Sabtu lepas aku dah buat kerja gila. Lama dah tak buat adegan-adegan terkejut-terkejut ni.
Jumaat malam tu, aku ada kelas zumba. Balik dari kelas zumba, dah siap mandi solat semua, tengah rest-rest, tetiba si Lin whatsapp ajak jugle walk katanya. Light-light aje dia kata. Iye ke? Hahahaha... Aku agree je dengan harapan silalah bangun awal esok.
Esok paginya, lepas subuh, terus bertolak ke sana. Naik plus highway, exit Bukit Beruntung, ikut signboard Kuala Kubu Bharu. Sampai kat pekan KKB, terus lagi hala ke Chilling Waterfall. Lepas KKB dam, ada jambatan besar, lepas aje jambatan terus masuk simpang kanan, Kampung Pertak (perkampungan orang asli). Lin and gang dan tunggu kat parking lot kereta.
Kami bersiap-siap, stretching, dan terus jalan. Tapi aku dah boleh agak, konfem jalan macam nak naik gunung datuk. rupanya iyeeeee. Tapi taklah teruk macam datuk. Dia light light aje. Lepas 2 jam trekking, sampailah kat air terjun hebat.
Best gilo air terjun tu. Mandi kejap, then makan, masak meggie, makan lagi, mandi lagi. Lepas rest dalam 3 jam, barulah kami turun balik. Turun sejam lebih aje.
Best nya follow geng ni. Thanks Lin mengajak aku. Lenkali nak follow lagi please.
Group photo tak jadi sebab lense go pro lupa nak bersihkan. Chait!
Thank again Lin, Zahid, Haz & Shah dan segeng dari Shah Alam yang join kitorang jugak.
2 comments:
lamanyeee i x pi air terjun.... tgk gambo tu mcm rasa sejuk ja air... heheheh...
@sweet tooth memang sejuk gile kak... menggigil boleh tahan. demi gambar cun :)
Post a Comment