Perjalan hari ke-3 kami sangat panjang. Sebab kami akan bergerak dari Busan ke Seoul. Tapi, pagi-pagi buta tu aku dah Widad dah pergi ke kedai kimbap semalam untuk tapau for our train ride. Kami tapau 6 shrimp kimbap. Amek kau, memang cukup dan mengenyangkan sangat bekalan atas train kami.
Untuk ke Seoul, kami akan naik KTX. Dia bullet train versi Korea. Kalau kat Jepun dia panggil Shinkansen kalau tak salah aku.
Lepas aku dan Widad dah tapau kimbaps, kami pun tinggalkan 2 small luggages di hostel, dah terus ke Haeundae subway station. Kami akan ambil subway ke Busan train station.
|
shrimp kimbap itu |
|
bahagikan luggages untuk adegan angkut mengangkut |
|
hevat Alim kan |
|
all of us bawa 2 luggage sorang |
|
Busan train station |
|
one of the memorial spot untuk bot yang karam menuju ke jeju island tu |
KTX train ticket ni boleh book kat website dia
di sini. Boleh book 1 month in advance. Bila dah book tu, nanti pergi kat kaunter dia dan tunjukkan booking number (daripada confirmation email) and passport. Lepas tu dia akan issue ticket.
|
tadaaaa dah dapat teket |
Lepas tu terus kami turun ke platform dan board the train. Kalau naik bas, dari Busan ke Seoul biasanya akan ambil masa 6 jam. Kalau naik KTX ni, 2 jam 40 minit sahaja. Harga tiket KRW55,000 seorang (dewasa). Sangat berbaloi compared to nak crampkan punggung berjam-jam dalam bas.
|
ada jualan makanan dan minuman on the train |
Sampai je kat Seoul train station, kami sekali lagi bergasak join the crowd ambil subway ke Namdaemun station sebab kami akan stay di Namdaemun Guesthouse. Asalnya kami nak ambil taxi tapi taxi taknak hantar ke Namdaemun area sebab kena berpusing-pusing katanya. Cis punya ahjusshi. Terpaksalah kami menapak memanjat nak ke Namdaemun guesthouse tu.
|
Seoul station yang tak pernah surut dek orang |
|
finally dah sampai Namdaemun guesthouse |
Sampai aje di guesthouse, pergi toilet siap-siap, solat dan freshen up, kami terus keluar balik, terus turun ke main road nak ambil taxi ke Emart (tak ingat area mana, tapi dekat dengan Dongdaemun).
|
Alim dan Widad dah dapat strawberry shake sorang satu |
Kami sangkakan May ialah musim chill tapi agak panas berpeluh jugak kami time tu. So fleece jacket tu on and off jugak kami pakai.
Walaupun dah makan kimbap atas train, kami kembali kelaparan sebab mengangkut luggage dan berjalan jauh. So kat Emart kat dah target nak makan kat foodcourt dia lepas dah shopping shampoo mother some more.
|
check out counter |
Lepas dah beli barang, kami turun ke foodcourt dia dan order makanan dan makan. Serious sedap la kalau orang korean original yang masak.
|
alim tengah tunggu makanan siap |
|
widad tengah try baca resit ke? |
|
isi ikan gaul sambal. beli kat Emart. Sedap gile! |
|
alim punya seafood noodle |
|
mother punya, dwenjang jiggae 2 |
|
widad punya ikan bakor |
|
aku punya seafood sondubu jiggae |
|
settle kimchi ni aku kerjakan |
Settle makan di Emart, kami terus ambil taxi ke Myeongdong. Kami ambil taxi dan tak ambil subway sebab total bayarannya sama je untuk dua-dua, kecuali taxi hantar sampai depan lorong masuk Myeongdong punya area, walhal subway kena naik turun tangga manual or escalator.
|
one of the way to go into myeongdong |
Tapiiiii walaupun dah makan kat Emart tu, harus jugak nak masuk Lotteria. Jom, masuk! Makan shrimp burger dan cheese stick. Oh sedapnyeee...
Battery dah full, kamipun memulakan misi menshopping. Haruslah shopping benda yang mencantikkan muka dah diri. Pastu beli stok macam nak jual kan. huahuahua...
Bila masuk faceshop dan skinfood, mulalah lupa diri. aduhaiii...
By the way, kami jalan-jalan memang bawak luggage kecik tu. Senang bila shopping, masukkan dah luggage dan tarik. Bila full beg tu, barulah kendong.
Oppsss gambar dalam skinfood takde. Mesti masa tu dah hilang kawalan diri. Dahla ada orang cakap thailand dengan kitorang. We ols orang Malaysia tauuu..
|
jangan di tanya apa yang dibeli |
|
Hyun Bin dapat CF dengan Bodyshop. I love you abang!!! hahaha |
|
More daiso... |
Oleh kerana kami makan tak henti-henti kan, so kami masih kenyang. Takdelah mentapau untuk dinner. Balik tu kami ambil teksi ke guesthouse. Mandi dan gedebush tidooooo...
4 comments:
Banyaknye shopping!
@Azra buat stok setahun hehe
mak aaaih borong sakan sungguh tu.. mmg murah yang amat ke ?
@CT Humairah jauh lebih murah compared to harga kalau beli di malaysia
Post a Comment