Wednesday, March 26, 2014

Kak Mas, I miss you...

Kak Mas dah meninggal, 3minggu lepas, akibat denggi.

Masa meninggal, Kak Mas sedang mengandung anak ke-2, yang sepatutnya menanti hari untuk bersalin.

Kronologi... Lebih kurang begini... Sabtu 3 minggu lepas, waktu tengah hari, suami Kak Mas inform yang mereka dalam perjalanan ke Hospital Klang, Kak Mas direfer ke Hospital Klang lepas positive denggi. By Sabtu malam, keadaan Kak Mas dan teruk dan seterusnya dah kritikal, anak dalam kandungan disahkan meninggal. Ahad pagi, Kak mas dan makin kritikal ditambah dengan liver and kidney failure. Aku dan Kak Shiema pergi ziarah di Hospital Klang tapi waktu tu Kak Mas dan tak sedarkan diri, perlu bernafas dengan bantuan mesen. Ramai ahli keluarga dah sampai termasuk Ayah dan adiknya yang datang dari Paka, Terengganu. Petang Ahad, doktor induce Kak Mas untuk keluarkan baby tetapi berhenti induce waktu malam sebab Kak Mas dah koma. Isnin pagi, masih tiada apa-apa perubahan positif. Isnin tengah hari dalam jam 12 tengah hari, jantung Kak Mas berhenti sendiri. Doktor dah lakukan CPR dan prosedur lain, namun Kak Mas dah pergi menghadap Illahi. Innalillahiwainnailaihi rajiunnn.

Waktu aku dapat tau berita tu, aku, mama dan Semai dalam perjalanan ke Kuantan, nak ziarah kawan baik mama yang suaminya baru meninggal. Innalillahiwainnailaihi rajiunnn.


Siapa Kak Mas?


Kak Mas, salah sorang kawan baik dari tahun 2002. Detik perkenalan waktu aku sambung degree di UiTM.

Masa masuk UiTM, batch yang sama masuk program Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik ada 9 orang semuanya. Kami ialah batch yang asal, yang fresh dari matrikulasi / diploma program lain / STPM / dalam kes aku, dari A-levels. Lepas semester pertama, (kalau geng UiTM akan panggil semester sebagai "part") tinggal 4 orang aje, yang lainnya berhenti. Dari 4 orang tu, kami 3 orang perempuan dan 1 lelaki. Masuk minggu ke-2 semester ke-2, yang lelaki tu tukar course ke Ukur Bangunan. Tinggallah kami 3 wanita, aku, Kak Mas dan Kak Shiema. Kak Mas dan Kak Shiema ni diorang dah ambil Diploma Civil Engineering, masa degree tukar course so diorang kena start all over again. Diorang sekelas masa diploma so aku lah yang join diorang kiranya. Walaupon aku super junior diorang, tapi tak pernah pon diorang sisihkan aku or perkecilkan aku (sebab badan aku besar. haha, ok tak kelakar). Masa kami masuk ke semester ke-3, barulah kami dijoin oleh classmate yang lain, di mana diorang ni yang dari diploma sains ukur dan geomatik, meaning diorang dah dapat pengecualian 1 tahun, terus skip ke semester 3.

 Oleh kerana kami masuk sama-sama, ambil subjek sama-sama, dan semua nya sama-sama, sampaikan kalau lunch time tu, kami akan pergi lunch sama-sama. Port favourite kami haruslah nasi campur seksyen 2. Kami akan tapau makan dan air, then makan sama-sama kat bilik aku sebab aku sorang je duduk kolej. Kak Mas duk rumah sewa dan Kak Shiema dan kahwin, haruslah duduk dengan family dia. Lepas makan, konfem masing-masing seeh, perut ketat, pastu malas-malas je rasa nak pergi kelas petang. Tapi paksa diri, solat zuhur then pergi kelas.

Kalau time final exam, Kak Mas akan tidur bilik aku malam sebelumnya yang kami ada paper esok paginya. Kami akan study sama-sama, then esoknya bangun awal dan pergi exam sama-sama panjat bukit FSPU tu ha. Lepas habis paper, kami pergi beli lunch, makan then Kak Mas akan balik rumah dia. Then of course akan bantai tido. hahaha.

Oleh kerana kami selalu semuanya sama-sama, sekali masa pergi survey camp, kami dipecahkan group. Masing-masing group lain-lain. Tapi kami have fun je sebab kami still pergi makan sama, jalan-jalan sama, etc. Siap aku dan Kak Mas join beberapa classmate yang lain ke Langkawi masa cuti tengah-tengah survey camp.

Kak Mas dia memang ada resdung dan tak tahan sejuk. So kalau class pagi tu, konfem akan bersin-bersin tapi Kak Mas ni suka tahan bersin dia. Aku selalu sound dia "Kak Mas, bersinlah betul-betul. Lepaskan je kuman-kuman tu". Tapi stillllll dia tahan. Maklumlah, wanita pemalu, bukan cam aku yang tak makan saman ni.

