Saturday, May 2, 2015

Krabi 4 - Elephant Trekking, Emerald Pool, Hot spring, Last dinner & going back to KL

Boleh baca :

Krabi Day 3

Krabi Day 2

Krabi Day 1

............................................................................


Last day di Krabi (Day 4), kami buat aktiviti kat area darat je. Takde main-main boat dah. Hehehe..

First of all, pergi elephant trekking. Sorang 700 baht untuk sejam. Actually setengah jam dia bawak kita jalan-jalan, lagi setengah jam orang tu tolong ambilkan gambar dan ikutlah kita nak jalan lagi ke ape dengan gajah tu dan bagi gajah makan.

Punyalah excited nak naik gajah kau...






Budak tu offer, nak duk kat kepala gajah ke. Aku haruslah nak.





lambaian princess kan













dapat makan nenas free. yeehaaa..
Lepas tu ke emerald pool. Nak dekat sejam jugak ke situ, naik kereta.

beli ice cream kelapa dulu

Boleh tahan jugak trekking nak ke emerald pool tu. Ada yang mendaki, ada yang mendatar. Nenek-nenek tua semua relek je naik. Aku je termengah lebih. Masuk ke sini sorang 800 baht




coffee of the day

kolam kecik


Kami jumpa emerald pool dulu. Tapi tak berhenti pon, terus panjat lagi ke Blue pool.

terus daki ke puncak, blue pool. tak boleh mandi pon sebab bawah dia pasir jerlus.




Habis bergambar kat blue pool, kami turun balik ke emerald pool dan mandi...







Lepas tu kami ke hot spring pulak. Dalam 10 minit naik kereta dari emerald pool tu. Masuk sorang 200 baht.



sungai ni campuran air sejuk dan panas









Balik dari emerald pool tu, patutnya ada singgah ke 1 tempat untuk beli souvenir. Tapi kami tak singgah pon, minta driver terus hantar ke hotel.

Lepas dah siap-siap semua kat hotel, terus minta orang hotel hantar ke Aonang town. Kami dinner dan massage lagi.






Balik dari Aonang town, aku memang rasa penat gile. So aku tidur terus. Pukul 4am aku bangun mandi, solat isya dan kemas. By 5am kami semua dah siap dan kereta pon dah tunggu nak hantar ke airport.



Kami cek in 1 beg jugak. Masukkan yang cecair semua dalam tu je. Pergi solat subuh, then terus masuk dan tunggu di gate. Pekena kopi secawan dulu.


Atas flight masing-masing beli set nasi lemak pak nasser sebab kelaparan. Hahahha


Sampai di KLIA2 dalam jam 10am macam tu, mother jemput.

Percutian yang murah dan best. Nanti aku share budget ok!


BUDGET!!! (exchange rate 10 baht ~ RM1.20)

  1. Return ticket flight Kuala Lumpur to Krabi via AirAsia = RM250
  2. Hotel di Krabi; Aonang Resotel (4 nights) = RM200 per person
  3. Sharing money ; food + tuk tuk + airport taxi return + taxi to krabi town return + Phi phi Island hopping, 4 island hopping, elephant ride, emerald pool, hotspring + misc = RM450
  4. Souvenirs + shopping + massages + meni pedi = RM300
TOTAL  = RM1200 (ada lebih lagi 500baht)

0 comments: