Entry masuk hutan menjengah kembali... Kali ni naik Bukit Kutu pulak. Kata orang Bukit Kutu ni kategori gunung sebenarnya sebab ketinggian dia lebih dari 1000m dari aras purata laut. Layan aje lah kan, janji masuk hutan.
Aku keluar rumah jam 5.15am, ke IUKL jumpa Shuk dan Azhar. Azhar ni officemate, Shuk kawan dari UiTM. Kami park situ dan naik kereta Shuk. Lepas solat subuh kami gerak ambil Eda di Wangsa Maju.
Dari Wangsa Maju kami ikut jalan batu caves - ulu yam - batang kali - kuala kubu baharu - kampung pertak, untuk ke starting point. Breakfast dalam kereta siap-siap. Park aje kereta, pakai kasut, bersiap dah gerak.
Kami disambut mesra oleh...
Anjing tu comel sangat rasa nak gomol.
Oleh kerana hari sebelumnya hujan, maka trek pon memang cantik sangat. Belum ape-ape hal, hasil tuaian aku ialah...
Memang ramai yang naik bukit kutu haritu. Cuti umum katanya. Kebetulan laluan yang sama digunakan untuk naik lata medang. Tapi trek memang busy sepanjang hari.
Awal-awal pendakian kena lintas 3-4 anak sungai. Tabah aje lah kan...
Lepas tu trek dia memang main lumpur, mencanak naik, lutut ke dada, lutut ke dahi pon ada. Yang menslowdown kan aku dari org lain ialah kasut aku pakai tak sesuai untuk trek lumpur. Selama ni memang aku pakai kasut ni je trekking. Kasut ni aku panggil kasut nelayan / kasut getah. Kalau pakai dalam air, memang tak jatuh. Kalau atas lumpur, dia berkumpul jadi macam main ice skating. So aku memang jadi penat sebab 2 steps forward, 1 step back. Tapi tabah!
Mid point mendaki bukit kutu ni bila jumpa batu besar ni. So rest jap. Posing bagai, siap jumpa 1 group budak pengakap. Enjoy jugak dengan nyanyian lagu pengakap diorang yang penuh bersemangat.
Lepas tu kami daki dan daki aje. Selut, jatuh ape bagai semua ada. Aku lah tu, lagi 3 orang tu ok je diorang. Kami sampai puncak pukul 2pm macam tu.
Kalau nak tengok view cantik kena panjat batu belakang gambar atas ni. Tapi sekali naik maximum 3 orang, yang beratur pon ramai, yang tengah selfie kat atas tu pon dah sejam tak reti nak turun. Hujan dah start menitik, kami decide untuk turun terus lepas selfie seround dua.
Naik mencabar, turun lagi mencabar tahap dewa. Pulaknya hujan, trek makin licin dan sebab ramai sangat orang naik dan turun, trek jadi teruk gile. Kasut aku memang merisaukan. Aku turun memang slow gile. Sampai nak gelap lah. Azhar dan Eda dan lama tinggalkan aku dan Shuk. Kami turun sekali dengan 1 group akak bertiga dan 1 group family doctor dan sorang guide. Nasib baik diorang semua bawa headlamp, Shuk pon onkan lampu handphone dia. Abg guide yang pandu arah kami semua.
Jam 8.45pm alhamdulillah kami semua sampai kat parking kereta. Terima kasih banyak kat abang guide, family doctor tu dan geng akak bertiga tu, sebab sama-sama tolong dan tunggu kami. Alhamdulillah.
Eda dan Azhar tumpang orang ke masjid KKB sebab tempat parking tu semaking gelap. Mujur ada adik-adik yang baik menolong. Kami bersihkan diri dan terus ke masjid KKB. Jumpa Azhar, tapi Eda dah tumpang orang balik ke rumah, dia takut parents dia risau.
Aku, Shuk dan Azhar bertolak balik ke Kajang. Ambil kereta di office dan terus balik.
Alhamdulillah semua selamat pergi dan balik.
Note :
1. Next time, wajib ikut konsep naik bersama, turun bersama.
2. Pakai kasut sesuai mengikut keadaan trek
3. Bawa headlamp walaupun day hike
0 comments:
Post a Comment