Friday, May 15, 2015

Australia adventure : Day 2 : Perth City, Harbour Town, Freemantle & Mill Point

Hari ke-2 di Perth, memang sangat interesting. Aku memang takde specific plan nak ke mana, jam berapa dan naik apa. So lepas bangun, solat, bersiap, releks kejap dalam bilik, aku pon suite up (pakai jacket) dan turun ke  bawah dan nak keluar. Sebelum keluar tu aku terserempak dengan officer Malaysia Hall. So aku minta peta Perth City. Kat map tu ada tunjuk free bas nak ambil kat mana dan dia ada bagitau mana yang best untuk pergi. Aku ambil, lipat, masuk celah tepi bag dan keluar.


Luar Malaysia hall, seberang jalan, terus nampak Little Bird cafe.
Semalam aku dah nampak dah cafe ni, tapi dia tutup jam 4pm. So pagi ni aku decide nak breakfast sini. Kebetulan Loqman pon kerja sini part time. Loqman ialah kawan sama sekolah rendah aku. 


Malaysia Hall Perth
 Malaysia Hall Perth ni baru operate since end of last year, tak sampai setahun rasanya.

Aku tak sure apa aku nak order kat cafe ni. Aku memang pemakan breakfast tapi taklah heavy sangat. So aku pon order pancake dan latte. Bila harganya AUD24, aku pon expect mesti canggih gila pancake dia. And, it is true!!! 

aku suka setting kedai ni. aku duduk tepi jalan.

canggih kan pancake dia


Sejam lebih jugak aku melepak makan kat dalam cafe tu. Seriously sedap gila pencake buah ni. Pastu siap ada bunga dan daun atas pancake tu dan waitress tu cakap "you can eat the flowers and the leaves too, they are organic". Dan aku makan! Rasa macam bunga lah, ape lagi. Hahahaha. Aku tak dapat habiskan semua pancake tu so tapau. Hantar balik bilik dulu (seberang jalan je kan) dan mengorak langkah ke city centre.

Oleh kerana semalam dari turun bas ke Malaysia Hall aku merentasi city centre dan sebagainya, so aku ada idea nak pergi ke mana. Cuaca makin cantik, off jacket dan jalan. 



abaikan the bird's poo


Sampai di city centre, aku terus ke farmasi. Aku tanya pharmacist tu pasal condition sakit rusuk + bahu kiri aku.  Aku tanya sekali apa sebab musababnya. Sebelum tu pagi tu aku dah google cari info pasal sakit aku tu. Pharmacist tu kata, benda ni boleh terjadi bila-bila masa, so sudden dan takde punca utama. Ribs aku fructured bahagian dalam, so terkena organ-organ dalam dan ada some sort of link / laluan ke bahu kiri dan sebab tu akan rasa muscle pain kat situ. Just that I am unlucky dapat masa nak travel. So aku tanya, ubat ape sesuai untuk aku ambil, dan cakap "I'm allergic to painkillers, specifically ibuprofein & it's siblings, voren and ponstan". Pharmacist tu senyum sambil cakap "Oh dear, I was about to suggest you take voren. Are you allergic to panadol?" dan aku jawab tak. So dia suruh ambil panadol, 4 times a day sebagai pain management. Aku siap tanya ada apa-apa langkah yang aku boleh buat untuk prevent sakit ni? Dia cakap takde.

Settle di farmasi, aku jalan-jalan lagi. Sebelum tu aku sempat upload kat instagram gambar aku breakfast tadi, dan Bobo (my x-student from IUKL) tiba-tiba whatsapp ajak melepak dah alang-alang aku di Perth. Bobo memang duduk di Perth, dia kerja di sini. Initially memang aku dah inform dia aku nak datang sini sekian-sekian haribulan tapi time aku sampai ni Bobo supposedly dah balik ke site dia (2 hours away by flight) tapi kebetulan ada cyclone di site dia, so dia tak dibenarkan balik lagi. Hence, dia ada di Perth. So janji-janji nak jumpa lagi 1 hour, so aku decide untuk jalan-jalan around city centre tu.





Cuaca sangat best!!! Sambil jalan aku masuk Pandora, ada kawa office kirim charm Pandora. Katanya kat Oz harga dah convert RM120, kat Malaysia RM200 macam tu. So memang huge different. Berbaloi beli kat Oz ni. Nasiblah aku tak terjebak!

Lepas tu berjumpa dengan Bobo dan wife dia, Dila. Diorang baru kahwin so Bobo bawa wifenya ke Perth ni. Bila Bobo balik site, Dila akan duduk dengan parents Bobo di sini. Kami lunch di Restoran Karachi. 


Lepas kekenyangan lunch, kami jalan-jalan lagi di city centre tu. 

macam kat England lah!




