Tuesday, June 18, 2013

Bandung Craziness : 4th Day

 Actually, kami takde plan pon nak ke mana-mana last day tu. Just nak duduk breakfast lama-lama, lepak then kemas last kopek je. Tapi, kami tak jumpa lagi benda yang dicari-cari.

Katanya kat Bandung ni famous dengan Bridal stuff yang murah dan cantik. So far just jumpa kedai jual kain je. Kedai jual barang-barang tak jumpa lagi.

So, pagi tu, kami dan book Pak Eko dan terus ke tempat yang dimaksudkan. Pak Eko siap tolong call isteri dia lagi tanya kedai tu di mana.


street fighter
Cari punya cari, takde yang kami berkenan. So kami ke pasar baru (lagi???) dan cuba jaya je cari di situ jugak. Kami ke floor yang lain, floor yang kami tak pergi hari sebelum-sebelumnya. 










Barang-barang yang ada tak melepasi piawaian yang kami expect. Or kami tak jumpa cari kedainya?

Lepas dah borong minyak telon nyonya menir untuk Sofea, kami pon balik ke hotel. Kemas lagi dan check out. Terus ke airport. Trip ke airport adalah complimentary dari hotel. Oleh kerana kami ramai dan beg banyak, orang hotel kena buat 2 round.




Lama jugak beratur sambil menunggu kaunter drop in luggage. Sementara tu aku dah settlekan check-in kami semua di kiosk dan dan settlekan bayar airport tax di kaunter. Untuk airport tax, sorang kena bayar Rp75.000,00.

Settle drop in luggage, kami memang dah kelaparan. Kami makan di restoran dalam airport tu je. 













 Pengakhiran kepada penantian adalah jalan menuju ke aircraft.  Orang ramai sangat. Ada yang baru turun dan ada yang baru nak naik aircraft.













Sebelum bertolak balik KL, aku dah hantar text message kepada pakcik van yang hantar kami ke airport haritu, untuk confirmkan waktu landing kami.

Sampai ke di LCCT, kami terus jadi peserta pertama beratur di imigresen. Sebabnya kami dapat hot seat lagi. Yay!!!

Settle imigresen, settle ambil luggage, terus nak keluar. Tiba-tiba pegawai kastam tahan kami dan jugak beberapa orang yang sama flight dengan kami, dan suruh kami scan beg-beg kami. Dan kami diarahkan untuk buka 2 daripada semua luggage dan beg yang kami bawa. We've got nothing to hide so bukak je lah.

Immigration Officer : Berapa hari puan di Bandung?
Aku : 4 hari 3 malam
Immigration Officer : Berapa orang yang pergi satu kumpulan ni? Semua ahli keluarga ke?
Mother : 8 orang. Semua ni anak-anak, menantu dan cucu saya.
Immigration Officer : Berapa total yang puan belanjakan sepanjang di sana?
Aku & Mother : *buat kira-kira blablabla* Rp10juta macam tu lah
Immigration Officer : Kalau convert kepada duit kita, dalam RM3ribu lah kan
Aku : Eh tak, RM3,300.
Immigration Officer : Takpelah puan kita ambil bulat jelah jumlah nya. jadi RM3ribu. Kalau ikut cukai barang belian, puan perlu bayar 30% dari jumlah yang puan belanja. Tapi untuk mudahkan puan, kami kenakan 10% sahajalah, declare sebagai barang -apeentah nama cukainya aku tak ingat-
Aku : So RM300 la?
Immigration Officer : Ya betul. Puan boleh bayar di sana

*aku bayar RM300 dan dapat resit*

Mamat : Saya nak tanya, sebelum ni kami pergi merata tempat, inilah first time kena cukai macam ni. Kenapa ya?
Immigration Officer : Oh, ianya bergantung kepada officer yang jaga waktu tu. Dan jugak flight datang dari mana. Kalau contohnya tempat yang kita tau orang banyak berbelanja macam Bandung, memang kita akan minta scankan beg.
Mamat : sebelum ni kami bawak balik barang lagi banyak dari ni. Takde pulak kena tahan.
Immigration Officer : Macam saya cakap tadi, bergantung.

BERGANTUNG???

Anyway, kami terus naik van yang disewa dan dihantar balik rumah.

Malam tu aku ada dinner untuk staff IUKL di Mines Wellness Hotel. That will be another entry.

Widad dan Alim yang kemas dan keluarkan semua barang-barang shopping.

All in all, Bandung best untuk shopping dan the bestest ialah Tangkuban Parahu. For me of course.

6 comments:

Xuera_lar said...

bila baca travelog aliaa ni memang rasa nak pegi semua tempat yang aliaa pegi nih....isk..

Dr Singa said...

mother dah usha-usha tempat barang perantin...
siapakah bakal..yang pertama..?
:)

aliaaroslan said...

@@ju kak ju... best untuk shopping Bandung ni... jom..

aliaaroslan said...

@Dr Singa Yang ke-4 dan 5 (Mamat dan Widad). Kak Long ialah single n available =)

Shiema said...

Ait widad ke? Still feeling she is too young...hehehe n still waiting majlis aliaa

aliaaroslan said...

@Shiema mamat n widad. aliaa kne cari calon dulu baru boleh jadi majlisnya. hehe..