Wednesday, March 12, 2014

Selfie jugak

Gile kau lama gak aku tak update blog. Eleh,macam ada peminat kan. Takpe takpe, yang konfem mother mesti baca. *flip tudung fareeda*

Eh...

Anyway, minggu ni dah start cuti semester. So kat office tu bagaikan disambar helang keadaannya. Student semua lesap. Takde dah bunyi kelentung kelentamg student duk buat wakaf, takde dah adegan rebut seat kat cafe, takde dah adegan student buat kerja ukur kat tepi jalan dan sekitar IUKL.

Ahaaa, student je cuti. Daku tak cuti pon. Dari Monday sampai harini, meeting or discussion. Harini paling best, meeting pagi sampai petang. Lepas asar baru habis meeting. Amek kauuu.

Tapi bab yang bestnya sebab takyah nak fikir lunch nak makan ape. Makanan disediakan so makan je. Aku kan makan je ape yang orang hidang. Senang kan jaga aku ni. Kalau tak, jenuh la fikir nak makan ape or kat mana.

Esok, bertabahlah daku menghadapi hari meeting sedunia. Pagi meeting academic dan pengurusan. Petang, blue ocean strategy. Yang ni kena present kepada big big boss.

Dan.. Oleh kerana sekarang ni menjelang petang je jerebu makin teruk, so aku tak swimming dah berapa minggu. Oleh kerana aku kekonon guilty makan magnum almond masa balik dari office tadi, lepas maghrib aku pon pergilah ke rumah mothet mentreadmillkan diri. Eleh, 2km pon kecoh kan aku ni.

Disertakan selfie bersama mother, haritu masa kami duk tunggu turn di hospital. Yes, dagu aku dah jadi 2, pipi gembo gembo sangat.

Aku cakap tadi kan aku dah makan magnum almond masa balik dari office tadi?

2 comments:

SueGinola said...

Eh, I is peminat u tau Aliaa..so jangan lupa selalu update blog...(sambil flip tudung Annur spuloh hingget) heeee...

aliaaroslan said...

@SueGinola wawawaaaa terharu i ols... *flip ape plak eh...*