Wednesday, January 29, 2014

complaints

Complaint complaint complaint...

Semalam, ada kawan-kawan yang telah dikomplen oleh para pelajar yang tersayang di sini.

Nak komplen? Silakan. Itu hak masing-masing.

Tapi. Yang jadi kurang best tu, komplen terus ke bahagian Hal ehwal pelajar. Sepatutnya melalui fakulti dahulu sebab ini berkaitan akademik.

Nak komplen pon ada caranya. Perlu berhemah dan melalui jalan yang betul. Perlu disertakan bukti dan berasas.

Mmmm. Para pelajar tahun sekarang ni. Macam-macam.

Aku terbaca di website mana entah. "Jadi keyboard warrior, punya lah terel. Cubalah buat dengan baik, jumpa depan-depan atau melalui saluran dan jumpa orang yang betul".

Haish... Kesian kawan-kawan aku. Niat mereka sangat baik, nak berbakti dan berkongsi ilmu dengan anak muda dan remaja zaman sekarang. Gaji tak seberapa, kerana minat, mereka tak kisah. Tapi, ini yang mereka dapat.

Abahanda Haji Razak pernah cakap "Nak jadi kaya, jangan jadi cikgu. Tapi kalau jadi cikgu, insyaAllah hidup akan senang".

10 comments:

Ms Haslina said...

betul kata abahanda tu. cikgu kan ibarat lilin yang membakar diri.

kat sini pun macam itu aliaa. student direct lompat ke sana untuk complaint.
sedih kan, di mana maruah kita sebagai guru.
di mana hormat student hilangnya.

SueGinola said...

Student complaints?huuuu...
Saya masa jadi student dulu kalau tak puas hati pun simpan dalam hati jelah..takde niat langsung nak complaint2 itu ini begitu begini...
Sekarang ni memang kena banyak bertabahlah nampaknya ye Aliaa...huuuu

Anonymous said...

zaman dah berubah kan kak. takpela,as long intention tu baik insya Allah ade la nanti pertolongan Allah tu. :)

wakgelas said...

kem salam kat abahanda tuuu., ehHHHee

Citra Zura said...

Perkara yg sama terjadi jugak. Ingat saya sorang je, rupanya ramai lagi kena. Sabar je la.. Tak semua pelajar mcm tu tapi kalau seorang pelajar yang naik mengadu, ibarat mewakili 30 orang pelajar. Padahal yang lain-lain tak ada masalah.

aliaaroslan said...

@Ms Haslina kadangkala sampai terfikir, adakah sebab diorang tak hormat kita, sampai diorang buat macam tu. haishhh.. selalu kena istighfar ni.

aliaaroslan said...

@SueGinola bertabah sambil istiqamah dan berdoa agar hari-hari buat yang terbaik atau lebih baik dari semalam.

ya betul, zaman study dan sekolah dulu tak berani komplen ape-ape. kalau tak faham pon study sendiri je. terdesak baru tanya cikgu / lecturer.

aliaaroslan said...

@karl betul. hari-hari doa sebelum masuk kerja dan kelas, semoga lembutkan hati student2 ni supaya mudah diorang belajar.

aliaaroslan said...

@Wak Gelas insyaAllah Wak.

aliaaroslan said...

@Citra Zura memang tak semua tapi yang suka komplen ni biasanya student yang bermasalah. diorang tak tau nak tuduh or tunding jari pada siapa atas kesalahan diorang tu, maka diorang pon tuduh pensyarah. moga Allah bukakan hati diorang untuk berubah dan mudah terima pengajaran dalam kelas.