Wednesday, June 1, 2016

Korea 2016 : Day 1 : KUL - ICH - Jeju-do

Haaaaa mesti ramai yang dah menunggu nak baca journey kami ke Korea haritu kan? Sorry, aku busy sejak kebelakangan ni. Gambar Korea ni duk tengok ulang-ulang, tapi tak sempat-sempat nak memblogkan lagi.

Dipendekkan cerita, kami dapat grab teket ni end of last year. Masa tu Air Asia ada buat promotion. Dapat teket ni pun murah tak murah jugak lah. Mother sponsor semua, saya pon menjalankan tugas membooking segala semua.

Kali ni kami pergi ke Korea selama 8 hari. Ha, kali ni kami ke Jeju Island. Bak kata orang Korea, Jeju-do. Perjalanan kami :

Kuala Lumpur ke Incheon dengan Air Asia, RM3400 return (3 person, luggage, 2 meals each both ways, seat picking)
Gimpo ke Jeju-do dengan JejuAir, RM1600.00 return (3 person, seat picking)

Basically flight ke jeju yang kami dapat itu yang paling murah untuk tarikh tu. Airlines yang lain semua lebih mahal. So jadual perjalanan ialah:

29 March : KUL - ICH - Jeju-do
29 - 31 March : Jeju-do
31 March - 5 April : Jeju-do - Seoul

Dan, kali ni Maisarah and family akan join kami berjalan-jalan di Seoul. Yeyyyy!

Flight kami 29 March tu jam 1am, so 28 March malam, lepas isya, kami pon bertolak ke KLIA2. Sampai di airport aje dah boleh check in dan drop in luggage. Settle semua tu, kami makan-makan ringan di the Loaf, then terus masuk. Went through security, immigration, security again, then gate. Kat KLIA 2 tu kan gate nya jauh. So memang jalan slow-slow lah sampai ke gate.



 Sampai aje di gate, kami tak tunggu lama pun. Kejap aje, dah boleh board plane. Sebab dah pilih seat, so selesalah duduk di tempat yang kami pilih. AirAsia X punya seat takdelah luas ke macam mana, tapi boleh la tidur.


Kami sampai di Incheon Airport jam 7am macam tu. Naik train untuk ke main terminal, then ambil luggage. 

dalam train dari gate ke main terminal
Immigration process macam biasa, walaupon ramai orang tapi memang bergerak laju.  Lepas tu ambil luggage, dan keluar. Terus kami turun tingkat bawah sekali, nak ambil KTX train ke Gimpo Airport. Sebelum tu, top up dulu T-Money kami dan tinggalkan luggage besar di situ. Ada kaunter untuk tinggalkan luggage (dia sekali dengan kaunter dry clean / dobi baju). Memang kami dah arrange luggage kecik aje yang akan bawa ke Jeju.

dalam KTX dari incheon ke gimpo airport

 Sampai aje di Gimpo airport, kami terus check in dan dapat boarding pass. Sempena dengan warna tema Jeju Air, boarding pass pon warna oren. 

boarding pass
Nasib baik jugak dah order makanan atas flight sebelum tu. 1 meal dan 1 sandwich. So makan sandwich tu di Gimpo airport aje dan beli banana milk. Wajib kan minum banana milk ni kat Korea. Sambil tunggu flight, ada 1 geng ahjumma kat belakang kitorang tu siap touch up make up. Comel la. 


Lepas makan, kami pon masuklah ke terminal untuk ke gate. Sambil tu ambil gambar dulu. 


kena naik bas dari gate ke plane

Flight ke Jeju ialah 1 jam 5 minit. Kejap je, tak rasa pon. Dapat lah minum orange juice atas flight. Maklumlah, Jeju kan famous dengan oren. 

baru nak landing
Sampai di Jeju airport, terus ambil map kat information counter, then ambil taxi ke hotel. Kami duduk di Maple Hotel, about 5 minit dari airport by taxi. 

first sighting of beotkott (sakura in japanese)



cheese crackers ni sedap. ahjumma kaunter kasi.
Aku book hotel ni online. Memang selesa sangat. Bilik untuk 3 orang. 



Lepas dah freshen up dan solat, kami pon keluar. Perut pon dah lapar. So sambil jalan sambil nak cari makan. 

tengah tanya ahjumma tu mana best nak pergi

amboi, macam terel sangat tengok map
Kami decide untuk ke area Yongduam. Ambil taxi dari hotel ke situ. Ahjumma hotel kata cantik, tepi laut. Memang cantik!















Kami nak try lah makan sotong yang baru ditangkap oleh Korean Sea mermaid. Korean sea mermaid ni ialah women diver yang dive more than 10meter tanpa oxygen tank. And, women sahaja yang mana untuk buat camni. Cayalah. 


order set ni KRW20,000


Rasanya? Fresh sangat dan sedap. OK la untuk alas perut sementara nak cari restoran untuk makan. Lepas makan tu kami jalan-jalan ambil gambar lagi tepi laut. Seriously, banyak betul flight masuk ke Jeju-do ni. Kalau kira-kira, every 5-10 minutes ada flight masuk. 






Lepas tu kami jalan sepanjang persisiran laut tu. Survey-survey kedai mana nak makan ni, perut pon dah lapar gile. Memang timing terbaek untuk makan. So dapatlah deal kat kedai makan ni, KRW120,000 for set of meal for 3 person. Mak aih, banyak round rupanya makan dia.



ketam kicap tu sedap


sup tulang ikan pedas

siput ni dia baru tangkat kat aquarium luar kedai

fresh sashimi baru lepas potong



 Kekenyangan kami sampai tak boleh bergerak. Hahaha. Lepas dah bayar, kami pon sambung jalan-jalan tepi laut. Lepas tu kami ambil taxi ke E-mart. Nak cari syampoo mother.




Best shopping kat E-mart ni sebab dia sediakan kotak untuk pack, sekali selotape semua lah. So lepas dah bayar syampoo semua, aku pon packkan siap-siap so esok nya kami ke post office dan post sahaja.

Lepas puas jalan-jalan, kami balik ke hotel. Di hotel, dah deal dengan ahjumma tu untuk charter 1 taxi esoknya, untuk kami jalan-jalan keliling Jejudo. Tak sabar!

2 comments:

Shima M.Nawil said...

Salam Alia,
Selalu saya baca kalau Alia ke Korea dgn your Mom,your Mom mesti beli shampoo.I curious shampoo apa.Willing to share brand apa?Elok tak?Mana tau kot bole try beli pergi sana nanti.Thanks :)

aliaaroslan said...

@Shima M.Nawil Salam Shima... Nanti saya snap gambar dan update dalam blog ya... Dia shampoo green tea, so far sesuai for my mum and sister. As for me, semua shampoo pon belasah. hihi