Thursday, November 19, 2015

I Heart Perlus : 15 Nov 2015

Perlus ni kat mana? Kat Hulu Langat.

Camne nak pergi dia? Ada beberapa cara. Jalan masuk trekking ikut dam hulu langat, atau trekking dari sungai gabai.

Kitorang ikut dam hulu langat, sebelah jalan masuk nak naik ke Nuang tu. Kali ni kami pakai guide, Along. Along ni jaga Nuang. Oleh kerana Shah dah kenal dia lama dan Along pon memang kenal Lin dan aku (sebab beberapa kali naik Nuang), Along pon agree nak jadi guide kami. Kami minta pandangan Along dulu sama ada selamat atau tak, since sekarang musim hujan and all. Along kata ok, tambahan pulak weather forecast pon ok dan takde seberang sungai besar.

Kami berkumpul kat tempat parking kereta tepi dam, janji jam 7.30am. Bila berkumpul, bagi-bagi ration nak masukkan dalam beg masing-masing. Sebelum tu seperti biasa dah discuss apa menu nak masak nanti, siapa bawak apa, berapa lama bakal trekking, etc.

Menurut Along, trekking ni trekking santai. Erk, santai untuk Along kot. Hahaha.


settle bagi-bagi ration - photo by Rashid

getting reading, stretching sekali - photo by Rashid


ready nak group selfie sebelum start

baju merah tu lah Along. 11 orang kami semuanya

 Kitorang start trekking ikut jalan lalu dam hulu langat. Kena melalui post pengawal keselamatan kat situ.

- photo by Rashid



- photo by Rashid

Lalu kat dam pon dah berpeluh. Mau tak berpeluh, terik matahari pagi dah simbah ke badan. Hahaha...

- photo by Rashid

Kami terus masuk ke laluan denai hutan. Dalam sejam setengah jugak berjalan dalam hutan tu. Pacat tak payah cerita, liar mencari darah. 

- photo by Rashid

- photo by Rashid

- photo by Rashid

- photo by Rashid

- photo by Rashid

- photo by Rashid

Shah, tanker and sweeper - photo by Rashid

- photo by Rashid

- photo by Rashid
Lepas lalu jalan hutan, tibalah ke cabaran sebenar. Kena daki bukit semput. Serius, semput wei. Penat. Berhanti berapa kali entah. Minum air lah, kena tarik dengan tali lah (aku je). 


- photo by Rashid

 bukit semput- photo by Rashid

towing effect - photo by Rashid

- photo by Rashid

yang fit pon muka kepenatan - photo by Rashid

lin belakang si amir tu aku tak tau dia buat ape - photo by Rashid

mohammed steady - photo by Rashid

- photo by Rashid
dalam 40 minit jugak panjat bukit semput tu. Lepas tu, berehat yang diselang selikan dengan acara membuang pacat.

- photo by Rashid

- photo by Rashid
- photo by Rashid

 bocor dah kaki si sohaib- photo by Rashid


jumpa cari pacat - photo by Rashid


cek mane tau ada kat celah mana-mana

Kami tak berhenti lama sebab lagi lama berhenti, lagi berjemaah pulak pacat tu berkenduri. Kami teruskan perjalanan lagi. Trekking dalam lagi almost sejam, track santai jugak macam masa mula-mula tadi.

Aku jalan belakang sekali dengan mohammed. Sambil jalan tu dah dengar dah bunyi air. Sampai aje kat Jeram Perlus, tengok diorang pon baru aje sampai dalam 5-10 minit camtu. Baru bentang ground dan keluarkan barang-barang nak masak.



Aku pon terus bukak kasut semua, cuci tangan etc, menyinsing lengan dan join acara memasak.

masak, jangan tak masak - photo by Shah

konsentrate betul lin - photo by Shah









Menu kami pada hari itu :
1. Nasi putih by Shah
2. Gulai lemak pucuk paku by Rashid
3. Gulai lemak rebung by Rashid
4. Ayam goreng celup tepung by Lin
5. Sambal sardin by Aliaa
6. Apple & limau
7. Kopi panas by Shah
8. Sambal belacan Adabi & Kicap

Jemput makan....



Settle makan, ape lagi, gedebushhhhh... I Heart Perlus...



Lin seperti biasa dia videographer





gambar ni macam Rashid tengah surfing

kat atas tu amir tengah carik port baek

kasi can Rashid Tanker selfie tapi kami cameo kat belakang

amir dan sony motion cam nya





Puas berendam sampai gigil-gigil, kami pun naik. Start kemas nak balik. Sebelum balik, satu gambar group dulu dengan Jeram Perlus itu...


Perjalanan balik lebih cepat sebab energy pon dah reload. Cuma nak turun bukit semput tu memang adventure betul. Berslide-slide turun, aku haruslah tergolek berapa kali entah. Masa turun dalam 2 jam lebih. sampai aje kat tepi empangan, memang feeling dia seronok gileeee... Buka kasut, letak tongkat semua. Terus bilas basuh baju kotor semua. Lepas melepas lelah tepi gam memang best sangat.












Rashid - guide and tanker

Shah - tanker and sweeper

Aliaa - siput dan mengesot






Puas. Memang puas. Perlus sangat best.

Kami turun balik ke kereta. Budak-budak lelaki tolong tukar tayar kereta Lin yang pancit sikit. Aku, Lin dan Rashid pergi mandi kat toilet, then solat kat surau. Lepas tu kami pergi makan ramai-ramai kat kedai tomyam.

Thank you Along, guide yang best gile. Banyak info belajar dan layan borak. Siap tarik aku pakai tali kat bukit semput.

Ahli majlis - Lin, Shah, Rashid, Amir, Mohammed, Sohaib, Abg Lokman, Kak Roha & Adel. Terima kasih!

Ada masa, ada rezeki, Perlus aku akan datang lagi...

8 comments:

arelynn said...

Alia bestnye baca.. Tapi aku tak bole sebab takot pacat..

aliaaroslan said...

Aku pon takut gak. Bila kena je panggil orang suruh cabutkan

Unknown said...

bestnya bawa blog akak.. kalau nak join sekali boleh

aliaaroslan said...

@cahaya hati terima kasih membaca :) boleh, nanti email ok... aliaaroslan@gmail.com

Unknown said...

hoit rinduuu nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sembahan pokok!!!!

aliaaroslan said...

@Unknown sembahan pokok buluh you all

ciantau said...

assalamualaikum , nak tanya banyak leh x , cam ner nak hubungi guide leader nak ke jeram perlus erk nak tanya serba banyak soalan mengenai keadaan ke sana dan macam2 lagi persoalan kalau x kisah nak minta email address or contact number yang senang dihubungi . btw mmg awesome korang semua ini teringin nak turut serta aktiviti korang semua .

ciantau said...

@aliaaroslanleh minta email or contact no x yang senang hubungi nak tanya lebih detail mengenai perlus ni nak masuk park kereta kat ner nak ikut mana huhu hope dapat reply pertanyaan bosan ini