Tuesday, June 28, 2016

Korea 2016 : Day 6 : Wet wet Day, Emart (again), Namdaemun Market and Namsan Tower

It was a wet wet day...

Taaaaapi, apalah sangat hujan kat Korea tu. Semua tu diatasi oleh semangat nak berjalan yang membara-bara! Amboi, macam tengah baca rukun negara gayanya.

Seperti biasa, lepas breakfast kat guesthouse (makan roti bakor dan minum kopi), kami pon mengorak langkah merentasi hujan renyai renyai manja di bandar Seoul. Oleh kerana semalam aku tak pergi lagi Emart dan hari ialah hujan, aku cadangkan marilah kita repeat Emart. Kena jalan indoor aje lah aktivitinya bila hujan ni...



hujan you all

mateen mana mateen?

hari-hari lalu depan kedai urut ni. macam mula colonel sanders KFC kan?

acik tampak putih cerah la kat korea ni

Dengan menaiki 2 biji taxi, kami pon sampailah di Emart Yongsan. Lari-lari masuk dalam bangunan.

taxi kontijen pertama, aku, mama, sofea, maisarah dan mateen

taxi kontijen kedua, alim, stroller 1, zul dan stroller 2

kekonon manja.

mateen jetlag, tidur di mana sahaja
Aku shopping beli running pouch, kimchi (yang kena confiscate kat airport, cheh!), dwenjang dan gohchujang, etc etc. Seronok pulak jalan-jalan dalam Emart ni. Tapi nak beli baju ke apa, kebanyakannya tak sesuai dengan cuaca Malaysia. So takdelah beli. Kasut diorang pon tak banyak size.

Lepas tu kami ke food court untuk lunch. Maklumlah, breakfast makan sikit aje. So haruslah dah lapar kan. Konsepnya seperti biasa, ambil gambar kat display area mana makanan yang kita nak order. Lepas tu tunjuk kat kaunter order dan sebutlah nak berapa set.


seafood bibimbap

set jagalchi

set dwenjang

mateen baru bangun



kelaparan so nasi habis semangkuk

ini pon mengada jugak
Lepas tu kami singgah di Daiso dalam bangunan Emart tu. Bestnya daiso kat sini, barang dia memang lain dari barang di daiso malaysia dan daiso jepun.

Lepas tu kami ambil taxi terus ke Namdaemun market. Masa tu hujan dah jarang-jarang tapi still hujan.

tiba-tiba dah terkeluar rain cover osprey ku itu

jalan punya jalan, tetiba semorang jauh kat belakang

tapau kebab

mateen memang seronok aje cuaca sejuk-sejuk ni. kami ialah dah beku. 

sofea pon sama suka je sejuk

Settle shopping kat Namdaemun market, kami balik ke guesthouse untuk hantar barang-barang kat bilik. Solat dan kami terus keluar, menapak nak naik cable car ke Namsan tower. Actually dari guesthouse kami tu dekat aje. Tapi sebab hujan renyai-renyai dan angin menderu sejuk gilos, kami menapak slow-slow. Dari bawah, naik lift dulu nak ke bangunan cable car. Lepas tu naik cable car ke Namsan tower.

Selalunya yang kami naik, nak kena naik tangga dari kaunter tiket cable car ke tempat nak naik cable car. Tapi sebab bawa stroller, kami boleh naik lift. Yeay! Actually mama pon dah sakit lutut sebab tersalah landing masa berjalan. Beruntung bawak budak ni. Takyah panjat tangga.


bersesak berjemaah



Akhirnya kami pon sampai lah kat atas dataran Namsan tower tersebut. So, ape lagi, aktiviti posing sakan dan bergambar pon bermula. Alhamdulillah masa ni hujan dah berhenti. Lagi over lah bergambar kan.


pelancong

bukan pelancong

bukan pelancong jugak

bukan pelancong yang over

ok lah bagi chance.

Mama ialah masuk ke dalam cafe kat Namsan tower tu dan jaga kanak-kanak. Si kanak Mateen seperti biasa ialah tidur. Si kanak Sofea ialah makan chips dan duduk aje dalam stroller. Mak bapak mereka ialah pergi posing salah. Maklong and uncle Alim pon sama naik jugak.



sunset









ada orang tolong ambilkan gambar kami ni


teknik si Raja Shahrom memang membantu lah


Settle berposing sakan, kami pon pergi cari mama. Mama duk melepak releks aje dalam cafe.







Puas ambil gambar kat Namsan tower, kami pun turun. Hantar mama dan Maisarah sefamily ke guesthouse, aku dan Alim sambung jalan-jalan kat Myeongdong. Puas jalan-jalan dan beli barang kiriman kawan-kawan, kami pon berhenti lepak minum kat Cafe Pascucci.




Settle kan jalan-jalan meredah hujan pada hari ke-6 kami di Koreahhhhhhh...

0 comments: