Thursday, December 19, 2013

adakah kita mengambil alih salah satu tugas polis?

semalam, waktu aku dan ili minum makan di haji tapah bangi, sekali dalam kedai makan tu ada sekumpulan pakcik-pakcik. umur dalam 40an. ada yang pakai vest reflector cahaya dan ada yang pakai vest memancing tu. telek punya telek, kami simpulkan mereka ni geng neighbourhood watch, bak kata orang melayu, kumpulan jaga kawasan perumahan mereka.

aku duk borak dengan ili. ili kata, ayah dia kata, kat malaysia ni, rakyat suka buat kerja polis. sebabnya, tugas polis kan menjaga keamanan dan keselamatan kawasan, ye tak?

aku cakap, rakyat bukan suka pun. lebih kepada, kalau nak keluarga sendiri selamat, inilah salah satu alternatif yang boleh dibuat.

kebanyakan kawasan perumahan sekarang dan tubuhkan geng neighborhood watch ni.  part of it, nak join kena bayar some amount of money sebab dengan duit tu, either mereka hire guard dari security company ataupun diorang pasang grill ke pagar kat lorong belakang rumah mereka. semua ni untuk keselamatan. worst come to worst, ahli kawasan perumahan sendiri yang jadi guard atau ahli ronda nya.

kesian memang kesian. sebabnyak, yang jadi ahli ronda ni, di siang hari mereka dah ada tugas hakiki di pejabat. balik rumah, tak sempat nak gurau senda dengan ahli keluarga ataupun tonton drama korea siri kegemaran ramai, dah kena bersiap keluar meronda.

takkan nak tunggu kawasan tu ada kes, baru polis akan datang meronda?

or else, polis ialah lepak di kedai makan dan makan, atau pun duduk dalam office berfacebook.

oppsss...


0 comments: