Wednesday, July 18, 2018

#AliaaShahEdaIliTakeNewZealand : Day 10 : Mt Cook, Hooker Valley

Boring dah  orang duk baca cerita NZ ni tak habis-habis. Masalahnya gambar pon tak habis-habis. Punyalah setiap angle pon nak ambil gambar.

Penceritaan hari ke-10 di bumi Kiwi ni, kami plan nak jalan ke Hooker Valley. Amboi, jalan lah sangat. Kau ingat jalan-jalan macam kat IOI tu?

Lebih kepada tracking rasanya. Tapi track santai, nampak tracknya. Orang pon lalu lalang konfem selilih punya. So pepagi lagi, aku dan masak sardin, hancurkan, tambah dengan sambal bilis che nor tu. Pedas meletup barulah semangat nak berjalan.

Kau mampu memasak sambil view cantik cenggitu?
Selesai breakfast, basuh dan simpan barang-barang, kami pon bersiap-siap nak pergi ke Hookey Valley. Tapi as usual mestilah bergambal sakan kat luar hostel. Maklumlah semalam masa sampai dan gelap gulita.



rasa nak tinggal sini terus

takdak kereta boleh la


pakai tebal sikit you all.






yang ni dah kenapa





berlari kononnya



great lighting, great sunburn too
Dari hostel tu, kami naik kereta untuk pergi ke starting point. Dalam 3km jugak. Kalau menapak dari hostel pon boleh tapi penat la. So kami park kat tempat parking yang disediakan dan memulakan langkah.



ada macam info board area with a view gittew

kemain lagi kekonon tengok view tapi sempat buat piece si eda tu



maybe my ultimate selfie of the day

seronok ye korang. baru jalan 5 minit boleh la

gaya nak balik kampung



hey bergambar setiap 5 minit ni ape citer

cantik tak background

pitstop ke limabelas

yang ni masa seberang jambatan pertama


masih beraura maori

selfie ke nambelas ratus

cuaca dia kejap terik kejap mendung


remembering banana pose (read : skydiving)

yang dua orang depan kemain posing, yang sorang kat belakang tu busy jadi ambil gambar


pitstop ke tujuh puluh lima

pose stop yang ke lapan puluh enam



seberang jambatan kedua

demi gambar, sanggup panjat

take 5





hah kau mampu posing camtu

sekali lagi kau

jap jap minum kopi jappp

tikar camping jangan lupa

tak rasa penat sebab view always cantik macam ni

fuhhhhhhh






lepas jambatan ketiga

dah terasa sejuk sangat
Lepas lebih kurang 3 jam, kami pon sampailah ke Hooker Valley tersebut. Kalau ikut signboard, 2 jam je perjalanan. Tapinya dah kau bergambar setiap 10 langkah, ini lah jawapannya.

Ya Allah cantiknya Hooker Valley ni. Boleh view Mt. Cook dari situ. First time tengok ice-berg terus teringat Titanic. Dah kenapa kan. Tapi sejuk gilaaaaaaaa. Tapi cantik sangattttt...


Dah sampai!


Macam tak tau nak tengok mana


tangan tu dah sejuk beku

yes itulah icebergs

duduk kat batu. batu pon sejuk jugak.



apa lagi. keluarkanlah gopro

ada yg belum ready

take 1

take 2

take 3

this one definitely the ultimate selfie of the day

yeah we made it!

sekali lagi
Kami lepak kat meja kerusi yang ada kat tepi Hooker Valley tu. Makan bekal lunch pack dan bekal kopi panas.


pegang 2 saat je mampu
Kat situ ada photo spot. Wajib ambil gambar.



tangan dalam poket. sejuk kau





sebelum bergerak balik



close range. tudung camtu sebab angin kuat.

one selfie with this one. geng gaduh memasak tapi tukang habiskan makanan aku.

marilah kita pulang you all.
Plan asal nak lepas sampai malam untuk stargazing. Tapi ramalam cuaca ialah hujan pukul 5 ke atas sampai malam. So cancel plan tu dan kami balik ke hostel je. Kalau hujan memang payah nak nampak bintang.
marilah balik

yang belakang tu pon dah sunburn jugak


balik balikkk
On the way balik, plain water dah habis. So singgah sungai jap ambil air. Sejuk of course and fresh sesangat!

sebelum buat aktiviti ambil air

isi air dalam botol

yezza fresh from the mountain
Berjalan balik tu kami ambil masa 2 jam lebih sikit. Sebab dah kurang ambil gambar kan hahaha.

yeah selamat sampai ke starting point. misi hari ini berjaya!
Sampai kat hostel, 4 roomates dah check out. ada 4 roomates baru masuk. 3 orang dari German (1 geng) dan sorang dari Netherlands. Kami freshen up dan lepak aje kat dorm sebab common room dan kitchen tutup sampai pukul 4pm untuk pembersihan.

Lepas common room dan kitchen dah bukak, kami lepas kat situ je sambil borak, layan gambar dan online.

jalan-jalan kat luar

jalan-jalan pastu tetiba hujan renyai. memang betullah ramalan cuaca

aman damai nya kat sini

lepas dinner, aktiviti tulis postcard

lepas kat common room sambil online dan enjoy heater.
Esoknya kami nak check out dah. So malam tu tidur dengan lena sebab misi harini tercapai untuk tengok ice berg!

0 comments: