Sangat excited pergi Nami kali ni sebab cuaca nyaman tapi tak perlu pakai jacket dan tak berpeluh. Pagi-pagi buta kami dah bergasak naik train join makcik-makcik pakcik-pakcik yang nak naik Mount Seorak. Kami di join orang kawan mother, Dr Nik dan husbandnya Dr Awang.
meriah suasana train di pagi buta |
kena berdiri hampir di sepanang perjalanan |
Orang beratur nak naik ferry nya memang tak pernah putus. Cuma masa kami sampai tu masih ok lagi, takde berjela-jela sampai ke parking lot. Kami ambil teksi dari Gapyeong train station ke tempat ferry nak ke Nami tu.
fery pun tak tutup pintu. |
excited orang korea ni nampak Widad pegang monopod |
pot wajib ambil gambar |
Oleh kerana kami breakfast ala kadar je kat guesthouse, tambahan lagi kena berdiri di sepanjang train ride yang kena tukar 3 kali train tu, kami pun kelaparan. Sebelum ni tak pernah pun try nasi goncang ni. So, kami pun trylah kali ni. Order jugak seafood dan kimchi pajeon.
atas tu seafood pajeon, bawah ialah nasi goncang yang belum digoncang tapi telurnya dah masak |
Settle makan minum, kami pun jalan-jalan sekitar tempat tu. Snap gambar posing tak hengat.
Kemain lagi kami berposing sampai tak larat. Kah kah kah... Seriously sampai tak larat. So dah janji nak jumpa pukul sekian sekian dengan Dr Nik, kami pun naik ferry dan balik ke main land. Terus ambil teksi ke Gapyeong train station dan sekali lagi meredah tukar 3 train nak balik ke guesthouse.
Salah satu station yang kami tukar train tu |
Lepas shopping tu, kami jalan-jalan lagi kat Namdaemun market. Jalan sampai semua lorong dah masuk, tiba-tiba terjumpa kedai Hello Kitty ni. Tapi dah tutup pulak dia.
Since tadi dah makan nasi masa lunch, kami tapau kebab aje untuk dinner. Kebab ni famous di Namdaemun market. Actually masa kami ronda-ronda Myeongdong, ada juga gerai kebab kat salah satu stall tengah-tengah Myeongdong tu dan Halal tulisnya, tapi kami tak berkesempatan try lagi waktu tu.
Kami balik guesthouse dan dinner. Lepak-lepak, basuh baju dan dry kan sekali, dan tidur...
2 comments:
hehehe wajiblah ke nami kan kan.. kedai shopping souvenir tu offer the best price and banyak ke pilihan ? huwaaaa mmg bawak banyak duit ke ni memborong sana sini muahaha..
@CT Humairah ini antara kedai souvenir yang murah di sana.
Post a Comment