Monday, September 19, 2016

Aliaa to Perth 2016 : Day 5 : Swan Valley Tour

Sambungan blog entry untuk jalan-jalan Perth sebelum aku update dengan cerita ceriti lain. Hari ke-5 ni kami ikut itenary yang telah dirancang. Kami pergi Swan Valley Tour.

First of all, beli kopi dekat kedai semalam, Boo. Sebelum tu di Malaysia Hall, kami dah prepare bekal sandwich tomato & cheese untuk breakfast dan sandwich butter + strawberry jam untuk lunch. Bawak jugak cikedis yang dah beli semalam untuk makan dalam kereta.

Sampai di Swan Valley Visitor centre, kami masuk ke dalam tu untuk tanya information pasal tour yang ada.


Memang ada beberapa option tour yang disediakan. Range lebih kurang AUD50-80, depending nak ambil half day atau full day tour, dan dari tour agency yang mana. Tour agency memang akan ambil di visitor centre ni. Tapi sebab kami ada kereta sendiri, so kami minta recommendation dari centre tu which vineyard / homemade factory yang best untuk pergi. Lepas dah dapat info-info yang diperlukan, kami pon bergerak lah ke first destination. Sebelum tu, round visitor centre dulu.

peralatan lama


this is why i love autumn




Kami decide untuk follow route yang ada dalam tourist map dan stop di tempat yang kami pilih, yang dah direkomen oleh officer kat visitor centre tadi je. First stop ni best, ada vineyard, wine factory & tasting dan chocolate factory.





semua ni gabus penutup botol wine

pilih, pilih... mana satu wine yang nak test

Chocolate factory nya best gila. Memang dia sediakan chocolate chips untuk testing. Ada milk choc, white choc dan dark choc. Makan lah banyak mana nak makan ponnnnnn... Ada sorang budak kecik tu, nenek dia siap suruh masukkan sikit dalam poket. Aku tak sure lah cemana adegan nak membasuh seluar budak tu nanti kalau cair coklat tu.

test kau, jangan lepaskan peluang

Gambar kat bawah ni ialah product chocolate yang dijual. Range harga varies, mengikut jenis campuran kacang, filling (termasuk wine filling) dan sebagainya.



hand made truffles ni mahal sikit. 

ice cream. nak flavour ape?



Aku beli seketul ni, AUD3.50. Penat kunyah sebab kacang dia berlemak. 

Lepas tu kami ke vineyard seterusnya, seberang jalan aje dari tempat tadi. So jalan kaki aje lah. Kat sini banyak sikit shooting.



ini ialah shot burst yang ke 359

boleh jadi model vineyard tak?

aku tak sure gaya apa yang aku cuba lakukan

gituuuu gayanya

walaupun tak selendang tak memberikan kerjasama, gambar tetap cun

prop tempat wine tasting ni ialah wine barrel. jimat kan. 

selfie seround


cheers you all!

Lancaster Winery


Shah tak sure nak pandang yang mana, camera aku atau Clare


Mmmm nampaknya masih tak dijumpai wine yang dicari. Misi perlu diteruskan. Tapi singgah ke honey factory dulu. Factory dia jangan lah imagine yang bersar gabak tu. Comel aje, tempat pameran, info dan urusan jual beli.


ikut tema haiwan background
Kat tempat honey ni, auntie tu terangkan panjang lebar pasal cemana nak dapat madu yang baik, jenis-jenis madu, etc. Termasuklah abang dia pernah ke Sabah / Sarawak untuk ajar orang kita cemana nak hasilkan madu lebah yang baik.


Ada macam-macam produk madu, berjenis perisa madu dan cream madu. Kami beli cream madu sorang satu.

model cream pulak
Lepas tu perjalanan diteruskan. Kami singgah di gallery seni Aboriginal People.


Tak dibenarkan snap gambar dalam gallery. So, gambar bangunan gallery ajelah.



Next wine tasting spot, Ugly Duckling. Kat sini adegan malu dan segan sikit. Owner vineyard ni ada seekor anjing jenis shaggy god. Masa kitorang sampai, anjing ni elok je tengah baring kat sebelah sana. Tengan leka duk memilih nak rasa wine yang mana satu, tetiba anjing ni dah dekat dengan kitorang dan lagi 1 kaki je dari kitorang. Yang aku terus gelabah pegang sana sini. Nasib baik tak panjat kerusi meja. Rupanya dia nak bau kitorang aje. Lepas tu terus dia pergi lepak balik. Wei, malu bertahun aku. Sila simpan rahsia ok, Shah and Clare (insert emoticon monyet tutup mata).


