25 december 2011 : majlis merisik di rumah kajang. terus tetapkan tarikh nikah dan majlis kenduri kahwin.
31 january 2012 : bawak pengantin balik rumah taiping.
1 february 2012 : round taiping beli barang-barang tambahan yang diperlukan.
2 february 2012 : 3 buah kemah dah pasang. orang pelamin datang ukur space.
3 february 2012 : 2 buah kemah lagi dipasang. pelamin siap dipasang. 1000 bunga telur kotak + cucuk siap ikat semua.
4 february 2012 : final touch. settlekan masak menu majlis makan lepas acara akad nikah. akad nikah lepas asar. settle semua. prepare untuk esoknya, majlis kenduri.
5 february 2012 : majlis kenduri kahwin pihak perempuan di kampung menteri, kuala sepetang, taiping. majet makanan memang terbaik sebab tak berlebih banyak. bunga telur dan door gift semua habis. alhamdulillah.
sebagai kakak pengantin yang berjaya lagi dedikasi (sila muntah), aku dan mama dah settlekan preparation dari kajang.
dari beli kain nikah ke kain bersanding dua-dua pihak untuk kedua-dua pengantin.
dari susun menu acara nikah ke majlis kahwin. dari cari baju adik beradik ke tempah baju kat tracy.
dari beli barang nak buat hantaran, gubah hantaran dan completekan barang-barang hantaran, ke main glue gun menampal bunga dan cari idea untuk buat sireh junjung.
ha, dedikasi tak? silalah kasi aku peluang untuk puji diri sendiri ye.
maka, 4 hari sebelum majlis, aku ambil cuti 3 hari, dan bawak pengantin balik ke taiping untuk menyettlekan perkara-perkara di taiping sebelum acara akad nikah dan majlis kenduri kahwin. macam aku pulak yang semangat. hahahaha. takpe, biar. aku kan suka weddings!!!
beli barang dari pasar kemunting, ke pasar simpang ke pasar matang |
melipat beratus-ratus kotak untuk isi telur. tak termasuk lagi beratu-ratus bunga telur cucuk. |
doorgift untuk VIP. ada tambahan iaitu bunga telur cucuk. |
askar upahan melipat kotak telur |
askar upahan lagi. aku upan kitkat sorang 2. aci tak? |
lana suka landing golek sorang-sorang |
muka selenge. hahaha |
telur bertray-tray. ni yang aku snap baru 1 troley. |
budak asrama yang baru balik rumah dari asrama lalu terus sua muka untuk bergambar dengan aku |
widad la teman saya di kala pagi hari kenduri, kami kene ke tesco taiping cari tahu jepun untuk masak lauk pengantin. |
penat, jangan tanya. kalau tanya time tu, mesti aku akan suruh orang tu belanja aku ice cream cornetto 5 bungkus.
0 comments:
Post a Comment