Thursday, May 11, 2017

Winter in Korea 2017 Day 11 : Yangji Ski Resort with Alim

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Alim. Ewah. Dinantikan sangat kan. Sebabnya, nak bawa Alim pergi snowboarding kat Yangji Ski Resort. So, pepagi lepas dah breakfast power, kami pon menapak ke Mohyeong untuk naik bas ke Yongin station.Kena menapak lah sebab HUFS tengah cuti so bas tak banyak nak turun dari rumah genma ke Mohyeon. Jalan kaki dalam 15 minit je.

Saje suruh Alim snap gambar ni


Oleh kerana ini kali ke-2 aku ke Yangji ni, so kali ni dah terel sikit lah. Takde dah tersalah turun station macam haritu. Sampai aje kat Yongin station, terus ambil taxi ke Yangji.

Sampai kat Yangji, terus pergi ke kaunter untuk bayar. Budak perempuan yang sama yang kat kaunter tu (macam yang masa pergi sebelum ni) dan budak tu jugak panggil kawan lelaki dia yang sorang lagi, yang pandai cakap English sikit. Budak lelaki tu nampak aku terus cakap "hello, long time no see". Apa kau ingat kami ni kaya nak skiing dan snowboard setiap hari. Hahaha tapi budak tu ingat aku so rasa best lah.

Lepas bayar untuk rental baju, snowboard dan lift, terus kami naik ke tingkat atas untuk ambil barang-barang.

Alim pakai kasut untuk snow board

Huiyooo bergaya kau

gaya bawak snowboard dah macam pro
Memula alim masuk kat tempat tu dan dia practice dulu. Untuk balancekan badan, biasakan kalau jatuh nak landing mcm mana, etc. Lepas tu barulah dia naik lift ke atas slope.


ha kau dari jauh memang nampak itu dia

Dia sorang je. Haritu tak berapa ramai...
Aku tunggu kat tepi slope je. Sambil standby camera nak ambil video dia. Sejuk kemain takyah cerita.


bergaya amboi

gaya tu dah ada dah tu

video

sementara tunggu, minum kopi dulu. sejuk sangat wei.

dah sampai bawah dah...


siap ada patrol untuk tolong kalau-kalau ada kes

Lepas dah 2 rounds dia kat slope yang rendah, aku suggest Alim ke slope yang tinggi sikit. So kami bergerak ke slope sebelah.

beratur nak naik lift


Mana satu alim entah


Tetiba je dah sampai bawah n jatuh
video


Lepas tu Alim naik lagi sekali lift dan turun slope ke-2 tu. Then dia dah kepenatan. Mau tak penat. Masa practice sahaja dah berapa kali jatuh. Payah rupanya nak balancekan atas snowboard tu. Kalau aku, konfem setengah hari aje kerjanya practice dan jatuh.

Lepas Alim dah kepenatan, kami pon balik. Sampai rumah, repeat nasi lemak sambal udang hebat semalam, dengan tambahan telur mata. Siapa yang penat snowboarding ni sebenarnya?


0 comments: