Monday, August 15, 2016

Aliaa to Perth 2016 : Day 3 : Little Bird Cafe, Souvenirs at E-Shed Freemantle, Fish and chips at Cicerello's, King's Park & Mill's Point

Siaran masih lagi berkisar di kawasan Perth. Belum lagi jalan-jalan ada kangaroo melintas depan kereta ya. Itu hari kemudian-kemudian sikit. Hari ke-3 ni jatuh pada hari Ahad. Pagi tu, kami plan nak breakfast di Little Bird Cafe, seberang jalan aje dari Malaysia Hall ni. Lepas Clare dah balik dari church, kami pon pergila ke situ.




Tetiba ialah ramai nya umat manusia kat LBC ni. Pastu majority orang pakai singlet running event pagi tu. So kiranya balik dari run teruslah singgah breakfast kat situ. Kami bagi nama kat manager dia untuk dapat tempat duduk. Bila dah duduk, barulah order makan dan minum di kaunter. Suasana masih sama macam yang aku pergi last year, tapi orang aje ramai. Kebetulah pulak Ahad kan.





Sorry lah you all. Banyak pulak letak gambar syok sendiri ni. Padahal paksa Shah dengan Clare snapkan gambar hahaha.




Sekali Hitman kasi juice kesihatan daaaaa.




Alamak, banyak pulak gambar snap syok sendiri. Kami order makan dan kopi sorang satu. Then dapat smoothies free sorang satu, Loqman belanja. Aku ialah sangat suka buckwheat fruit pancake dia. Bunga daun atas penkek tu semua boleh makan tau. Organik katanya.





Lepas dah puas bertiming ambil gambar berbackgroundkan Little Bird Cafe, kami passkan barang-barang Loqman dari Malaysia dan terus zass ke Freemantle. Kami park depan E-Shed dan terus masuk dan ke kedai Aussin, kedai auntie dari Indonesia yang dah duduk di Perth selama 20 tahun.

Misi mencari souvenir pon bermula. Siap ukur bajulah, kira berapa banyak fridge magnet nak beli lah. Sekali ada pelancong Borneo daaa.

pelancong Borneo yang dimaksudkan








Sementara ronda-ronda cari souvenir, kami terjumpa satu spot ni, salah satu kedai dalam tu yang takde tenant. Kami sempat snap gambar lagi.

behind the scene

BFF ni


model tak berbayar dan perasan


E-Shed ni bukak Jumaat - Ahad sahaja ok you all. Sila take note di situ. Settle beli souvenir dan jalan-jalan dalam E-shed tu, kami pon keluar jalan-jalan.

plan nak beli dive suite tapi mahal jugak, AUD300 sepasang. Nangis tepi laut nanti aku.

Kami jalan-jalan sepanjang pier tu. Kemain kan dah bayar parking 3 jam. Energy pulak full bar, maklumlah makan breakfast like a king sangat. So ape lagi, sesi photography diteruskan.














album tak muncul muncul lagi.
















Kat hujung pier tu macam ada memorial centre. Kami tak masuk pun, bergambar kat luar aje. Aku rasa macam tutup je sebab hari ahad kan.



















Heiii kau ingat jadi model sambilan tak berbayar ni tak penat? Penat tau tak. Perut pon dah lapar. Kalau dari Freo, wajiblah makan Fish & Chips dia kan. Kami pun ke Cicerello's. Tau jauh pon dari E-shed tu tapi nak park dekat dengan kedai.


order kak, jangan tak order.










Kau imagine berapa banyak gambar yang nak disnap sebelum dapat makan. Memang aku snap gambar sambil kunyah fries tau tak.


Ahhaaaaa walaupun langit ialah gelap, jam baru pukul 4pm lebih you all. Kami berkejaran balik ke Perth dengan harapan sempat nak beli Corica Apple strudle dan makan di King's park. Namun, tak sempat kau. Timing ialah tak berapa cun kerana waktu tu orang baru balik kerja. And mind you kena drive ikut speed limit. Amboi sopan kan kat negara koala bear ni. So kami pon terus ke King's Park. Layan ambil gambar breaking dawn gitchu. 



Tengok, dah sarung jaket balik. Malam ialan sejuk tau. Teknik mengambil gambar di kala senja - malam masih menggunakan teknik Shah. Hasilnya haruslah superb kan.



Tengah duk posing, tiba-tiba hujan turun rintik-rintik. Alamak, nak hujan ni. So cepat-cepat lari dan sempat ambil gambar kat sini...


Masuk aje kereta, hujan berhenti. So fikir cepat, nak pergi mana lagi ni. Sebab baru maghrib kan. So, kami ke Mill's Point. Last year Bobo bawak aku ambil gambar kat sini. So kami belasah aje lah ikut map. Nak tengok Perth skyline from the other side. Sambil tu dengan lagu Adele "Hello from the other side.... lalala". OK itu aku tipu.


takut kaki jejak air padahal jauh lagi





cantik kan






Hari diakhiri adegan kekonon macam nak cakap "tengok tuuuuu Perth laaaaaa".
 

Takdenya. Aku tipu. Kitorang pergi makan kuey tiaw goreng cili potong kat kedai Makan-Makan di area Queens Victoria.


Esok nya kami jalan jauhhhhhh...

3 comments:

NEKCIK said...

seronok tummpang tengok gambar cantik dan terang ..puas mata memandang

aliaaroslan said...

@NEKCIK nasib baik fotographer saya dua-dua tu berbakat. hehe

Cyn Wilson said...

Bestnya baca blog Alia ni. And best tengok trip yang free & easy macam ni.