Day 8
Day 7
Day 6
Day 5
Day 4
Day 3
Day 2
Day 1
*****
Seawal pagi bangun, mandi dan finalizekan packing semua barang. Settle zip bag (nasib baik boleh zip dengan tenang). Lepas tu bawa beg keluar ke lobby area dan terus ke kitchen nak buat sarapan.
Haaaaaa inilah adegan yang korang nantikan kan? Pasal Indomee kan? Cenggini ceritanya. Kan 2 hari lepas kitorang breakfast indomee sambil bawak bekal lunch egg mayo sandwich kan? Indomee tu ada lagi 2 packet, telur ada lagi 6 biji dan roti ada lagi setengah buku. Aku pulak slumber aje janji dengan si Loqman nak buatkan sandwich dia, so that nanti sebelum dia pergi kerja pagi tu, bolehlah singgah ambil.
Clare dan Shah dan keluar bilik dulu. So bila aku keluar bilik sambil tolak beg ke lobby, Clare tanya, mana aku letak indomee tu. Aku cakap, semua aku letak kat meja kat pantry. Ha meja ituuuuuuuu. Kebetulan, pagi tu meriah lah pulak kitchen. Ada 1 group dari institut pendidikan guru - IPG mane tak ingat yang buat trip dan tidur di Malaysia Hall. Clare cakap, takde pon indomee. Roti pon takde. Huh???
Kitorang semua masuk kitchen. Yup, takde indomee dan roti. Dan, aku baru terperasan dan terbacayang kat dinding sebelah meja kat pantry tu, tulis WAKAF. Tak sure lah masa tu nak gelak ke nak marah. So, sekarang roti takde. Nak buat sandwich cemana kan? Telur aku tengok ada orang dah letakkan dalam fridge. So now, tinggal 1 mamee cup kari yang Clare tengah pegang. Aku tanya Clare, eh, mamee ni takde orang ambil pulak? Clare cakap dia simpan ni dalam bilik. Tahniah la Aliaa, kau memang tak aware kan pasal perkataan WAKAF yang ditulis sebesar kertas A4 tu.
So aku pon masak lah air. Kami decide, makan share aje mamee tu, the pergi corica, cari kopi and breakfast di town. Lepas tu sambil nak basuh pinggan, ada sorang student IPG ni cakap dengan kawan dia, eh, kau makan ape tu? Kawan dia cakap, ni ha megi goreng (indomee). Aku tengok Shah, Shah tengok Clare, Clare tengok aku. OK sekian.
Lepas dah settle check out dan dapat duit deposit (yezza acik kayo kejap), kami simpan luggage dalam kereta dan terus jalan kaki ke town. Corica ialah in the way aje. Masuk Corica haruslah wajib beli Apple strudle dambaan raykat Malaysia. Kami beli 1 aje. Itupon tak habis makan, kasi Loqman kat airport.
banyak graffiti menarik |
Then kami berkelah kat market square nya.
Shah memang kontrak potong memotong. Potong roti, potong cheese, potong apple strudle. |
Kami memang purposely pilih spot kat depan main post office. Tujuannya lepas makan nak pergi post office beli setem. So lepas makan, kami pon pergilah masuk bangunan ni. Kami masuk lift, nak tekan button tapi tak on. Sempat ambil gambar dalam lift aje. Rupanya post office besar tak bukak hari Sabtu. So keluar balik dari lift dan pergi ke convenient store dia. Kat convenient store dia pon boleh buat pengeposan tapi kalau yang complicated punya kena tunggu weekdays.
tak boleh tekan button lift, boleh ambil gambar je |
Lepas beli setem, kami jalan ke kedai yang kami dah pergi masa malam 1st haritu. Clare nak beli backpack Herschel, kawan dia kirim.
banyak brand dalam kedai ni |
Lepas Culture Kings, kami sambung lagi shopping kat town. Masuk Pandora lah, masuk Swarovski lah, masuk Cotton On lah (macam lah takde kat Malaysia kan). Dah agak-agak 2 jam (sebab kena alih parking kereta), kami pon balik ke kereta. Kami teruskan perjalanan ke Freemantle sebab ada lagi nak pegi souvenir tambahan. Lepas beli souvenir, kami terus ke airport. Memang purposely pegi awal sebab nak pulangkan kereta dan just in case nak kena isi borang ke ape ke kan. Sebelum pulangkan kereta, kena isi minyak kasi full dulu.
beratur untuk check in, tak nak balik katanya |
Our last picture dengan Loqman |
Flight on time, takde delay. Sementara nak go on board tu, busy betul aku update IG. Nanti bila dah sampai Malaysia, cerita dah basi. Sekali ni ha, cerita kat blog pon dah berkurun baru nak habis. Sampaikan dah naik flight, dan duduk, pakai seat belt pon masih lagi aku update IG. Siap kena marah dengan nenek omputih duduk selang 1 aisle sebelah aku (Shah dan Clare gelakkan aku) hahaha. Nenek tu kata bahaya, sila offkan mobile phone anda.
Kami selamat mendarat di Malaysia setelah 5 jam setengah penerbangan. Flight smooth, mostly aku tidur aje. Sebab tak order food onboard, kami beli lah makanan. Nasi dagang dan nasi beriyani kalau tak salah, sebab gambar lupa nak snap.
Sampai KLIA2, mamat jemput aku. Shah dan Clare balik sekali, kakak Shah jemput.
Thanks Shah and Clare, sudi menjadi geng berjalan kali ni. We helped each other a lot in many ways and we care for each other. Ada rezeki kita boleh travel bersama lagi.
0 comments:
Post a Comment