Wednesday, August 19, 2015

berhati-hati di jalan raya

Selasa minggu lepas aku accident.

Kereta aku dilanggar dari belakang.

Minggu lepas ada beberapa hari yang hujan lebat waktu petang.

Masa hari kejadian, aku macam biasa, nak balik dari office.

Seperti selalu jugak, akan ambil PLUS highway dari Kajang ke rumah.

Masa nak sampai di area exit Bangi, kereta depan semuanya slow down. Hujan lebat gila, pakej dengan angin pon kuat.

Kereta semua slow down, sampaikan satu stage tu kereta depan aku semuanya berhenti.

As usual, memang aku akan jarakkan dengan kereta orang depan. Semuanya pasang lampu masing-masing punya lampu break pon on.

Aku di lane tengah. Bila aku berhenti, automatically aku tengok cermin pandang belakang. Ada kereta yang menuju ke arah kereta aku. Dalam hati aku kata, wah, laju betul kereta ni. Saja aku tekan-tekan lagi break kaki aku supaya orang belakang tu nampak. In a split second, BUMMMMM.

Aku dan kereta aku tersengguk ke depan.  Mula dengar suasana luar kereta dengan makin jelas. Bunyi hujan pon makin jelas. Aku tengok cermin belakang, pecah semuanya.

Terus aku on kan hazard light kereta. Slow-slow aku drive kereta ke tepi jalan. Orang yang langgar aku pon follow sekali. Kami park tepi jalan, di antara jalan utama PLUS highway dan lorong orang yang baru keluar dari tol Bangi nak masuk PLUS highway. Aku stop aje kereta, offkan engine. Ambil semua barang-barang aku, masukkan dalam handbag, sling handbag tu across my body. Slow-slow aku buka pintu kereta sebab walaupon hujan lebat, kereta masih laju. Maklumlah, highway kan.

Aku terus ke belakang kereta, ambil gambar bahagian belakang kereta aku. Hancusss.

Tiba-tiba ada satu kereta berhenti di antara kereta aku dan kereta orang yang langgar aku. Ada orang keluar dan tanya aku nak ke mana, aku nak balik hala ke mana dan arah mana, nak hantar kereta aku repair kat mana, etc etc dengan cara memaksa. Aku cakap baik-baik dengan orang tu, takpe encik, saya nak jumpa orang belakang dulu. Dia hulur kad dia, aku ambil dan masukkan dalam handbag. Aku terus pergi kat kereta orang yang langgar aku tu. Dia tak keluar dari kereta. Aku suspect dia takde payung.

Dalam nervous, aku beranikan aje diri. Mane tau dia nak mengamuk ke ape kan. Tapi, orang tu baik sangat. Dia pon dalam keadaan terkejut jugak. Aku buka aje pintu passenger, dia terus cakap, saya minta maaf, saya tak perasan dan tak sengaja. Fiuhhh lega aku, reaksi dia takde amukan di situ. Alhamdulillah.

Kami discuss, sambil aku berdiri kat luar pintu passenger dan pegang payung. Dia terus bagi business card dia, dan nombor handphone dia. Aku terus masukkan dalam handphone aku dan aku call dia, supaya dia dapat nombor phone aku. Discuss punya discuss, termasuk kami agree untuk buat report polis masing-masing. Guarantee aku kena claim insurance punya dan dia pun agree. Aku inform dia aku nak ambil gambar kereta dia, dia pun agree dan minta aku hantar gambar tu kat dia juga. Kami bertukar gambar IC masing-masing untuk memudahkan process report nanti. Alhamdulillah mudah betul deal dengan dia. Orang yang melanggar tu lelaki berbangsa cina.

Selesai semua, aku masuk balik dalam kereta. Start terus engine dan jalan slow-slow balik rumah. ada lagi 10km lagi tapi aku drive 60km/jam sebab bumber belakang stuck kat tayar belakang. Lagipon cermin belakang pecah semuanya, tak boleh bawa laju sangat. Aku decide nak pergi buat report polis lepas maghrib nanti aje. Masa nak exit tol kat rumah aku, kad plusmiles aku tak boleh dibaca. Patah rupanya. So bayar manual.

