Thursday, June 13, 2013

Bandung Craziness : 1st Day

Kami ke Bandung, Indonesia 5-8 June haritu. Flight kami yang 1st sekali pagi tu, jam 6.20am. Kalau mengikut kebiasaan, boleh drop in luggage  3 jam sebelum waktu flight. So kami pon keluar bertolak dari rumah jam 3.00am. Maklumlah, rumah dekat je dengan airport. Oleh kerana kami naik AirAsia, so kami akan naik dari LCCT.

Ahli rombongan kali ni ialah Mother, Mamat, Widad, Alim, Maisarah dan keluar dia (Zul dan Sofea). Of course aku join sekali selaku pembeli teket dengan duit Mother, penyusun itenary kononnya dan penentu ape nak beli.

jam 3.00am. muka aku paling teruk sekali. ceh!!!
Kami sampai je di LCCT, terus cari trolley dan angkut luggage. Kami ke LCCT tu dewa van besar dari kawan Mamat. So takdelah risau nak park kereta lama-lama di LCCT or nak susahkan orang lain untuk tolong hantar pagi-pagi buta tu.

Aku terkejut betul bila sampai LCCT pagi tu. Ni first time aku sampai LCCT seawal jam tu, tengok orang ramai gile. Ape kau ingat flight ko sorang je ke pagi tu weiii? 


Masa check in, luggage terlebih berat dari yang dipurchase. Inilah akibat confident sangat bila bawak barang. Kami berlima (aku, Mother, Mamat, Widad dan Alim) memang bawak baju sikit je. Mari kita salahkan Maisarah n family. huahuahua. Well, bayar je lah kan.

Settle drop in luggage, terus pergi makan Marrybrown burger pagi-pagi sebelum subuh tu. Alas perut sebelum naik flight. Then terus kami masuk ke imigresen, security dan tunggu di gate. Menunggu di gate tak lama pon, terus kami dipanggil untuk board the aircraft. Kami semua dapat hot seat, padahal sebelum tu aku tak purchase pon hot seat ataupon pilih seat. Cemana boleh dapat pon aku tak sure. 

Tapi kami kene tunggu agak lama jugak sebelum berlepas. Flight sepatutnya jam 6.20am tapi berlepas jam 7.30am sebabnya ada 30 orang penumpang yang tak lepas sama ada di bahagian imigresen ataupon security so orang AirAsia kena punggah balik cari luggage diorang yang dan dimasukkan kat ruang kargo bawah.

arrival card dan custom declaration card

interesting story

almost there


me n Widad's footwear

widad n me

widad and me near the window


dah sampai





International Airport Bandung sangat comel. Masuk je bangunan terus ada meja immigration. dan buat uturn selang 5 langkah lepas meja immigration tu, terus sampai kat bag carrousel.  And it is not really a carrousel, lebih kepada 5 meter travelator and once beg ke depan dan takde orang ambil, pekerja airport akan angkat dan letak tepi.

Selang 5 langkah dari bag travelator tu, terus ada orang kastam dah tunggu. Kasi kad custom declaration tu, dan terus keluar di arrival hall yang tak berapa nak hall tu.

Sebagai kakak kawasan yang berjaya (aku ler tu) terus aku cari airport taxi. Van besar takde so kami ambil 2 Toyota Avanza dan terus ke hotel untuk tinggalkan bag. 1 Avanza, aku, Mamat, Widad dan Alim naik. Lagi 1 Avanza, Mother, dan Maisarah n family yang naik.






Zodial Paskal Hotel

Kami duduk di Zodiak Paskal Hotel, Bandung.  Lepas Maisarah dah settlekan confirmation hotel dan tinggalkan bag, kami semua sumbat dalam 1 Avanza dan terus cari nasi padang untuk makan. Amek kau, bruch nasi padang you all. Siapa ada buat?

we are the backseaters

muka lapar?

on the right, Pak Eko. Our supir for the whole trip.

laukssss


Ini kedai makan nasi padang yang kami pergi 3 kali!!! Sedap gilos.


