Wednesday, June 1, 2016

Korea 2016 : Day 2 : Round Jeju-do

 Hari ke-2 kami di Jeju, kami decide untuk charter 1 taxi untuk 1 hari round Jeju. Actually dia ada tourist bus yang bawa round jeju, KRW50,000 per person. Cuma tempat-tempat yang dia bawa dan tempoh mengikut jadual diorang. Kami charter taxi ni KRW120,000 untuk 1 hari, driver akan ikut ke mana yang kita nak pergi.

Sebelum berjalan-jalan sambil posing sakan, kami ke post office dulu untuk pos 2 kotak shampoo mother.

berurusan di kaunter

 Lepas settle semua urusan, teruslah kami ke destinasi pertama, Hallasan Mountain. Ha, jangan salah anggap. Aku tak berhiking pon kat sini. Driver terus bawa ke tempat yang tourist boleh pergi untuk rasa serba sedikit pengalaman mendaki Hallasan Mountain ni. Kami jalan-jalan di track yang disediakan.

batu aras








amboi syok sangat tu





Oleh kerana musim masih musim bunga, cuacanya tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Sedap-sedap jugak. 

Next destination ialah Cheonjiyeon Falls. Entrance fees ialah KRW2,000 per person. Ada bridge besar dan cantik menyeberangi sungai yang dari air terjun tu. Taaaapi tak boleh mandi ya kawan-kawan. Kalau mandi jugak, konfem masuk lokap.

Dan, sejuk you all. Mana mampu nak mandi.

beotkott (sakura) baru nak bloom



sungai dari atas jambatan











Memang geram lah tengok air terjun tu. Tapi, dengar bunyi dia aje memang tau dah airnya deras dan rasa udara bertiup dari air tu pon dah tau air tu sejuk gile. 


Kami kan tak breakfast lagi pagi tu. Sebab macam nak makan kaw-kaw masa lunch. So lepas ke air terjun tu, kami pergi makan. Driver taxi bawa ke kedai makan yang hidang Galchi, sejenis ikan panjang.  Panjang tak panjang, nak masak ikan tu pakai 2 dapur lah jugak. Aku order additional abalone rice.



comel tak pakcik driver kitorang?
Makan dah puas, sedap dan kenyang, maka kitorang pon bergerak ke destinasi seterusnya. Jusangjeooli Cliffs. Dia kat tepi laut dan cliffs dia berbentuk hexagon. Terbentuk sebab efek angin, air laut dan pergerakan muka bumi.  One thing bagus pasal driver taxi kami ialah dia yang akan pergi belikan teket (kami kasi duit) dan dia yang akan act macam tourist guide, merangkap photographer sekali.











Memang rasa kagum, sama macam yang tengok dalam magazine dan internet.

Lepas tu kami bergerak ke tempat yang ada banyak bunga warna kuning tu, Canola flower. Ada satu tempat ni kat tepi jalan aje. Lagi satu tempat tu ialah tempat yang orang selalu pergi dan ambil gambar background gunung. Petik banyak-banyak, boleh buat minyak masak.















Lepas puas bergambar dengan Canola flowers, kami teruskan perjalanan lagi ke tepi laut, kawasan Jungmun beach. Bestnya jalan-jalan kat sini. Macam tak jemu-jemu nak tengok. 











Tempat-tempat tadi tu memang jarak perjalanannya pendek-pendek, 20-30 minit aje antara satu dengan lain. Yang next destination ni jauh sikit, dalam 45 minit perjalanan. Nak tengok windmill. Nama tempatnya Sinchang Windmill Coastal Road. 






Tak jauh dari tempat windmill tu ada pantai yang jernih. Kalau musim panas memang orang picnic dan mandi manda kat pantai ni. 




Lepas tu terus kami ke Hallim park.  Macam-macam ada dalam ni. Bunga, kaktus, cave, ladang beotkott, etc. Entrance fee ialah KRW10,000 per person. Memang puas lah jalan dalam ni.






























Memang puas sangat berjalan, kami pon dah keletihan. So by the end of the day, nak depat gelap, kami minta driver hantar ke kedai yang ada hidang belut bakar, dan kedai tu dekat dengan hotel supaya kami senang nak balik jalan kaki nanti. Lepas dah babai ahjusshi taxi dan deal untuk minta dia hantar ke airport esoknya, kami pon dinner belut bakar. 






ini belum sampai lagi semua side dishes


Belut bakar 3 ekor, 1 masak pedas gile, 1 masak pedas biasa dan 1 masak kicap, dengan semua side dishes, totalnya KRW80,000. 

kedai belut bakor
Lepas makan tu kami jalan-jalan aje sambil nak balik hotel...

besar gile anjing tu. releks je lepas atas meja.

singgah kedai outdoor hyun bin kejap.


Memang puas hati betul kami berjalan hari ke-2 tu. Malam tu kami packing half, dan lagi half packing esoknya. Esok pagi flight kami balik ke Gimpo. Kami releks aje kat hotel malam tu sambil layan drama Decendents of the Sun tanpa subtitle. Masa tu kan drama tu tengah meletop, semorang nak Kapten Yoo Si Jin. Aku sorang je nak Sarjan Mejar Seo Dae Yong.

4 comments:

monstorious wife said...

ni baru entry korea. belom entry aussie lg tuu.

aliaaroslan said...

Banyaknya saya hutang cerita kat blog. Thank for reading akak...

Unknown said...

best nye tgk trip awk ke jeju..
mcm mana ye awk book charter taxi tu?? ada contact number @ emel dia tak??
kalo nk book jeju air tu kna guna crdeit card je ke?? debit card boleh tak??
thanks

aliaaroslan said...

@Nadiah Kitty hi.. yang taxi tu kami minta orang hotel call kan, dan bookkan... tak ambil pulak no fon dia... untuk jeju air tu boleh pakai debit card, book online...