Wednesday, November 23, 2016

Coffee and me

Amboi. Tajuk kemain lagi. Bajet ala-ala penulis novel lagi.

Aku tak sure sejak bila aku suka minum kopi. Tapi memang aku prefer kopi dari teh, padahal dari kecik kami minum milo anda jadi sihat dan kuat. Masa kecik, kalau weekend, mama konfem buat milo untuk breakfast dan makan dengan roti. Roti sapu mentega ke, french toast ke. Kami jarang makan nasi lemak. Aku rasa aku start makan nasi lemak masa pagi masa start sekolah darjah 1. Kalau yang sebelum tu ada, maksudnya aku tak ingat (my oh my, PhD memang membuatkan kita banyak terlupa fakta kah?).

Anyway, bila masuk sekolah menegah, kat maahad tu memang always minum teh o aje untuk breakfast dan supper. Milo sangat jarang, ke diorang ganti dengan vico ek sebab murah sikit.

Masa kat college kat Notts pon memang jarang jugak minum kopi. Tapi kerja aku memang bancuh kopi sebab stok kopi hang tuah kat rumah kitorang ialah banyak. Orang datang rumah pon request nak kopi hang tuah. Nasib baik ada coffee maker, senang kerja acik masa tu.

Then zaman UiTM. Masa ni lah aku jadi hantu Nescafe. Dia punya addicted tu, kalau pergi beli nasi bungkus kat seksyen 2, konfem akan tapau sekali nescafe ais. Dahla abang kedai tu siap blend lagi nescafe tu sampai naik buih, then letak ais. Ya ampun nikmat. Kalau lepas tu ada kelas petang pon takde hal lah, konfem aku tak ngantok.

Lepas tu memang aku suka nescafe aje. Ish, dosa! Wajib nescafe tarik. Kalau air panas aje, konfem nak order nescafe tarik.

Zaman kembali ke England pon masih setial dengan Nescafe. Tapi masa tu aku dah berjinak-jinak dengan Starbucks, Nero dan Costa. Costa ialah favorite aku. Kopi dia sedap. Kat Notts Uni tu, kalau aku menapak, sebelum sampai School of Geography punya building, ada Costa. Wajib at least sekali everytime pergi uni. Kalau kemaruk, sekali pergi, sekali masa balik. Sedapnya.

Bila aku dengan orang cerita Costa dah sampai Malaysia, terus mimpi kau. So, Jumaat lepas, ada kawan offer belikan masa dia on the way datang office. Dia lalu Shell Putra Height. Walaupon coffee machine, rasa dia tetap sedap.




Terubat rindu dekat Costa, England dan seluruhnya. Amboi siap seluruhnya. Over sangat.

Maybe I should plan a trip balik kampung?

4 comments:

monstorious wife said...

Meh la trip balik kampung. Nott dalm 45 minute dr Lincoln. Meh tido rumah I.

drnotts said...

jom kita pergi sekarang jugak

aliaaroslan said...

@monstorious wife invitation menarik ni jeng jeng jeng...

aliaaroslan said...

@drnotts jap jap japppppp nak cek teket.