Thursday, November 13, 2014

Street story

Sementara nak tunggu laptop ni diupdate, baiklah kita mengupdate jugak blog yang bersarang ni. Cerita ceriti Korea entah bila boleh habis karang, sebab gambar perlu diedit. Takpa, kepada peminat-peminat tegar blog ni (kalau ada), bertabahlah andaaaa...

OK, all this while almost every week aku akan join kechara soup kitchen untuk Saturday night food distribution. Macam-macam drama yang dilalui, macam-macam cerita yang aku dengar. Ada yang boleh percaya, ada yang susah nak percaya.

Walaupun hati aku kental (ke???), tapi kadang tu tak nak dengar cerita tu sampai habis. Sebab kadang tu masih in denial yang ada lagi kes-kes macam ni.

Ada sorang drug addict, baru keluar dari sungai buloh. Biasanya kami approach dengan tanya "tidur mana malam ni?". Jauh di sudut hati, mengharapkan dia jawab "kat rumah. ni duduk kejap penat berjalan". Tapi, jawapannya "tidur sini, baru keluar lokap". Kemudian kami offer "nak makan?". Jawapannya, "boleh jugak. lapar ni dari keluar tadi tak makan". Satu set makanan kami beri pada dia. Kebiasaannya satu set makanan ada Nasi lemak / nasi goreng sayur / burger benjo, roti krim, buah sebiji, air mineral sebotol dan biskut sebungkus kecik. Borak punya borak, dia minat nak cari kerja. Tapi, dia masih on methadone. Dia terpaksa ambil methadone untuk buang addiction dia terhadap ganja. Of course dua-dua tu dadah. Borak punya borak lagi, dia kata susah untuk dia berhenti ambil ganja mahupun methadone. Kami pun terangkan, susah untuk kami dapatkan dia kerja kalau dia tak get off drugs. Tapi dia kata, "takda kerja pon takpelah kak, terima kasih banyak bagi saya makan malam ni".

Yes, kami tak dapat tolong dia dapatkan kerja (sebab dia tak nak berhenti ambil dadah). Tapi dia masih berterima kasih sebab dapat makan, walaupun bukanlah beef steak ataupon nasi ayam hainan. At least, malam tu dia tak tidur kelaparan.

2 comments:

nur ain said...

sy suke cite akak yg nie~~~

aliaaroslan said...

@nur ain thanks ain. moga jadi pengajaran untuk kita semua...