Thursday, November 27, 2014

May in Korea 2014 : Day 1

Uhuk uhuk *sambil tercungap mencari nafas dan lap peluh*. Penat aku bertangguh-tangguh nak update cerita ceriti Korea yang kami pergi May lepas. Sampaikan Kak Azra dah pergi balik pon aku baru nak update day 1. Sorry ye you all, I ols tak cukup tangan sejak beberapa bulan kebelakangan ni.

Anyway, kami pergi kali ni, 11 hari 10 malam. Ha, ambek kau... Sampai habis idea nak buat apa pergi ke mana kat Korea nun. Kali ni salah satu itenary nya ialah nak kena attend dan present di conference, so ambil kesempatan sekali. Nasib baik aku dan mother boleh attend conference together-gether. Bawak Alim dan Widad pon sebab diorang kan tukang angkat beg. mwahahaha...

Kami plan lain sikit kali ni. Instead of turun di Incheon, kami turun di Busan. Harga teket lebih murah walaupun dah campur teket KTX dari Busan ke Seoul nanti. Bila lagi nak jalan-jalan tepi pantai sambil mengigil kesejukan di Korea kan kan kan? Asyik jalan dalam istana dan Nami Island je. Ewah, kemain sangat kan...

So pagi-pagi buta 8 May 2014 tu kami dah bangun. Kami naik AirAsiaX. Ke Busan dari LCCT. Balik nanti akan turun di KLIA2. OK, yang tu kita cerita ending nanti. Hint : penat jalan wei kat KLIA2 tu.

Flight jam 6.55am, jam 5.00am kami dah sampai di LCCT, terus check in luggage. Sebab dah teror banyak bab naik airasia ni, so dah kira baek punya berat bag, meals, booking seat, etc etc. So sapa nak menuntuk dengan aku lepas ni, boleh dah. Ewah lagi.


alim masih ngantuk

nasib baik ambil dari jauh sebab muka aku ialah bangun tido

yang ni obvious sangat bawah mata ada tea bag (read:eye bag)

Walaupun flight dischedule jam 6.55am, tapi hanya jam 7.20am (about) barulah kami diberi kebenaran untuk naik ke kapal terbang. Walaupun ini bukan kali pertama naik kapal terbang, excited dia sama je macam first time. Aku first time naik kapal terbang masa form 1 (17 years ago). So, excited dan nervous dia sama aje. Ke sebab sekarang sudah 3series umurnya? Hahahaha.


gaya pelancong ke gaya orang tak pernah naik kapal terbang???
Kami book seat memang sederet tapi yang sebelah menyebelah hanyalah 3 seats sahaja. So Alim dipaksa rela menjadi gentleman untuk duduk sorang. Jom buli dia sebab dia selalu buli aku sekarang ni mentang-mentang aku rendah sikit dari dia sekarang, so bila jalan tu dia suka sangkut tangan dia kat bahu aku. Ape kau ingat aku ni tempok / dinding? Jawab Alim!




Kami order 2 meals sorang. Aku as usual akan ambil 1 meal ringan dan 1 meal berat. Kami order extra air kotak dan muffin. Akhirnya air kotak dan muffin tu kami bawak sampai ke hostel di Busan, sampai ke Seoul dan balik ke Busan dan balik ke KL. So obvious kami kurang gemar apple juice.


Kami sampai di Airport Busan dalam jam 3pm waktu Korea (awal sejam dari Malaysia). Lepas imigresen terus collect luggage terus keluar. Comel je airport dia macam LCCT.


Plan asal nak ambil bas express ke Haeundae (tempat kami book hostel) tapi akhirnya kami naik jumbo taxi aje. Kalau naik bas, KRW10,000 seorang x 4 orang = KRW40,000. Tapi naik jumbo taxi yang selesa dan dia hantar sampai depan tangga hostel ialah KRW50,000. Off we go, perjalanan lebih kurang 1 jam sebab masa tu ialah peak hours orang balik kerja.

ahjusshi ni belasah cakap korean dengan kitorang dan kitorang pon belasah jawab. walaupon Alim dan Widad dah ambil class korean sampai level 2, aku dan mother lebih faham ape ahjusshi ni cakap. pastu first time dengar slang Busan, memang best. slang kampung yang sangat cool, takde jerit-jerit.

sama busy je Busan dan Seoul


monopod Widad bawak ialah berjasa lah jugak


Kami duduk di Busan untuk 2 malam, then ke Seoul selama 6 malam dan balik ke Busan tidur lagi 1 malam. Kami duduk di Miss Egg Hostel, Haeundae. Mesti korang pernah dengar pasal Haeundae Beach ni kan? Ni lah salah satu tempat yang affected masa tsunami tahun 2004 dulu.