Lepas tu kami bertiga pergi praktikal di tempat yang sama. Itu memang best gila.

Teringat lagi masa Kak Mas nak kenalkan boyfriend (yang juga menjadi suaminya) pada aku dan Kak Shiema. Punyalah excited, then husband dia belanja kami makan Ani Sup Utara kat PAS. Ha, Ani Sup Utara tu pon salah satu port favourite kami lunch.

Masa kat UiTM kan aku busy dengan PBSM. Pastu aku kan suka menyebok pergi event-event kat UiTM tu. Kak Mas selalu usik aku dan cakap "eleh, dulu Kak Mas dah puas dah pergi benda-benda ni. Kad aktiviti kak mas ada banyak cop, siap kad keras dengan kad lembek". ahaahhaa aku ingat aku sorang je gila join aktiviti.

Masa ayah Kak Mas baru kasi motor, Kak Mas memang tak berani sangat nak bawak. So dia selalu ajak aku naik motor dia (masa tu aku tak pakai kereta lagi). Minah rempit kitorang tau....

Last aku jumpa Kak Mas, waktu hari Kak Mas kahwin. Aku ajak Semai teman pergi Paka, Terengganu. Kami gerak awal pagi, lepas solat subuh. Sampai Paka tengah hari, makan dan bergambar dengan Kak Mas. Tak sempat borak lama sebab Kak Mas pun kena layan tetamu jugak. Then terus kami balik Kajang. Itulah last time jupa Kak Mas.

Lepas-lepas tu jumpa di facebook dan whatsapp je. Keciknya dunia, sepupu Kak Mas akan berkahwin dengan sepupu aku minggu depan ni, insyaAllah...

Aku duk korek-korek gambar-gambar lama... Tapi tak jumpa gambar yang ambil masa majlis kahwin Kak Mas. Yang ada yang kat bawah ni je...



Masa buat kerja survey di area puncak perdana dan puncak alam. Sekarang tempat tu dah jadi UiTM puncak perdana dah.. Kak shima (tudung biru), aku, Kak mas. Belakang tu classmate lain, Izwan. (2004)


Praktikal di Jabatan ukur dan pemetaan Malaysia, Shah Alam.

Kami pergi cerap anak bulan di Jugra

Kak Mas dan aku... Cerap anak bulan. (2004)

Kami berBBQ di tasik shah alam. Ini dengan classmate masa semester 1.

masa semester 1 (2002)

pergi kelas sama-sama...

fieldwork sama-sama (opps, prism tu belum setting betul-betul lagi) (2003)

berayan bersama-sama. Shahida, aku, Kak Mas dan Felix.

Kami 3 orang, Konvo bersama... 11 Nov 2006

Malam pra-graduan (2006)

bergaya sakan

classmate (2006)

dalam kelas...

class

masa ni nak ambil gambar official class

fieldwork

fieldwork

solar observation - cerapan matahari

fieldwork

class picture

ni gambar-gambar masa kami survey camp di alor star, kedah dan almost semua bahagian perlis, hingga ke border Thailand. 

kat site.



wang kelian

buat report dalam lab

inilah kereta kancil aku. berjasa...

boring lettewww masa tunggu GPS capture reading

bukit kayu hitam

amboiii

UiTM arau


gua kelam


seafood




tak habis-habis kerja site





langkawi

seaworld langkawi



langkawi
Dan...

Last whatsapp dengan Kak mas...

Semoga Kak Mas ditempatkan di kalangan orang beriman... You are such a nice person. I am glad that I get to know someone like you. One of the best big sister.

Al-fatihah... Yaaseen...

9 comments:

SueGinola said...

Innalillah....

Takziah atas kehilangan bff Aliaa...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...amin...

Ms Haslina said...

Salam takziah pada family arwah kak Mas.

semoga arwah di ampunkan dosa-dosanya, diringankan baginya siksa kubur dan di letakkan di dalam golongan orang yang di rahmati ALLAH, amin.

Semoga Aliaa tabah dengan kehilangan kakak/sahabat tersayang.

wakgelas said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat kak mas tuuu.,

psst. cerianyer sumer tengok camera gituu., ;D

anyss said...

Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman. aminnn.

syahdu!

aliaaroslan said...

@SueGinolaAmin... terima kasih, Sue...

aliaaroslan said...

@Ms Haslina amin. Thanks Kak Haslina... terkejuk dan masih terbayang memori bersama. susah senang malas rajin bersama...

aliaaroslan said...

@Ms Haslina amin. Thanks Kak Haslina... terkejuk dan masih terbayang memori bersama. susah senang malas rajin bersama...

aliaaroslan said...

@Wak Gelas masa seronok je snap gambar. masa kena marah dengan lecturer, tak berani nak keluarkan camera n snap. hehehe.. terima kasih, Wak.

aliaaroslan said...

@anyss amin... memang syahdu tapi alhamdulillah sempat ziarah masa beliau tenat... terima kasih...