Monday, August 22, 2016

Aliaa to Perth 2016 : Day 4 : Sandsurfing at Lancelin, Pinnacles desert at Cervantes and Seafood Pizza for lunch + dinner

Semalam dah beli souvenir kan? Masa beli souvenir tu, tetiba tercetus idea. Eh, korang. Jom beli tshirt sama corak. Pastu esok (harini) kita pakai sesama nak? Barulah macam rombongan sikit. Keh keh keh, itu ialah terjadi ya. Kami ialah beli tshirt sama dan pakai sama-sama.

Aku siap lambat sikit sebab terlupa nak kena pakai tshirt sama tu. Cis. Keluar aje, terus cari kopi dulu. Kopi ialah penting ok. Barulah ceria mata. Kitorang start kereta, jalan, then nampak macam kedai ni comel. Berhenti dan beli.


Comel kan kedai dia. Lepak minum kat luar aje. Dia jual kopi dan muffin / brownies, ikut hari. Kami beli kopi kat sini dua kali rasanya.


Sedap pon sedap kopi dia. Tapi aku tak sure lah sama ada sedap sebab ada caramel ataupon memang kopi dia sedap. Bila pagi-pagi ni, memang lah nak pekena kopi untuk buka sikit mata kasi terang. Hahaha.

Kami terus set di GPS kereta untuk ke Lancelin. Nak pergi sand boarding katanya you all. Ha jangan main-main. water boarding pon tak pernah buat, sand boarding ni kira gamble aje lah kan. Paling kuat pon jatuh atas pasir.


Kami berhenti untuk isi minyak dan beli breakfast untuk makan. Alamak gambar breakfast terlupa nak snap. Maybe excited pakai baju sama-sama. Ape kena entah orang Malaysia ni kan, pakai baju sama-sama pon nak kecoh. Hahaha. Kami order cheese and tomato toastie untuk aku dan Shah. Clare ambil ready made chicken sandwich. Lapar punya pasal, settle kami bedal. Tinggal gambar tic tac bawah ni aje yang sempat snap. Sedap pulak tic tac perisa campur-campur ni.



Perjalanan ke Lancelin tu dalam 2 jam 40 minit macam tu, dari Perth. Aku kan princess yang perasan, so duduk belakang aje lah kan, jangan banyak cakap. Sambil tu layan lagu-lagu connected terus dari iphone aku / Shah / Clare. Ok kenapa nak kena mention iphone kan. Hahaha.

Kami lalu di pekan Lancelin dulu, masa tu aku sibuk nak pergi toilet. Tempat sandboarding tu lepas pekan Lancelin. Masuk aje tempat sand boarding, terus ada tempat sewakan sand board. Terus sewa sorang satu, AUD10 each.



abang-bang pergi settlekan urusan sewa sand board

Tempat sand boarding ni ialah sejauh mata memandang. Kami pon parking dan ambil gambar dan sand board dengan macam-macam gaya. Oh by the way, sewa tu sekali masuk. Kau nak duduk seharian dalam tu pon boleh, takde charge tambahan. Disertakan laporan bergambar.



makcik tokleh buka mata besar-besar sebab pasir halus bertiupan

baju sama kan kan








Sampai-sampai parking aje terus gelabah ambil gambar sana sini. Lepas tu gelabah lagi nak cuba sand surfing. Aku tengok orang lain kemain senang aje buat. Sekali aku terhegeh-hegeh. Gelak aje lebih.











nasiblah sempat diorang ambilkan gambar ni






dah turun, nak naik satu hal lagi



perfect sky


video


Penat gilo rupanya sand boarding ni. Pulaknya aku kan still sakit fractured tailbone so tak boleh nak ganas sangat duduk atas sand board tu. Kena sopan aje. Sopan pon belasah jugak. Tergolek-golek, habis pasir masuk dalam poket seluar kasut stokin semua.

berjaya kekonon.


Puas sandsurfing, kami pon nak bergerak ke next destination. Nak pergi tengok pinnacles desert kat Cervantes. Sebelum naik kereta, buang semua pasir-pasir dalam stoking kasut, poket seluar semua. Mana yang boleh lah. Muka pon berpasir wei. Aku pon tak perasan muka berpasir. Celah spekmata pon masuk pasir. Siap pinjam kain lap cermin mata dengan Shah.

Cervantes ni up north dari Lancelin. 40 minit perjalan dari Lancelin. So kami teruskan aje perjalanan. Masuk tu kena bayar AUD12 percar. Dia boleh konsep drive thru dan hanya boleh jalan kat laluan yang dia dah buat. Boleh berhenti parking kat mana-mana yang ada ruang dan tak halang laluan kereta lain.








Ya ampun, banyaknya gambar diri sendiri. Hahaha. Anyway, kami sangat enjoy ambil gambar kat sini. Macam-macam bentuk pinnacles ada. Lagi best sebab dapat special class pasal pembentukan pinnacles dari Shah. Dia kan pakar tanah.













behind the scene

flying kiss untuk siapa?




tabah dua orang tu nak set camera. Tapi takpe, janji gambar kitorang cantik.



Paling best bila set timer, lepas tu lari lari nak kejar pose sebelum timer.

lari lari


alamak terlepas timing


kejar ape pulak?

ok tekan snap

hasilnya



sekali lagi



persatuan baju australia

video





Masa ni dah almost pukul 3pm. Perut lapar sesangat. Mana ada bekal dalam kereta kecuali tic tac. Kami singgah kat souvenir shop dia, dengan harapan ada sandwich ke apa. Hanya ada fridge magnet, keychain dan souvenir lah. Grab snickers sorang satu dan makan dalam kereta, sementara nak sampai ke pekan Cervantes untuk cari makan. Nak pergi pekan Cervantes tu pon 20 minit jugak perjalanan. Tabah aje dalam kereta. Masing-masing dah senyap sebab lapar. Hahaha.

Sampai kat pekan, ada sebiji petrol pump station dan ada diner kat situ. Yang lain ialah BnB. Ok, belasah masuk diner. Order seafood pizza dan fried. Pizza sampai, kami makan dalam senyap. Hahaha.





OK, energy level dah naik sebab dah isi perut. Kami pon teruskan perjalanan balik. Aku biasalah, bila tak drive, duduk pulak belakang, kejap-kejap tertidur. Ish, membazir betul bawak aku ni. hahaha. Sebelum sampai Perth, kami singgah isi minyak kereta dulu. Aku teringin nak makan ice cream. So...


Masam wei ice cream ni. Maklumlah perisa lemon. Lepas tu kami terus balik ke Perth.




Kami sampai di Perth dalam jam 6.30pm macam tu. Park kereta dekat dengan Malaysia Hall then jalan kaki nak cari kedai beg Herschel dekat city centre. Sampai kat kedainya, kedai dah tutup. Tapi at least dah tau kedai kat mana. Lepas tu kami ke Woolworths, nak  beli barang makanan sikit. Nak buat bekal untuk esok supaya kami tak kelaparan macam harini. Kami beli air minera botol besar, roti, butter, jam, tomato, cheese, cikedis, etc. Esoknya kami nak operasi bawak bekal dan standby makanan dalam kereta.

Esok, another adventure.


0 comments: