Alhamdulillah sekali lagi dijemput menjadi salah sorang moderator untuk program Extra 3.0 untuk tahun ni. Last year buat di Nur Lembah Pangsoon. Tahun ni buat dia Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Marilah kita bercamping dalam hutan sambil takde line internet dan mendengar bunyi sungai dan hutan sahaja. Ewah!
Start hari Jumaat lepas, sampai Ahad. Aku bertolak lepas lunch dengan mother dan solat zuhur. Kalau bertolak lewat, nanti lagi sesak lah jalan MRR2 tu. Jalan relek-relek, sampai Selayang singgah solat Asar siap-siap kat masjid Selayang. Lepas tu terus naik ke ulu yam. Sampai campsite, join budak-budak uitm yang dah sampai tu.
Program ni program team building untuk bakal-bakal AJK PBSM di UiTM Shah Alam dan Puncak Alam. Kami, alumni PBSM UiTM bergabung under 1 kelab yang kami registerkan dengan nama Kelab Warisan Sahabat (Kewasa) dan kami handle modul untuk program team building ni.
Petang first dan malam first tu, aktiviti ice breaking dan sebagainya. Lebih kepada getting the engine start and heating it up.
Esoknya program-program menguji minda dan mental dan ketahanan fizikal. Layanlah gambar-gambar...
|
makan 6 kali sehari. Hancus diet. |
|
indoor activity |
|
ini minum pagi katanya |
|
orienteering modul |
|
surveyor sangat! |
|
water confidence |
|
watervilla |
|
makan malam |
Hari ke-2 ni memang all out lah aktivitinya. Semua kepenatan termasuklah aku sekali. Hahaha...
Hari ke-3, aktiviti fizikal dan sukaneka sebagai penutup modul.
Lepas zuhur dan makan tengah hari, ada acara penutup yang santai. VIP nya staff dari pusat kesihatan UiTM, yang junior PBSM aku masa zaman belajar dulu. Lepas bagi hadiah dan sebagainya, sesi bergambar pulak...
|
geng moderator dan junior moderator |
InsyaAllah next year akan ada lagi. Moga-moga kami dijemput lagi dan akan ada lagi modul-modul yang lebih menarik.
**Kalau ada yang berminat dengan perkhidmatan kami sebagai moderator dan pengurus program team building dan yang sewaktu dengannya, bolehlah email kepada saya : aliaaroslan@gmail.com. Saya akan forwardkan terus kepada presiden Kewasa.
0 comments:
Post a Comment