Untuk post ni, aku combinekan hari second last dan hari last di New Zealand. Kekurangan mengambil gambar. Memasing berperang dengan diri sendiri tak nak balik Malaysia. Sebab tak nak berhadapan dengan realiti bahawa kena masuk kerja.
Ok, hari second last tu, kami bangun, packing semua dan prepare breakfast kat hostel kitchen. Lepas breakfast, angkut luggage semua keluar dan masukkan dalam kereta. Buka cadar dan sarung bantal dan letak dalam bakul yang disediakan, dan terus check out. Ambil gambar dulu kat luar hostel sebelum bergerak.
cuaca cantik sangat |
sebagai blogger tersehor (iye lah tu) kenalah ambil gambar depan kediaman |
mata nak tutup pon boleh |
saje je diorang ambil gambar ni sebab belakang tu lah mamat Netherlands yang kacak lagi macho yang sama dorm dengan kami tu. |
Macam biasa buat beberapa pitstop untuk ambil gambar.
Ini kat Lake Pukaki |
punca punca sunburn teruk |
tak sure aksi ape |
Kami sepatutnya pergi ke Church of God Shepard. Tapi maybe sebab mengejar masa nak sampai ke Christchurch awal, kami tak pergi. Yang ni pon tempat must go kalau ada rezeki ke NZ lagi. Kami pitstop kat macam RnR. Eda & ili nak ke toilet.
terik sangat |
nampak terik dia |
tema gambar kali ni banyak qu puteh |
before |
after |
Gambar-gambar bangunan kesan earth quake beberapa tahun dulu. Macam boleh imagine keadaan dia. Kat town jugak kami makan quick lunch. Lepas tu kami terus ke lodge yang kami book masa hari ke-4 kami kat NZ, lepas keluar dari owner AirBnB yang saiko tu.
Lodge ni kami book family room. Dia macam mini apartment 2 bilik, untuk 4 orang. Sangat selesa. Lepas dah letak luggage etc, kami pon terus keluar. Memang plannya nak dinner mewah (amboi) malam tu tapi sebelum dinner kami cari tempat cuci kereta dulu. Kereta yang berhabuk 18 inchi tu nak kena cuci sesiap sebelum pulangkan esok kat airport.
Lepas cuci kereta, kami pon ke Italian Restaurant tak jauh dari Lodge. Dalam area bandar Christchurch tu jugak. Kami macam heran kenapa macam takde orang kat bandar. Tapi yelah, kan macam bandar kat UK, lepas pukul 5 petang semua off. Tapi restaurant penuh.
Gambar kat restaurant pon aku takde. Aku pon heran ni. Actually masa hari ke-3 kat NZ ni kan camera iphone aku rosak. So aku hanya boleh ambil selfie aje (front camera ok). Aku rasa macam ada ambil gambar-gambar tu semua tapi nantilah aku tanya diorang balik. Memasing order 1 meal each. Tapi tak habis so kami take away. Esoknya panaskan makan breakfast.
Esok pepagi, hari last di NZ, kami bersiap pagi-pagi. Breakfast semua dan check out. Terus ke airport. Shah drop off kami kat departure hall dan pergi pulangkan kereta. Then jalan kaki ke departure hall. Dekat sangat tempat sewa kereta tu.
Sepanjang kat South Island kami sewa kereta dari Shoestring Rentals, PIC ialah Cameron. Sangat baik, reasonable price, easy to deal with and fast reply. cuma Garmin GPS tu je buat hal. Thanks Cameron!
Kami terus ke kaunter untuk check in luggage. Ada drama swasta sikit sebab berat lebih. so adjust sana sini, angkut masuk hand luggage, dan settle Alhamdulillah. Got our boarding passes dan kami terus masuk.
saje nak tunjuk sling bag Kathmandu AUD25 on sale hahaha |
seat semua penuh so duduk kat tepi tepi je. actually ramai je duduk. muka pagi sangat ni. |
coffeeeee i need coffeeeee |
Uber pulak satu hal. tempat tunggu Uber kat seberang-seberang jalan dari arrival / departure hall. Kami kena extra charge sebab dia pusing 2 kali ceh...
dalam Uber pon sempat |
I like the colour |
comel kak teh pakai baju all black |
Flight was on time. Transit kat Gold Coast pon smooth macam biasa. Sampai kat KLIA2 pon ontime. Kami lepak kejap then memasing pon berangkat balik. Mama sampai ambil aku. Eda naik train balik rumah. Shah tunggu kakak ambil dan Ili tunggu parents ambil.
NZ tu besar sangat. Mana cukup 12 hari nak cover.
NZ tu cantik sangat. Pandang mana-mana semua cantik.
Orang NZ semua baik-baik.
NZ soooo bersih. Toilet bersih, kering, ada tissue, banyak air.
Semua best lah.
So, nak repeat ke?
Ada beberapa tempat nak repeat tapi ada jugak tempat yang termiss dan nak pergi kalau ada rezeki lagi dan maybe nak skydive lagi. 15,000feet pulak kali ni?
2 comments:
cantiknya!!! nak repeat T___T
@Azra rasa macam nak travel ke sana sebulan sebab tak puas.
Post a Comment