ambil Eda. Lepas tu kami terus ke Seri Gombak. Ehem ehem Encik Shah kita terbangun lambat. Hahaha. Tunggu Siti sampai kejap, then barulah kami bergerak. Kami naik kereta Shah.
Kami decide nak breakfast dulu. So terus ke kedai yang disuggest orang mereka yakni Tuu Dok Koo... Kedai makanan pantai timur. Ya Allah sedahnya semua, rambang mata memilih nak makan yang mana.
|
aku pilih laksam. diorang makan nasi kerabu dan nasi dagang. siap extra roti canai extra nak rasa. sedap hoi! |
Lepas tu terus masuk tol Gombak hala ke Kuantan. Dalam perjalanan tu kami borak-borak, then berhenti kat RnR Temerloh for toilet.
|
beli buah pon nak ambil gambar hahaha |
Oleh kerana kami sampai agak awal kat Kuantan tu, kami decide nak jalan-jalan ke Teluk Cempedak.
|
kelas makeup bersama Siti |
|
Siti teli katak berlampu tu untuk anak buah dia |
Kami lepak minum kopi kat Starbucks kejap, then terus rumah Nurin. Masa kami sampai tu pengantin belum siap lagi.
|
tengah bersiap |
Kami memang kelaparan. Timing pon baek betul. Terus makan kat kenduri. Lepas tu pengantin lelaki pun sampai. Lepas settle makan, kami pon bergambar dengan pengantin.
|
kitorang bersama pengantin |
Lepas dah bersalam dengan pengantin semua, kami pun minta diri nak balik.
Balik ke? eh, kalau dah sampai Kuantan, katanya wajib pergi kedai celup tepung ni. Kedai Mok Na nama dia.
Yang makan pon banyak, tapau keropok pon banyak. Fuh puas hati betul. Dengan perut kenyang, kami pon mulakan perjalanan balik. Masa balik Eda drive sampai RnR Temerloh. Lepas tu aku sambung sampailah ke rumah Shah.
|
still this will be my favorite shot by Shah |
Sampai kat area rumah Shah, kami singgah beli burger kat kedai burger yang menurut Shah ialah sedap gile. Lepas tu ronda mencarik air mangga tapi takde kedai bukak. Kami terus ke rumah Shah. Siti balik terus sebab esoknya dia ada early flight ke KB. Aku dan Eda makan burger kat rumah Shah, lepas tu kami pun balik.
Congratulations Nurin & Faiz. Semoga bahagian sampai ke syurga. Amin.
p/s: 1 down, 4 to go.
0 comments:
Post a Comment