Clare dan prop berpisah tiada

Kat sini yang hampir jumpa wine yang disukai, white wine yang jenis sparkling. 

Rupanya wine ni dia kan diperbuat dari anggur. Jenis-jenis anggur yang digunakan sama aje lebih kurang. Yang menjadikan vineyard production ni lain dari yang lain, ialah cara diorang hasilkan wine ni. Berapa lama fermentation process, berapa banyak ragi yang diorang guna, manual or automatic method, etc. Tetiba aku rasa aku boleh buat wine sendiri. hashtag Eh.

Next vineyard, takde orang pon layan kitorang. Tempatnya open. Kat kaunter dia display currency notes dari banyak negara all over the world. Best kan.


usaha untuk menjadi model masih diteruskan. 

takde orang kat kaunter wine tasting, so kitorang tumpang bergambar. 








dalam kereta pon nak berleter lagi kan aku ni
Lepas tu kitorang tinggal aje kereta kat situ dan jalan kaki cari home made ice cream. Ingatkan dekat. Boleh tahan jauh jugak kami berjalan. Siap salah masuk simpang lagi. Mujur ada google map. Sepanjang berjalan kaki tu, banyak kali berhenti ambil gambar.

cek map







kitorang panggil ini rumah Smallville (superman)





yey dapat!
On the way berjalan balik ke kereta, ice cream pon dah aku settlekan. Stop makan bekal jap, then ke destinasi seterusnya. Ini ialah church yang tertua di Western Australia. Binaan klasik, serene dan tenang suasana.







belakang church tu ada sungai dan kerusi macam ni untuk orang duduk



ni lah sungai tu

depan church tu ada perkuburan


Kami teruskan perjalanan ke next stop. Tempat wine tasting ni lah yang finally Clare membeli wine yang dia suka. Tempat dia sangat old school. Namanya John Kosovich Wines.

depan pintu masuk ada pokok anggur. 

sepohon pokok, banyak dahannya


setting counter pon menarik

Itulah ownernya. Anak original Owner. 



Barrels of wines

decor

old equipments

winning trophies

yey managed to purchase

it was underground cellar. 


original way


i love this shot

behind the scene


We wanted to try the organic wine, tapi tutup lah pulak kedainya haritu. Tempat dia cantik. Wajib bergambar.






Last destination on our Swan Valley Tour ialah Cheese Barrel. Kilang cheese you all.



tunggu orang kat sini sediakan cheese untuk ditry



ada papparazzi lah!
Untuk cheese tasting tu tak perlu bayar. Cheese barrel kasi kami try 5 jenis cheese. Memang pelbagai rasa dan testur lah. Tapi takde pulak blue cheese untuk ditry.

pakai toothpick yar

berapa lama daaa simpan cheese ni. sekilo AUD80 kau.

ini pon tak rasa
Lepas cheese tasting, kami decide untuk mengopi sambil makan cheese platter.

sementara tunggu cheese platter sampai

Clare dan prop berpisah tiada

Untuk cheese platter ni, harganya AUD45



Shah tunjuk skill memotong roti sambil pakai backpack.


Memang kenyang gila makan 3 orang. Siap ada lebih tapau bawa balik lagi. Kenyang sampai malam, memang puas hati lah. Kami stay makan kat situ sampai gelap dan kedai pon nak tutup dah.



Wajib selfie gaya macam ni kan
Balik dari Swan Valley tu, kami singgah jalan-jalan di town. Clare mencari lagi satu kedai beg Herschel tu, survey-survey harga dan sebagainya.

Malam kami basuh kain kat Malaysia Hall. Memang disediakan washing machine untuk penghuni. Washing machine sekali basuh AUD2, dryer AUD1 untuk 30 minit so kami letak sejam.

Malam tu rest aje sambil transfer dan upload gambar kat IG. Haruslah update, kan ramai peminat-peminat yang menantikan update dari kitorang. Hehehe. 

0 comments: