Monday, December 9, 2013

Uniform Gallery, BBB. Beberapa komen membina.

Saya bukanlah wartawan yang berpengaruh pun untuk memberikan komen ataupun apa saja bentuk kata-kata yang negatif kepada pihak-pihak tertentu. Tapi, sebagai pembeli dan juga yang akan terus menjadi pembeli pada masa akan datang (belum lulus nak jahit baju sekolah lagi), saya nak share mengenai pengalaman saya mengikut, memilih dan membeli baju sekolah untuk kanak Alim tu.

Kami ke Uniform gallery pada Sabtu malam lepas. Kami sampai di kedai tu dalam jam 8,15malam. Kami terus ke tingkat 2 yang menempatkan uniform sekolah dan sebagainya. Sampai di tingkat atas, kami tidak diapproach oleh sesiapa, by right pekerja atau salesperson perlu approach kami sebagai customer dan bertanyakan apa yang kami perlukan. Tapi takde pon. Saya pun tanya kepada seorang pekerja yang sedang susun baju dalam bakul. Dia passkan saya kepada pekerja lain. Perkara ni berlaku setiap kali saya nak cari barangan yang berlainan.

Pendek kata, minta baju sekolah pada orang lain, minta seluar sekolah pada orang lain, tanya saiz singlet pada orang lain, tanya minta singlet pada orang lain. Tanya di mana fitting room pun pada orang lain.

Selesai hal ehwal baju sekolah, kami turun semula ke tingkat bawah. Kejadian yang sama berulang kembali. Minta kasut sekolah putih pada orang lain, kasut kokurikulum warna hitam pada orang lain, stokin pun minta pada orang lain.

Perkataan di sini ialah MINTA. Maksudnya kami perlu approach / pergi kepada pekerja / salesperson. Not the other way round, which yang saya rasa sepatutnya begitu. Suasanya tak busy ketika itu. Kalau diikutkan, lebih 5 customer sahaja pada waktu tu. Pekerja nya ramai, lebih dari 10. Kalau seorang pekerja incharge 1 customer pun belum tentu penat sebab kami ni nak beli pakaian untuk 1,2,3 atau 4 budak sahaja. Takkanlah 1 orang salesperson tak boleh handle 1 family / customer.

Saya juga faham, hari dah malam. Tapi, servis masih perlu di beri dengan baik kan?

Cerita belum habis di situ. Lepas Alim settle pilih stationaries dia, kami pun nak bayar. Kaunter ada 3. Semua buka, itu bagus. Kami sedang tunggu turn nak membayar. Ada 1 customer sahaja depan kami, yang sedang membayar. Alih-alih, datang 2 orang pekerja Uniform Gallery tu ke kaunter, bawa ais krim di tangan nak nak membayar ais krim tu. Dengan memotong depan kami, dia bayar terus kepada kawannya yang jaga kaunter. Kawan yang jaga kaunter tu pun terima wang bayaran mereka dan dan proses. Ayah saya tanya sambil perli "eh, kedai ni ada jual ais krim jugak ya. bukan awak kerja di sini ke?". 2 orang pekerja perempuan tu angguk-angguk macam tu je.

Saya malas nak ceramah panjang pasal etika bekerja di situ. Boss / penyelia mereka pun tiada masa tu. Keadaan di kaunter kelam kabut dengan pekerja sibuk berbual dan bergurau senda sesama mereka. Saya tengok dengan pandangan tak lepas. Sampai mereka rasa resah barulah mereka diam.

Malu saya nak katakan. Inilah style kalau bekerja bosnya Melayu. Suka berbual dan kerja tak siap-siap.Boss takut nak tegur pekerja, nanti dianggap tak sporting.

Sebelum ini, kami suka bershopping baju sekolah di kedai namanya Sang Lee di Kajang. Sederet dengan Ali Stor Kajang tu. Senang di kedai Sang Lee tu. Masuk je dan ada seorang atau lebih pekerja approach customer tanya nak cari apa. Sap sup sap siap shopping semua barang. 1 pekerja layan 1 family. Siap dia bawakan baju-baju tu semua ke kaunter. Bossnya berbangsa cina. tunggu di kaunter sahaja. Boss nya nampak pekerja tak buat kerja (tak kiralah sebab kau borak ke tak borak ke), janji kau lepa tak buat kerja je, memang akan di tegur. Cara ini aku setuju.

So Alim, tahun depan kita pergi Sang Lee balik.

Kita niat nak tolong bisnes melayu. Tapi beginilah dia. Boss kena alert. Sebab, kalau takde untung, kau yang rugi. Pekerja masih dapat gaji seperti biasa. yang tanggung rugi kau tu Boss.

2 comments:

SueGinola said...

Aliaa,

1-saya selalu je jumpa SA yang borak kat dalam kedai kuat-kuat tu belum lagi gelak gurau senda berdekah-dekah (kadang-kadang bersahut-sahut dari jauh pun ada)...tu kalau membeli barang-baranglah...

2-Lagi...kalau beli makanan pun sama..cashier kat kaunter sesama sendiri dok bergurau senda, kita yang tengah beratur ni yang segan-sengan dok pandang jelah sambil tunggu turn...

Sedih tengok orang sekarang kebanyakkannya takde etika masa bekerja..walaupun bukan semua orang pun macam tu tapi kalau terjumpa sorang yang sangat "menghargai" customer rasa macam nak bagi kad ucap terima kasih je kat orang tu tau....

aliaaroslan said...

@SueGinola diorang ni tak ambil serius hal ehwal bekerja ni. ingat semua senang, asal kerja, dapat gaji. bukan mendalami betul-betul mencari rezeki tu sendiri. haishhh keciwa betul.

sepatutnya supervisor atau tuan kedai mesti ada di kedai di setiap masa. at least salah sorang kan. barulah boleh monitor. dan boss pulak, jangan asal ada di kedai je. kena monitor dan uruskan kedai.