Setiap kali nak pergi bercuti / outstation / outdoor aktiviti, seperti biasa, aku akan listkan barang ape yang aku nak bawa. Tak kira lah pergi sejam ke, sehari ke, seminggu ke. Konfem aku akan listkan barang-barang tu. Kalau tak, komfem jugak akan ada barang yang tertinggal. Ha, kalau benda yang tertinggal tu senang nak dicari dan dibeli kat tempat kejadian, takpe jugak. Kalau jenis yang payah nak dapat, memang haru biru lah keadaan sejekap.
So, dalam lagi 7 kali tidur malam, kami insyaAllah akan pergi bercuti ke Korea. Dalam bahasa Koreanya ialah "balik kampung ke-2". List barang-barang pon dah buat. Dah tau dah mana duduk atau tersoroknya barang-barang tu. Tinggal nak ambil dan bawak aje nanti.
Kali ni kami insyaAllah akan ke Jeju Island. Tak pernah lagi pergi Jejudo ni. So agak nervous di situ. Rombongan Cik Aliaa akan turun disertai oleh DrNotts yakni mother dan juga #lonetraveler yakni Alim. Komdian kami akan disertai oleh #semaiandall pada hari ketiga sehingga hari terakhir di Korea tersebut. So, standbylah untuk tengok gambar aksi Sofea posing maut sakan.
Ini ialah trip aku ke-5 ke Korea. Mane tau, lepas ni nak jadi penduduk tetap Korea ke kan.
Or, kalau tak dapat jadi penduduk tetap, dapat buat Post Doc kat sana pon jadilah.
Dan, kali ni kami perlu adjust cara packing barang. So, nantikan lah teknik yang tak seberapa canggih dari aku dan Alim.
p/s: balik ni nak keluarkan beg besar letak kat ruang tamu
6 comments:
aliaa....betul ke barangan faceshop tu memang murah berbanding malaysia? kalau betul murah nak kirim satu bedak muka....tengok kat form tak tersenarai pulak....hahahh....nanti akak wassapp.... :)
@@ju aah kak, murah dalam 30-40% dari harga malaysia. boleh kak, nanti whatsapp je ok. lagi best kalau ada gambar sekali :) 0163383946
orait....tima kasih...nanti akak riki dulu ey....
wowweeee...bestnye!!! akak kalo packing barang, semua kena letak slonggok satu tempat. dari situ baru bleh check apa yg x de. Lepas tu baru masuk dlm beg. hehehe...
kem salam kat org kampung ya! :-P
@@ju ok kak. ape2 hal boleh wasap je saya..
@sweet tooth sama lah kak. memula carik dulu barang-barang atau beli. then longgokkan. then baru susun dalam beg. baru senang.
Post a Comment