Monday, October 21, 2013

Opocot terberjumpa

 Opocot-pegi-klinik-pakai-tudung-sama-masa-pergi-bowling-haritu. ahahahaha

Jumaat lepas, lepas maghrib, pergi klinik. Yang dekat rumah saya tu. Pasal sakit kepala saya tu.

Komdian, setelah dicheck oleh doktor yang sama haritu, doktor tu kata, kemungkinan saya ada migraine.

Opocot migraine. Tapi saya tak rasa tak suka bila terpandang cahaya, dan saya jugak tak sakit di sebahagian / sebelah kepala saya sahaja. (itu simptom migraine yang general).

Balik dari klinik itu. Saya beritau mother apa yang doktor tu kata. Mother tak puas hati. maka skrip beliau yang seterus.

"dah tunggu jap mama bersiap. kita pergi Lita Alis kat Bangi tu".

saya kata "takyah la ma. kita pegi esok je lah. esok kan kita nak keluar".

Tapi, sup sap sup sap mother dah siap tunggu luar rumah.

Opocot saya pon bersiap. Kami semua pergi ke Bangi. Semua pun ikut. Mamat yang tak reti balik rumah tu pon ikut.

Dialog masa kat kaunter klinik;

Saya : Sini boleh pakai RedAlert card? (sebab tak sure Lita Alis ni panel officeku itu ke tak)
Nurse / Receptionist di kaunter : Tak boleh rasanya sebab saya tak pernah tengok card ni.
Saya  : Ok, ini IC saya.
Mother : Siapa doktor bertugas malam ni dik?
Nurse / Receptionist di kaunter : Doktor Izatul.
Mother : Oh, bukan Doktor Yusman ke? (selalunya kami jumpa Doktor Yusman kalau ke klinik ni.
Nurse / Receptionist di kaunter :Doktor Yusman bertugas hari lain.
Saya : Ok, terima kasih.

Lepak kejap. Ada patient keluar dari bilik doktor. Tak sampai seminit, nama saya dipanggil.

Saya : Ma, takyah la masuk sekali.
Mother : *buat tak tau sambil masuk sekali dalam bilik doktor tu*

Masuk, bagi salam. "Assalamualaikum, doktor". Opocot. Tergezut tengok doktor.

Saya : Ma, Doktor Singa lah!!!!! (suara excited okeh!!!)

*kelentang kelentung salam peluk cium bla bla bla*


Tak sangka betul...

Doktor Singa cek saya. Pastu kasi ubat untuk saya. Yey yey yey!!!

Amboi kau excited sangat. Super modest punya doktor. Super baik.




Maka saya akhiri blogpost saya yang ini dengan...

mother and doktor singa

saya dan doktor singa
Bak kata doktor singa, kami sama tinggi.

4 comments:

bujal X said...

dua2 comel~haha~

Dr Singa said...

hahahhaaaa..
nak tulis 'sama rendah'sebenarnya..


aliaaroslan said...

@bujal X kami maintain comel sebenarnya. ahahhaa

aliaaroslan said...

@Dr Singa ahahahahah... supaya tak berapa merendah diri, marilah kita declare kita sama tinggi. among us je lah tapi. hihihi