Thursday, December 1, 2016

Women, over 30yo and not married yet

Aku saje nak blog pasal benda ni. Bukan sebab aku sedang melaluinya, tapi aku boleh cakap yang aku layak untuk bercakap hal ni.

Minggu lepas, aku singgah 7-11 kat Bangi. Sementara tengok-tengok barang, ada orang sapa aku. Oh, ex-student UPM aku rupanya. Batch pertama yang aku mengajar kat UPM dulu. Aku tumpang happy dan bangga, maklumlah dah jadi professional engineer sekarang. Dia lelaki by the way.

Borak punya borak, sekali masa kat kaunter, tiba-tiba...

(Aku kasi nama dia L lah ya)

L : Ha Cik Aliaa, jangan lost contact lagi tau lepas ni. Apa-apa roger.

Aku : OK, insyaAllah.

L : Eh, dah kahwin belum?

Aku : Belum lagi.

L : Ha, carilah sorang, kerja dah bagus dah tu.

Aku : InsyaAllah.


Mind you suara orang lelaki ialah kuat kan. Not my first time ditanya soalan macam tu. Kalau musim raya lagi lah kan. Kali ni ialah orang lelaki yang tanya aku soalan tu, aku tak rasa ape-ape pon. Well, maybe ada yang kata, dia tu tak sensitif ke apa. Tapi aku tak terasa pon. Bagi aku, dia hanyalah being a good person, tanya kabar, etc etc. Dan aku pon tak ambil hati atau being sensitive about it. Aku tak peduli apa budak kaunter fikir ataupun orang yang tengah beratur kat ATM machine tu fikir.

OK dah.

Entry boring lah pulak aku rasa.

Nantikan entry bergambar lagi ok.

5 comments:

drnotts said...

semua tu no hal lah. sebab nak gi daki everest kot. eh

aliaaroslan said...

@drnotts semoga selamat naik n turun

Huda Ramlee said...

same goes to me..selalu ditanya belum ada anak lagi ke? mungkin lepas ni kena praktikkan penggunaan ayat "belum, tolong doakan saya ye"..semoga doa-doa mereka yang bertanya tu makbul.

Azian Elias said...

Salam dear..

terjumpa akhirnya di sini siap follow lagi tu. heeee
anyway, let them cakap apa je. yang penting kita happy.
i have sister yg dah berumur 41 dah pun but still single.
ok je dia i tgk. bebas nak travel anytime anywhere. be happy.

My Fambam said...

eh mayong anak 5 okay! apadahal! tapi apesal aku rasa post ko yg ni macam tergantung cerita dia eh? macam ada ayat tak habis...

like "Im going to Everest next year, yourself?" Muahahahaha