Lepas maghrib, aku, mamat dan mother pon bergerak ke balai polis Bangi. Tapi polis kat situ nasihatkan untuk aku terus pergi ke balai poling Kajang, sebab kat situ ada bahagian trafik, terus boleh ambil gambar dan jumpa pegawai penyiasat. So kami pon pergi ke balai polis Kajang. Buat report, jumpa pegawai penyiasat, dan gambar diambil. Kami diapproach juga oleh seorang yang claim dirinya boleh tolong memudahkan proses claim insurance tu. Kami ambil jugak no telefon dia tapi tak confirm deal lagi. Lepas tu balik rumah. Selesai. Alhamdulillah.

Esoknya Rabu, aku ambil emergency leave. Dalam jam 10am macam tu, orang yang langgar kereta aku tu whatsapp bagitau dia dah settle buat report polis dan bagi no rujukan kes kat aku. So aku dan mother pon pergilah ke balai polis Kajang untuk beli laporan dua-dua pihak. Sebelum tu aku dah call Perodua Nilai, dan minta senarai dokumen yang diperlukan untuk bawa ke sana, untuk repair dan claim insurance. Dokumen yang diperlukan salinan insurance kereta aku, salinan geran kereta, salinan IC dan lesen aku, salinan IC dan lesen mother (owner kereta) dan laporan polis dua-dua pihak (dari aku dan orang yang melanggar).

Selesai beli report di balai polis Kajang, balik semula ke rumah dan ambil kereta aku. Aku dan mother konvoi ke Perodua nilai dan terus jumpa dengan orang yang aku call tadi. Serahkan semua dokumen dan dia terus buka fail untuk proceed claim dan repair kereta aku. Sign di borang, tinggalkan kereta dan selesai semuanya, Alhamdulillah.

By the time 1.00pm macam tu, semuanya selesai. Aku dan mother, masing-masing kami kelaparan, terus ke Cyberjaya pergi makan boat noodle.


Mudah aje nak claim insurance ni sebenarnya. Cuma perlu tahu nak contact siapa. Dalam kes aku ni, ada 2 orang yang approach aku untuk tolong jadi "runner", tolong mudahkan kerja aku. Sorang yang berhenti tepi jalan tu dan sorang yang approach kami kat balai polis Kajang tu. Diorang pon tak salah sebab itu sumber pendapatan mereka. Tapi bagus kalau kita sendiri tau procedurenya dan kalau mampu buat sendiri prosedure tu satu-satu. Kalau tak mampu, tak salah minta bantuan khidmat runner ni.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku masih diberi peluang lagi untuk hidup di muka bumi ini. Allah nak tegur aku tu.

8 comments:

sweet tooth said...

yup... minggu lepas and even this week pon kerap ujan petang. kadang kita dah hati2, tapi org lain pulak yg buat hal... lama ke perodua nk siapkan kereta tu?

SueGinola said...

Aliaaaaa...la kesiannya...
Nasib baik tak apa-apa...
Dan nasib baik jugak berexcident dengan orang yang baik-baik...syukurrr...

Wak Lat said...

syukur je kan selamat orangnya ;p

aliaaroslan said...

@sweet tooth katanya dalam 3 weeks dari hari yang kita hantar. hopefully cepat siap :)

aliaaroslan said...

@SueGinola syukur alhamdulillah takda apa-apa... tq sue..

aliaaroslan said...

@tiga lalat syukur alhamdulillah

Ms Haslina said...

Allah.
Alhamdulilah Alia tidak apa, tenang sahaja

aliaaroslan said...

@Ms Haslina alhamdulillah, aliaa takde apa... tunggu kereta siap aje, hopefully asap...