Settle makan kami terus ke pasar baru. Misi utama ke Bandung ialah untuk menunaikan misi dan visi Mother, yakni beli telekung 10 pasang.

Serious you all, dapat 10 pasang tau tak.

Well. Itu baru 1st day. Hehehe...

diorang takde pon komplen boring tunggu kami pilih telekung
Kedai SIR CINTA ni jual telekung, kain pelikat, sejadah dan kain untuk buat baju kurung yang sulam tu. Kedai ni je yang kain telekungnya panjang, compared to kedai telekung yang lain sebab kata tokeinya, diorang ada kilang sendiri yang memang diorang kuat kain telekung panjang khas untuk orang Malaysia yang suka kain panjang. 

aku yang tengah try telekung (kiri)


Aku pon mane boleh kalah. Mestilah beli telekung jugak. Tapi takde ler beli 10 pasang. Huahuahua... Sebab ni kedai kain, so aku punya hidung pon start lah nak jadi alert sangat. Akibatnya aku bersin-bersin dan terus blocked nose.

Settle telekung, kami jalan-jalan dalam pasar baru tu lagi, beli kain dan lain-lain. 




 Drama jugak bila keluar dari pasar baru ni. Kami mulanya nak naik teksi biasa sebab takde plan pon nak ambil Pak Eko untuk supir sepanjang kat Bandung ni. So Pak Eko pon tinggalkan je kami kat kedai telekung tu since tak janji pon dengan dia nak balik ambil teksi dia. Sekali kauuuuuu depan pasar baru tu ialah teksi cekik darah. Biasanya 1 teksi, dari pasar baru ke hotel charge nya Rp20.000 - Rp25.000 je. Ini dia nak Rp60.000 untuk 1 teksi dan confirmlah kami kena ambil 2 teksi. Ini tak boleh jadi. So kami call Pak Eko, suruh dia ambil depan pasar baru.

Sementara nak tunggu Pak Eko sampai dan sambil berdiri kat tangga pintu utama pasar baru tu, memang banyak orang yang main guitar sambil nyanyi minta duit, bawak anak kecik dan mintak duit, dan jugak souvenir dan minta duit. Nasib baik kami dah tau untuk tak beli or kasi diorang duit. Or else confirm dah kena serbu.

Pak Eko sampai je, terus minta dia hantar ke hotel dan terus janji dengan dia nak ambil dia as our supir for the rest of our trip. Mulanya dia cakap, hari ke-2 dan 3 tu dia dah ada kerja nak kena hantar orang Malaysia dari Bandung ke Jakarta dan dia kata akan minta kawan dia yang sama agency dengan dia untuk jadi supir kami. So kami cakap, ok je lah since malas nak cari orang lain dan harga yang dia bagitau pon reasonable dan sama range macam yang kawan-kawan office aku bagitau.

Last-last petang tu, masa kami tengah lepak rest kat hotel, Pak Eko call dan cakap dia tukar dengan kawan dia, which means Pak Eko bawak kitorang dan kawan dia bawak group Malaysia yang lagi satu tu dari Bandung ke Indonesia. And we don't regret it, sebab baik orangnya Pak Eko ni. Takde ambil kesempatan pon.

So, by the end of 1st day, we managed to:
- Makan nasi padang
- Go to Pasar baru for telekung, kain pelikat, kain-kain, buah salak 1/2kg, dunkin donut
- Hotel best sebab hotel ni hotel baru. Sangat selesa and harga reasonable. Since Maisarah dah book online, so dapat murah lagi
- Managed to get a good and kind supir

To be continue... Wait for our adventure in Tangkuban Parahu.

4 comments:

SueGinola said...

Waaaah...Bandung trip pulak, bestnyer...^_^..taktaulah boleh sampai sana tu bile..hihihii...

p.s: Aalia..mana beli tudung soft awning tu?cantikkkkk...^_^
Citer sikit please....

aliaaroslan said...

@SueGinola Sue... yang tu beli di Ariani. Saiz M so tutup dada =)

Ms Haslina said...

seronaknya bandung time.
^^)

aliaaroslan said...

@Ms Haslina memang best kak...