Thursday, October 2, 2014

hashtag maizulwedding at Hutan Melintang, Perak

Eventnya 24 August 2014 yang lalu... Aku dah masukkan gambar dalam draft tapi tak sempat nak mengarang ayat. Sorry ler Mai, lambat benar aku ceritakan pasal wedding ko kat blog aku yang sawangnya boleh tahan tebal. Haippp itu bukan alasan!

Mai ni junior PBSM aku, kat UiTM nun. Dia kahwin dengan kawan yang sama batch. Kenal lama dah tapi bercinta baru start tahun lepas. Well well well. Kalau jodoh tak ke mana kan. Nasib baik aku kasi recommendation baik. ngeh ngeh ngeh, terbukak rahsia.

Aku tak dapat attend akad nikah dia, which was 23 haribulan malam. Aku pergi masa hari kendurinya. Sampai awak jugak, dalam pukul 11pagi camtu. Sampai je terus aku makan siap-siap nasi kenduri. Dahla lauk suma sedap. Lepas tu lepak je dalam bilik dia, tengok dia dimakeupkan dan tolong dia bersiap semua. Snap-snap gambar dulu sebelum rombongan pengantin lelaki sampai.

So, gedebuk gedebak semua settle, gerak balik dalam pukul 3 petang camtu. Masa balik, konvoi dengan Ili yang ditemani housemate dia. Ili ni kawan PBSM jugak, junior lagi dari Mai. Memang kenal pon. On the way balik tu kitorang singgah kat Kuala Selangor layan cendol bakar, mentarang dan otak-otak dengan satar.

Marilah melayan gambar...



Ili, aku dan Mai. Masa ni Mai tak pakai kasut pengantin dia lagi



ni namanya penyeri pelamin

aku suka piece ni


guest book booth yang ada makanan manis-manis.

control ayu



adik-adik Mai

adik-adik mai lagi









nasi kenduri, cendol bakar, otak-otak dan satar, dan mentarang bakor
Didoakan berbahagia sampai bila-bila. Amin.

2 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee amin ya robbal alamin. Cantik pengantin itu.

aliaaroslan said...

@tiga lalat terima kasih wak