sepanjang minggu ni, jerebu memang teruk. sepatutnya hari isnin dan selasa haritu aku pergi swimming, tapi tak jadi nak pergi. menjelang petang je, jerebu makin teruk. karang ada pulak adegan nak kena hantar aku pergi hospital sesak nafas. baik jangan carik pasal.
teruk sangat jerebu, sampaikan aku baru aje bukak sliding door rumah 10 minit, dah rasa hidung macam sesak dan mata ala-ala pedih. terkelip-kelip mata aku. so aku pon tutup balik sliding door rumah. nasib baik ada air purifier. sejuk sikit rumah. tapi pagi-pagi dia agak ok, tak teruk sangat jerebu dia.
mask memang standby dalam kereta, dalam handbag, kat office. kat rumah ada berkotak-kotak, haritu angkut dari office mother. tinggal malas dengan rajin nak pakai je. air, memang minum banyak. or else, tekak akan start rasa gatal-gatal.
stay healthy everyone!
0 comments:
Post a Comment