Wednesday, July 27, 2011

pasar malam

sambil driving balik dari office semalam, sedang aku bergayut on-off dengan DrNotts (line sengal, maklumlah, atas highway), aku terfikir - alamak, sedap jugak kalau dinner speghetti bolognase ni. dah terbayang-bayang sampai aje rumah nanti nak keluarkan minced meat. biar dia cair dulu sementara aku mandi dan berkuntau adegan-adegan lain. lepas aje exit tol rumah, terus nampak pasar malam. oh yes, takyah masak lah. singgah cari makanan di pasar malam lah kalau camni.

DrNotts ialah ada kelas semalam dan Latifah pulak ialah pergi main bowling bersama officemate sekalian alam.parking aje kat tepi jalan setelah buat adegan menunggu orang yang tak pandai reverse kereta keluar dari parking, aku keluar dari kereta dan terus jalan ke pasar malam. call dulu Manje, nak tanya dia nak makan ape or nak order ape-ape food dari pasar malam. tapi tak angkat lah pulak. aku fikir, maybe dia main takraw kot sebab semalam dia balik lambat sebab main takraw. aku hantar text message kat dia tanya nak makan ape dengan harapan dia akan reply dengan cepat sebelum aku settle menjelajah seluruh pasar malam tu.

jalan punya jalan, banyak gila pilihan makanan. dari putu mayam, sampailah kuey tiaw goreng kuali besar. satu pon tak singgah kat nafsu makanan aku. so aku jalan lagi. sambil fikir-fikir "rugi jugak tak beli ape-ape ni. dahla nak dapat parking satu hal pulak". aku jalan sampai habis gerai, then patah balik. on the way balik tu ternampak chicken wing bakar. so aku beli chicken wing bakar seketul (yang isi dia kalau untuk Manje hanyalah layak di peringkat celah 1  gigi sahaja) dan hati bakar sebatang. aku hulur RM50 kat makcik penjual chicken wing bakar tu. mak tu kata "alamak, takde duit kecik ke dik. makcik takde duit tukar ni. semorang pon kasi RM50, RM50 harini". aku cakap takde. boleh pulak watak lain yang berdiri sebelah aku slumber cakap "ha, baru keluar duit la tu. orang gomen kat dah dapat gaji". aku rasa nak jawab aje - weh, aku bukan orang gomen mak encik. tapi tiada gunanya aku menjawab kat dia pon sebab kalau aku jawab, bukan dia boleh tukarkan duit aku pon kan. ok, abaikan dia. aku cakap kat makcik tu, "kejap ye makcik. saya pergi tukar". dalam hati aku kata, biasanya tukang penjual yang pergi tukar kan kat gerai sebelah menyebelah. so aku buat spekulasi dalam fikiran aku sendiri bahawa makcik ni tak bercampur orang. eh, ada kene mengena ke?

so aku tinggalkan bungkusan chicken wing tersebut dan terus jalan tanpa arah tujuan dengan harapan gerai-gerai sebelah menyebelah tu boleh lah dijadikan modal untuk aku tukar duit. jalan depan sikit selang beberapa gerai, terjumpa gerai jual air. so aku bajet, semorang yang pergi pasal malam konfem beli air sebab nak minum-minum sambil habiskan duit beli makanan bagaikan di bulan puasa membeli makanan mengikut nafsu. so aku beli air soya cincau secawan. yes, dapat jugak duit tukar.

aku jalan balik ke gerai makcik chicken wing tadi dah bayar. settle semua terus aku jalan balik ke kereta. masuk kereta dan pulang ke gagang.

dalam banyak-banyak opsyen makanan yang ada kat pasar malam tu, chickeng wing bakar jugak yang aku beli kan. sampai rumah aku terus ngap. boleh pulak si Manje tengah tidur dengan sedapnya. patutla tak angkat aku call or text. hampeh. dia bangun aje dia lapar. nak pergi pasar malam, malas katanya. so dia masak meggie. aku tumpang 5 sudu sebab rasa macam tak puas pulak makan seketul chicken wing tu. wah, sedap jugak makan meggie nih. abeslah naik jerawat kecik2 kat muka aku lepas ni. cisss.

so aku rasa tanak pergi pasar malam lah untuk jangka masa yang lama. termasuk jugak bazar ramadhan. supaya next visit aku ke pasar malam barulah mendapat keterujaan yang berlebihan dan bolehlah membeli makanan yang lain, selain chicken wing bakar tadi.

by the way, hati bakar tu tak sedap. aku makan segigit aje.

0 comments: