walaupon takde subtitle, belasah aje kan |
Kan dah janji dengan ahjusshi taxi semalam kan? Dia pon dah ready tunggu. Dia pon hantar kami ke airport. Tambang taxi KRW5,000, 10 minit dah sampai airport. Kalau naik bas, KRW1,500 per person, dan ambil masa 30 minit.
Sampai di airport, kami terus check in dan collect boarding pass. Sementara tunggu flight, kami pon breakfast dulu di Paris Baguette.
batu jeju katanya |
Kenyang we all |
Sampai aje dia Gimpo Airport, kami terus ambil train KTX ke Incheon Airport. Sampai di Incehon, terus ambil luggage-luggage besar yang kami tinggalkan haritu, dan terus ke arrival area. Kami tunggu Maisarah dan family untuk sampai. Yahooo jumpa Sofea dan Mateen. Maklong misses you so much (padahal haritu diorang yang hantar kat airport).
Dari Incheon Airport ke Seoul, kami opt untuk naik airport limosin. Dalam bahasan Koreanya, bas. Kami keluar dari arrival hall, terus cari bus stand 5B, beli tiket di kaunter (KRW10,000 per person - kanak-kanak free), dan tunggu bas sampai. Bila bas sampai, akan ada ahjusshi or haraboji yang akan masukkan luggage besar bawah bas dan kita naik lah bas.
Kali ni kami duduk di Nungmaru Guest House. First time kami duduk sini. Banyak review dari Malaysian yang kata guesthouse ni best dan ok, bersih. So marilah kita try. Mengikut instruction dari owner, kalau naik bas, kami perlu turun kat Myeongdong station punya stop.
Lepas turun dari bas dan tarik semua beg / luggage / strollers, kami pon menapak. Bukan Korea lah kalau takde bukit semput kan. Menapak sambil cari direction dan tarik luggage ialah boleh menguji ketahanan fizikal dan pernafasan. Semput i ols. hahaha. Dalam 20 minit jugak lah adegan tu, dan sampailah kami ke guesthouse.
Owner sangat baik. Urusan check in sangat mudah. Kami ambil 2 bilik family room. Seperti biasa mana ada kunci kan guesthouse kat sini. Semua main keycode aje. Settle briefing, terus masukkan luggage semua dalam bilik.
Kami pon dah lapar, tapi excited nak berjalan di Seoul. So aku pon tanya owner, mana kedai yang best nak makan belut bakor. So owner pon bersungguh-sungguh cari kedai, print out map lagi. Kami pon dah siap sedia semua, mengorak langkah.
Kami sampai kedai aje, terus order belut bakor 2 set. 1 set ada 3 ekor. Total 6 ekor, pelbagai perisa. Dengan bachan yang sedap-sedap semuanya. Ape lagi, makanlah!
Actually kedai ni kat area Namdaemun, tapi bukan kat lorong-lorong Namdaemun market tu. Dia macam opposite Namdaemun market, seberang jalan dari gate 2 / 3 Namdaemun market. Tapi kalau nak cuba cari, tunjuk nama kedai ni aje...
Balik tu kami just jalan-jalan kat Myeongdong sahaja. Sambil shopping sikit-sikit. Kesian kat Mateen, perut dia kembung maybe sebab naik turun flight kan. So aku pon urut-urut lah keluarkan angin dia.
Then kami pon balik guesthouse, mandi dan tidur. Esoknya jauh lagi nak berjalan-jalan.
0 comments:
Post a Comment