Kami duduk kira style dorm. Kat korea ni, hostel ke, guest house ke, hotel ke, semuanya memang minimalis dan kecik gile. Agaknya sebab orangnya pun majority kecik-kecik aje saiz. Rate hostelnya pun murah, KRW100,000 sebilik untuk 4 orang, with private bathroom. So kami duduk di sini totalnya 3 malam, kami bayar KRW 300,000.

Memang targetnya hostel tu untuk mandi dan tidur aje. Baik halakan duit ke shopping ye tak? hehehe typical aku yang suka shopping. Nasib baik ada free wifi. Bagus betul.





Settle freshen up dan solat, terus kami ke Emart. Ini memang supermarket favourite mother sebab ada shampoo green tea yang mother suka pakai tu. Jalan kaki dalam 15 minit style lenggang kangkung je. Direction semua tanya orang.

Secara simplenya, Haeundae, Busan ni tak busy macam Seoul. Of course la kan sebab Seoul kan bandar. Orangnya lebih friendly dan releks.


strawberry and banana milk dambaan semorang!!!


dah pegang dah tu
Berapa banyak beli shampoo? Pendek kata, beli kat Emart ni, esoknya terus pos ke Malaysia 2 kotak, termasuk facial wash yang beli kat Daiso lepas ke Emart tu. Stok 2 tahun cukup rasanya. Lepas settle di Emart, kami hantar barang balik hostel dan terus jalan-jalan town. Tiba-tiba terjumpa Daiso. Terus masuk dan borong facial wash.




Lepas dah puas borong, perut pun lapar. Kami masuk ke kedai yang jual sashimi. Pilih ikan, dan dia akan buat sashimi. Tulangnya dia akan buat sup ikan.

tuala basah untuk bersihkan tangan dan muka

fresh sashimi baru dipotong

side dishes dan lain-lain


Dah kenyang dan sendawa 3 kali (Alim je), kami jalan-jalan lagi ronda Haeundae beach.

Haeundae market






Malam pun sejuk jugak walaupun cuaca belas-belas darjah (macam Cameron Highland rasanya). Penat dah jalan, kami pun balik hostel. Blablabla terus tidur. Esok jauh nak jalan ni...

11 comments:

Azra said...

Sedapnye sashimi tuu...nyum nyum

Dr Singa said...

sukalah Mother balik kampung!!

aliaaroslan said...

@Azra ikan ni rasa di kenyal-kenyal sikit compared to salmon n tuna. tapi settle semua jugak kami makan. hehehe

aliaaroslan said...

@Dr Singa memang suka sangat.

NEKCIK said...

wah nekcik baru sinhgah...dah terlambat dah nak kirim salam kat ahjumma jagalchi..hi..hi

zinziemeewah said...

assalamualaikum...

saya pn ada share pengalaman sy jln2 kt korea jga.. jemputlah dtg blog sy zinziemeewah.blogspot.com. tp baru siap smp hari ke-2..hehe.. ada lg 10 hari nk kena buat..fuhhhhhh

sgt excited n best rasa dapt share pengalaman ngan semua org yg pernah pergi :-)

aliaaroslan said...

@NEKCIK takpe, boleh pergi next trip... hehehe...

aliaaroslan said...

@norsalihah shaleh saya dah visit your blog, best nya rasa since saya tak pernah ke jeju lagi...

Anonymous said...

hehehe CT singgah sini nak bace dari day 1 ni.. CT pun rancang nak ke busan-seoul-kl tapi terpaksa batalkan niat.. kawan tak dapat cuti. tunda lagilah.. huurm shampoo tu best sangat ke sampai borong hehe.. and facial foam ape tu kat daiso ? mesti bagus kan sampai banyak beli..

aliaaroslan said...

@NEKCIK takpe nekcik, next time boleh try lagi. jom korea?

aliaaroslan said...

@CT Humairah facial foam tu memang best, sebab very mild. pakai 3-4 kali sehari pun ok je muka tak mengelupas pun. nanti kalau jadi pergi, try cari ok.