bila akhir tahun, ini perkara-perkara yang biasa akan berlaku :
settlekan KPI masing-masing...
pergh, bab ni yang acik lemah ni. nak mencari balik segala bagai apebende yang pernah hadir, pernah present, pernah terbit, pernah pergi dan sebagainya. kemain aku telek satu-satu email aku. nasib baik aku jenis yang ape-ape, aku akan noted kepada boss aku. nape tak tulis dalam calender handphone? ada tulis, babe. masalahnya, haritu kan fon aku buat hal. kena reformat bagai semua. so yang ada ialah aktiviti bulan november dan december ni aje. lain-lain, memang kena kuis satu-satu email aku tu ha. tahniah lah kau aliaa... nasib baik ada banyak jugak aktiviti yang kawan-kawan dah note kan siap-siap. so, note to self untuk tahun depan ialah; double note. yakni, tulis dalam diary manual pun tulis, yang note reminder dalam handphone pon ye. eh, triple lah sebab nak note dalam email sekali.
habiskan cuti tahunan...
polisi di protasco ni, boleh carry forward annual leave ke tahun seterusnya, sebanyak 50% daripada entitlement annual leave tahun ini. contohnya annual leave aku 20 hari. so aku boleh carri forward 10 hari sahaja. dan, perlu habiskan yang carry forward leave tu by june the next year. kira paksa-rela cuti lah ni. masalah aku sekarang ni, aku ada cuti 14 hari. boleh carry forward 10 hari. lagi 4 hari tak tau nak ambil bila sebab replacement leave pon tak habis-habis lagi. harini dah 23 december. bagaimanakah? hmmm cemana boleh wujud replacement leave? ini ialah untuk buruh kasar seperti aku yang perlu datang bekerja di hari sabtu / ahad / cuti am. pendek kata, OT tak dapat, cuti yang dapat. aku kan ada kena pergi survey camp, present paper, invigilate exam, etc. melambak lah cuti tu. amboi, siap nak lambak pulak kan. ok, nanti kita settlekan.
baju sekolah...
tinggal adik aku sorang je lagi yang bersekolah. itu pun budak tu tak suka pergi sekolah. ape daaaa punya budak. cettt. tadi duk borak dengan officemate, akak tu kata, dengan RM100, kalau dia jahit sendiri baju sekolah anak-anak dia, dia boleh dapat 6 helai or more. kalau beli, sehelai baju kurung sahaja (without kain) ialah RM35++ depends jenama and all. ish ish ish. cemana kalau yang keluarga kurang kemampuan tu kan? kengkadang budak sekolah ni boleh jadi evil jugak. kawan-kawan tak pakai baju sekolah baru di hari pertama persekolahan pada tahun baru pun diorang nak jadikan modal mengejek mengata mengeji. hellooo.. kalau kau baju baru tapi bau kau masam, tak guna okeh. eh, merepek ape nih. anyway, iklan dan sale persiapan ke sekolah di sana sini. ikut kemampuan, ikut duit yang ada. kemain ko cakap aliaa oiii bukan kau pun beli baju sekolah si alim tu ha. aku tukang tunjuk dan pilih je. hahaha...
kahwin-mawin...
aku terima jemputan walimatulurus hampir setiap hujung minggu sabtu dan ahad. aku suka je pergi. sebab nak cari ilham baju kahwin widad. ni yang aku syok ni. sebab aku boleh kutuk widad dia kena kurangkan berat badan kalau nak nampak cantik masa kahwin nanti. aku memang evil bab bab ni. hahaha... jap nak fikir nak sponsor ape majlis dia nanti. dan, sambil-sambil tu aku nak tengok gak barang hantaran masa majlis kahwin orang. bukan ape, nak tengok gubahan hantaran. sebab nanti konfem aku akan buat untuk belah kami nak diberikan kepada pengantin lelaki. widad, sila bayar upah saya!
movie-ing...
memang movie best-best je keluar time akhir tahun ni. memang untung lah orang wayang. dahla coti sekolah, movie best-best lak tu. full house almost setiap tayangan. terfikir lak aku nak bukak panggung wayang sebijik. sebagai bisnes suka-suka. eh, berapa ek kos nak bukak panggung wayang sebijik? tamau la aku pakai GSC ke TGV, itu konfem mahal gile nak franchisingkan dia kan. ada sape-sape yang tau? ha, lepas tu aku je memanjang duk ada dalam panggung tu. layan movie-movie yang baru keluar. eh, aku pernah cerita ke. masa undergrad dulu, masa part 2 (semester 2. orang uitm je panggil part-part ni. kenapa? sebab mengada), time final exam dia, hari-hari aku tengok wayang. sampai habis cerita aku tengok. filem bicara hati yang fazura berlakon tu pon aku tengok - filem tu tak famous langsung masa tu. tengok result, nasib baik tak kena repeat. pointer pon naik. alhamdulillah. kalau aku tak tengok movie hari-hari time tu, mesti aku dah dapat dean's list kan semester tu.
ape lagi? nanti aku fikirkan.
0 comments:
Post a Comment