Thursday, May 11, 2017

Winter in Korea 2017 Day 12 : Everland

Di hari beku itu, maka berpergianlah kami ke Everland. Kau mampu masuk theme park masa winter suhu di bawah beku? Ya kami mampu. Yakin boleh!

Pagi tu lepas breakfast power yakni french toast, Alim dan Zul turun ke Mohyeon untuk panggil taxi. Kami ke Everland dengan 2 taxi. Sampai kat sana awal sangat, pintu Everland pon tak bukak lagi. Lepas beli tiket, kami tunggu duduk bawak heater semetara tunggu gate buka.


Everland ialah ala-Disneyland versi Korea



yup, literally berdiri bawak heater
Seriously cuaca sejuk sangat sangat. Tapi best dan excited bila nampak decor dalam tu. Sebab baru lepas Christmas kan so deco semua cantik-cantik.


gittew gaya model

ini gaya sejuk



Masuk aje kami terus naik cable car to another section of Everland.

maisa tu tengah gayat so senyum tu lakonan je

yang ni terlebih berani siap berdiri dalam cable car

Memang favorite bank ni
Kami ke bahagian yang banyak tempat permainan kanak-kanak. So sementara mak bapak Sofea dan Mateen bawak diorang berjalan, kami tunggu sambil minum kopi, makan churros dan main game arcade.


kau mampu pakai sunglass masa cuaca -10? Profesor genma je mampu.




main game drum

ini naik cable car ke bahagian lain pulak

nampak gunung belakang tu? kami tak naik pon.
Sambil tu kami jalan-jalan sekitar dan ambil gambar...

dalam ni ialah tempat baby spa

genma kata nak tiru gaya mayong pegang scarf

yang uncle alim ni ialah gaya makan churros



Lepas tu kami jalan lagi dan masuk ke Panda World...







lalu tempat ada rama-rama. Sofea kemain suka.

nak snap gambar panda

comel kau


apa nama binatang ni?

banyak betul makan buluh

tak singgah pon sebab masih kenyang lagi kopi tadi

Lepas tu kami jalan jalan lagi, masuk Safari World.

Ke safari world


ramai tak ahli jemaah dia?
Jangan risau, kami naik bas dia yang tutup penuh. So memang tak boleh nak usap pon kepala tiger dan bear tu.

waterfall beku



lalu sebelah singa tengah berjemur
comel sangat pandai menari lak tu
keluar dari panda world, bawak Sofea main snow sledge

gigih dia angkut pelampung tu sebab nak maik lagi

comelnya Sofea
Lepas tu kami pergi makan kat restauran fast food yang jugal burger. Tak ingat nama kedai dia, ada 1 je dalam Everland tu kedai macam tu. Lain-lain kedai makan ada tapi tak sesuai untuk makan. So kami ke sini dan makan shrimp burger set.

fries dan burger beratur

semorang laparrr
Settle makan dan tapau lebihan makan untuk bawak balik rumah, kami pon berjalan-jalan, snap gambar sementara nak berjalan keluar.

dua-dua nak buat aksi pegang scarf

aksi apa ni?


huiyooo model buat pose terakhir

ada lagi aksi
Teksi tak ambil kat depan pintu masuk Everland tu. Kami kena naik bas Everland, turun ke main parking area, merangkap tempat parking bas-bas yang lain. Kira macam station bas besar la. Turun kat situ dan ke jalan besar, ada taxi stand kat situ. Ambil taxi dari situ dan balik rumah.

Yezzaaaaa best betul Everland. Kali ke-2 pergi masa winter, tetap sejuk. Nasib hingus tak beku tepi hidung.


1 comments:

monstorious wife said...

Dah nak masuk summer ni baru citer pasal winter. Hahaha