Tuesday, November 17, 2015

Nuang 2 : 7 Nov 2015

Yaaa sesi kembara di dalam hutan datang lagi. Kali ni ke mana kita? Ke Nuang lah. Nuang ni kalau nak naik, boleh ikut 2 jalan, dari Pangsun dan dari Janda Baik. Oleh kerana nak testing stamina kononnya, maka berpergianlah kami ikut Pangsun tu.

Ini kali ke-2 aku naik Nuang ni, ikut Pangsun. First time zaman muda dulu, March 2010. Takde pulak aku cerita dalam blog ni, ke aku tak jumpa cari. Kat facebook ada gambarnya. Kalau rajin boleh la carik.

Janji berjumpa kat parking Nuang jam 6am. Aku sampai lambat sikit, 6.05am camtu. Lin siap masakkan nasi goreng kampung. Ada sekali Kak Ina (sepupu Lin) dan Shah (sama-sama ke Lata Medang haritu).

Kami gerak naik pukul 6.40am camtu. Kalau ikut Pangsun ni, akan lalu jalan balak dalam 5.8km. Jalan balak ni pon dan semput kau, naik turun naik turun, naik naik naik, turun sikit, naik lagi dan lagi. Fiuh, lap peluh 5 ribu kali. Amboi ayat exaggerate. 


pondok hentian rehat

almost there : aku, kak ina dan lin
Masa kat pondok last sebelum sampai Kem Lolo, kami berjumpa dengan satu lagi group yang naik Nuang jugak haritu.  Diorang team hijau. Kami berempat kebetulan team hitam. Team hijau ni kami kenal-kenal chatting kat whatsapp.





Kalau kadar berjalan aku, dari starting point ke kem lolo aku ambil masa dalam  2 jam camtu.  Aku jalan belakang sekali dengan Shah (sweeper terhebat). Lin dan lepas ke depan dengan kak Ina. Aku dengan Shah sampai aje kat kem lolo, nampak backpack lin aje. Lin nya dah dalam sungai. Cehhh jeles aku tengok dia berendam. Tahan aje nafsu nak berendam haritu. Sabar Aliaa... Sabar.

Kami berhenti rehat dan makan nasi goreng kampung lin masak sedap gile. Makan roti, dan coklat jugak. Lepas tu kami decide untuk tak teruskan mendaki lagi since lin nak balik awal haritu dan aku pon ada hal petang tu. So kami turun semua dan stop di air terjun cantik.

Kalau dari track utama, memang tak perasan. Tapi kami perasan ada orang camping bawah tu. So kami pon turun.













Geram betul aku tengok air terjun tu. Diorang mandi sakan! Takpe, memang nak kena buat come back ni.

Dalam jam 12pm camtu kami bergerak turun. Berjalan turun laju sikit, berbanding naik pagi tu. Sampai bawah, terus beli tembikai dari gerai Along Nuang, dan Along bagi makan bubur durian. Sodap gile...

Bersambung dengan next Nuang trip.

2 comments:

sweet tooth said...

bestnye... lama gila x gi tracking nih...

aliaaroslan said...

@sweet tooth sakit badan tapi puas hati kak. Maklumlah, badan pon berkarat hehehe