Thursday, December 19, 2013

So-many-words Wednesday

Semalam kan Rabu? Wednesday? Yes yes. Banyak nak cerita ceriti.

Pagi semalam, ada ambassador dari Copenhagen, Denmark datang ke IUKL. Exhibition untuk urban design mainly untuk architecture and development.

Ada ambassador, haruslah protokol itu ini etc etc. Settle majlis perasmian, settle jamuan makan. Semua settle.

First time bekerjasama dengan beberapa orang. Cara mereka lain, cara aku lain.

Kalau aku, aku suka meeting. Meeting tak perlu banyak, tapi padat. Extract semua information yang berkaitan supaya kita always ready dengan plan A, B, C sampailah Z++ pon ada. Of course semua ni penting bila deal dengan orang atasan dan orang luar.

Banyak lesson learnt dari uruskan hal ehwal ni. Ok, noted.

Tengah hari, accompany kawan office berurusan. Dapat pengalaman juga. Kutip, jangan tak kutip.

Petang, ada replacement class. Kepada replacement class? Suppose class ni hari Isnin. tapi student ni dia terlupa. boleh??? - dush siku kepala sikit. macam-macam kan.

Ini ialah first time masa aku mengajar, literally masa aku tengah kasi lecture ni, aku menguap 2-3 kali juga. adakah badan aku mendapati lecture aku ni boring? kesian student aku. tapi aku kena gagah jugak. mesti mengajar, mesti habiskan topic 2. minggu depan cuti mid-semester. habis cuti, ada test 1. good luck kepada student ku itu.

then sambung buat kerja yang tak pernah habis. kalau stay kat office overnight pon belum tentu habis. ceh.

malam, lepas maghrib, dah janji dengan ili nak pergi tengok wayang. kami tengok hobbit. ceh lagi, kena bertabah tunggu next chronology. ape-ape pun, legolas ialah watak elf yang sangat handal berperang. aku suka. ailebiu 5juta kali legolas.

habis tengok wayang, singgah haji tapah bangi. kami minum makan then balik.

cuba kira berapa word dah aku mengarut?

0 comments: