Monday, June 25, 2012

packing anchovies

sabtu malam lepas, aku masak sambal ikan bilis + kentang untuk mother. nak bawak ke korea nanti. setelah beberapa kali testing, aku rasa macam dah almost berjaya rasanya. but, practice makes perfect, right?

kaedahnya, mula-mula kene pergi pasar malam. beli kentang dan ikan bilis kopek.

pulang ke rumah, kupas kulit kentang dan potong panjang-panjeng pendek-pendek ala-ala nak sama saiz dengan ikan bilis tersebut. dan basuh lalu toskan airnya. cenggini...


komdian, goreng kentang yang dah dibasuh tadi secara deep-fried. deep-fried ye kawan-kawan. kalau minyak sikit nanti tak jadi.

oleh kerana kentang banyak, aku buat 2 round. goreng sampai garing. goreng kentang je ambil masa 40 minit untuk dua dua round sebab aku guna api sederhana. dalam masak dan luar tak hangus. 


sambil tunggu kentang tu garing, basuh ikan bilis, toskan airnya. 


sambil tu minum nescafe ais sebab pagi tu aku buat nescafe panas sejug besar dan ada baki lagi. habiskan sorang-sorang tau. hahahaha...


settle goreng kentang, goreng pulak ikan bilis tu. boleh guna minyak yang sama. or kalau nak pakai minyak baru pon boleh. tak de masalah.


oh by the way, ni contoh kentang goreng garing tu. kalau makan dia saja macam makan crisps. yum yum..
 


settle goreng ikan bilis sampai garing, baru buat sambalnya. buat sambal macam biasa, cuma bila dah masukkan cili tu, terus kecilkan api kepada api yang kecil sekali. aku masak sambal ni lama, dalam 40 minit jugak. 

bila dah siap sambal tu, tutup api dan sengetkan kuali supaya boleh takungkan minyak berlebihan. keluarkan minyak dengan sudu. then tunggu sampai sambal tu sejuk.

bila sambal dah sejuk, baru gaulkan sambal dengan ikan bilis dan kentang.


komdian, ambil plastic zapper saiz sederhana dan masukkan sambal ikan bilis kentang tu sehingga separuh beg sahaja. jangan tutup zapper tu lagi. biarkan lagi sampai betul-betul sejuk sambal tu. 









lepas 2 jam baru aku tutup zapper, leperkan. dan susun dalam freezer.


nak pergi nanti, jangan pulak aku lupa nak ambil dari dalam freezer.

2 comments:

@ju said...

oh...bila tu mau pegi korea? mesti tak sabar tu.....

aliaaroslan said...

@@ju tak lama lagi, kak. hehe... sangat tak sabar.