Wednesday, February 15, 2012

sedapkan hati???

bila orang yang umur-umur macam saya ni (am turning 28 this year) masih belum berkahwin, ataupon yang masih belum ada boyfriend, bila ditanya orang "bila lagi?" (maksud pertanyaan diorang ialah "kenapa kau tak kahwin-kahwin lagi" atau "kau ni nak takde boyfriend sampai bila"), jawapan yang selalu pihak saya berikan ialah:

  1. tengah cari la ni...
  2. belum jumpa yang sesuai...
  3. tak bersedia lagi / tak cukup duit lagi nak kahwin..
  4. dan lain-lain yang sewaktu dengannya
 lepas dari tu ada jugak yang saya jawab :
  1. belum sampai jodoh
  2. "hidup-mati-ajal-maut semua rahsia Allah" - hai, guna ayat selamat nih...
  3. nanti lah, nak kerje kasi mak ayah merasa duit gaji

tapi sebenarnya, ayat yang saya nak cakap ialah :
  1. sape tak nak kahwin oi!
  2. aku ni memilih sangat ke ye?
  3. aku ni huduh ke?
  4. orang takut dengan aku ke?

sedapkan hati sendiri atau hati orang lebih penting? sebab yang aku belajar, sedapkan hati mak ayah yang paling penting dalam dunia ni.

masa wedding maisarah haritu, memang banyak soalan-soalan berkonsepkan "kenapa adik kahwin dulu, kakak tak laku ke". kalau aku collect dari setiap sorang RM5 dari penyoal-penyoal tu, duit tu cukup aku nak pergi round amerika. 

9 comments:

haslina said...

salam alia.
pedih sepedihnya, bila orng suka tanya soalan camtu.
akak ni dulu bf ada je. kawin idaknya juga.

mmg, biar puas di hati dapat berbakti dgn emak abah.
akak puas.
sebab until umur 30 tahun akak dapat curah bakti pada mereka.

akhirnya, alhamdulilah.
yup, sy tidk memilih.
sy juga tidak cantik.

ni hah, 5 tahun kawin, 3 orang anak.
alhamdulilah.

aliaaroslan said...

@haslina

itu yang kengkadang tak boleh elak nak panggil orang-orang camtu bermulut puaka. kan kak?

anyway, aliaa rasa memang belum puas tabur bakti kat mama ayah.

sampai jodoh, insyaAllah semuanya akan berjalan...

Latifah said...

Sabar la Aliaa... *pujuk diri sendiri juga* ^^
InsyaAllah, ada rezeki, ada jodoh, kahwin la kita :)
~senyum je la bila orang tanya soalan cepu cemas macam tu... hikhik.

Shiema said...
This comment has been removed by the author.
Shiema said...

ala...sebenarnye diorang tanye tu pasal tak sabo2 nak jadik penaje mase ko kawen nanti.....satu sen pun ko tak yah kuar duit tau!!!hihihi

safirgotravel said...

LOL! bukan nak ketawakan ko, tapi ayat last ko tu sama dgn ayat aku...tapi aku praktik kan kat anak aku...

biasalah budak2 klu nak sesuatu kan suka cakap byk2 kali..
klu dia nak asikrim, die akan cakap ulang n ulang n ulang n ulang smpi lah kite jejak kaki ke kedai...
ade sekali tu aku perli die,
"jaja, tak payah ckp byk2 kali, sekali cukup, ummi faham, klu tiap kali jaja ckp tu kuar duit color red (RM10), ummi dah boleh beli kapalterbang sendiri dah"...

sekali die jawab "bestlah mcm tu, blh hari2 gi ofis naik plane"
aduusss...

p/s: biasalah aliaa, aku dulu mase baru kawin, org tanya "kenapa kawin awal?"... i guess mulut org, kita tak leh nak buat apa...

aliaaroslan said...

@Latifah sekarang memang senyum je :) sambil tak putus-putus doa untuk percepatkan jodoh. doa untuk latifah juga..

aliaaroslan said...

@Shiema ok jugak tapat tajaan. takyah fikir bajet kan . hehehe

aliaaroslan said...

@safirgotravel wah pergi office naik aeroplane, nak park aeroplane tu kat mane. belakang rumah tak muat. hehe.. lainkali ko cakap beli helikopter. haha..

so aku buat kesimpulan, cukuplah aku puaskan hati mak pak aku, dari aku duk fikir camne nak puaskan hati orang lain. ye tak? hehe