Kami mencari kedai clumpler. Ada kawan office saya pesan beg kat crumpler ni. Memang berbaloi beli sebab jauhhhh lebih murah dari Malaysia. Of course lah kan, masuk Malaysia kena tax lagi. Kita yang pergi Oz ni dah kebetulan, ape lagi, belikanlah! Hehehe.  Tapi beg yang saya nak tu takda, of season katanya. So takpelah, saya belikan je kawan punya.


background salah satu church di Perth. aku memang suka gila bangunan lama kat sini sebab sejibik England!!! Maklumlah, jajahan british katanya.




teringat cerita friends. ambil gambar ni and whatsapp kat ground adik beradik, semua terus "wei, cari episode pottery barn kat friends tu"
Lepas tu kami ada singgah ke 1 kedai untuk beli selipar. Aku beli slipar biasa untuk pergi toilet. Lupa nak bawa sebab ingatkan insuite bathroom. Derrrr sangat dahla ko bayar AUD20 semalam, nak ensuite bathroom bagai. Amboi, buat Malaysia Hall sendiri ler Aliaa oi!!! Hahahaha. Mesti ada yang wondering kan kalau baru beli selipar, pagi sebelum ni dan malam tadi pakai ape pergi toilet? Kaki ayam ler makcik... One thing aku suka toilet UK, Japan, Korea dan Oz ialah sebab kering!!!

Lepas tu balik ke Malaysia Hall kejap, ambil power bank yang aku charge. Malam sebelumnya lupa nak charge power bank. So dah ambil power bank, terus kami ke Harbour town. Factory outlet tempat ni. Bobo siap pesan "miss, kuatkan iman ye miss". Ok, aku suka pesanan dia tu. 



Habis kami round keseluruhan Harbout town tu. Aku beli purse untuk mother di Oroton dan blouse from FCUK. Lain-lain tak menarik minat. 

Lepas tu kami pergi ambil mummy Bobo di Kedutaan Malaysia Perth. Mummy kerja di kedutaan, so habis office hour kami ambil mummy dan terus ke Freemantle. Sebab habis office hour, so kereta banyak lah nak ke Freemantle tu. Tapi, kereta banyak je, tak sampai jam.  Biasalah, western country ni diorang punya transportation planning sangat bagus, diorang galakkan naik public transport. Pulaknya public transport service diorang tip top. I think Malaysia punya public transportation service is improving tapi population kita kat KL tu memang sangat tinggi.

Anyway, plannya nak dinner di Kaili's. Tapi on the way tu, kami singgah di area E-shed untuk ambil gambar tepi pengkalan kapal. E-shed ni lah tempat untuk beli souvenir best dan murah. So dah plan nak pergi dengan Loqman lusa (Sabtu) dan dia hanya buka Jumaat, Sabtu dan Ahad je). Best dan cantik gile tempat ni!!!





belakang tu E-shed






Puas posing sana sini ambil gambar, kami pon bergerak ke Kaili's. Nak makan fish and chips!!! Tempat famous kat Freemantle ni untuk makan fish n chips ialah di Kaili's dan Cicerello's. Kami makan di Kaili's.




seafood and chips. ada sotong, udang dan fish with chips

ini mummy Bobo
Lepas dah makan sampai tersandar, kami jalan-jalan ambil gambar. 

ratio udang dan jari aku




Kami masuk jugak Cicerello's sebab nak ambil gambar ikan canggih dalam aquarium dia. 


ikan yu!

ikan buntal

lobster

ratio lobster dan botol air 500ml

ketam batu gajah rasanya


tak tau nama ikan ni. poisonous katanya.
 Lepas tu kami bertolak balik ke Perth. Sebelum tu, Bobo bawak singgah kat Mill Point. View Perth dari seberang. Guna teknik ambil gambar yang diajar oleh Shah (geng Jepun), onkan torchlight handphone, jalakan ke muka dan gunakan handphone lain untuk ambil gambar. Kalau guna flash, background pulak tak nampak. Hasilnya...







Memang best dan sangat puas hati!!! Thanks Bobo, Dila & mummy yang bawa aku jalan-jalan harini. Seriously unexpected journey. Bestnyaaaaaa...

Balik di Malaysia Hall, lepas mandi dan solat, Loqman pulak whatsapp cakap dia dah beli segala macam jajan untuk kitorang jalan-jalan esok. Next entry pasal jalan-jalan ke zoo!

2 comments:

DiyanaDi said...

hi Alia! keciknya dunia..Dila tu teacher anak2 kita..kitorang panggil Teacher Dee hehe

aliaaroslan said...

@diyana di pi mai pi mai jumpa juga walaupon bukan di Malaysia... Hheheee