Thursday, October 2, 2014

Seasonal addiction

Siapa yang ada seasonal addiction / ketagihan bermusim? Ha, kalau ada, meh geng dengan aku.

At the moment, aku ketagih nak makan tempe goreng. Lagi bagus kalau ada sambal kicap. Pedas camne pon, sanggup aku makan.

Kalau yang aku goreng sendiri kat rumah punya, aku suka potong nipis-nipis, letak garam kunyit, then goreng. Memang rangup. Ada kawan kat office kata, bagus  untuk diet. Nasib baik aku goreng pakai minyak sayur. Alasan sangat kan. ahahahaaa.

Tapi kalau kat cafe kat office ni, orang kedai ni dia suka buat tempe goreng sambal dengan kacang panjang. Yang ni lagi lah... Makan dia saja boleh, dengan nasik kosong pon boleh.

Nak jadi cerita, semalam aku sampai rumah agak awal. Tak kuasa nak duk office lama-lama. Lagipon final exam dah start so agak amak di faculty. So sampai rumah dah settle suma, potong-potong tempe dan goreng. Lepas tu panaskan kari ayam yang mother kasi haritu dan nasi. Kalau nasi makan dengan kari aku suka banjirkan kuah kari tu. Lepas tu aku letak jugak sambal kicap kat nasi tu. Gaul baek punya. Then makan dengan tempe yang dah siap goreng tu. Pedas, takyah cakap. Tapi memang serious sedap. Kari dengan sambal kicap??? sedap you all! 






2 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee saya pun suka makan tempe juga.

aliaaroslan said...

@tiga lalat cicah sambal cili kicap lagi sedap kan